37.

Romance Completed 52551

"Abang, Damia kemalangan. Dia kena langgar lari!"

Pandangan Khairil kabur seketika. Rasa lemah seluruh badan. Khabar yang dia terima daripada Nisa, buat Khairil terkaku seketika. Bibirnya terketar- ketar.

"Abang.." panggil Luth. Terus Khairil menyerahkan telefon bimbitnya kepada Luth.

"Helo, siapa ni?" soal Luth. Ia juga panik melihat wajah Khairil yang pucat tak berdarah itu.

"Abang..Damia kemalangan" beritahu Nisa kedengaran seperti menangis.

"Apa?!"

"Damia kena langgar lari. Sekarang sayang tengah bawa dia ke hospital. Apa-apa nanti sayang akan call abang balik"

"Abang..jom kita pergi sekarang" arah Luth. Dia juga nampak pucat.

Air mata Damia mengalir tidak henti-henti. Dia sangat sedih bila sedar, dia sudah keguguran. Dia sudah kehilangan kandungannya.

"Abang.." Damia masih menangis di dada Khairil.

"Tak apa. Bukan rezeki kita. Yang penting Sayang selamat"

Khairil mencium dahi Damia. Tak sanggup melihat isteri kesayangan menderita dengan begitu sekali.

"Baby kita macam mana?"

"Tak apa. Masih banyak peluang buat kita. Sayang jangan bimbang. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni. Yang penting, Sayang kena jaga kesihatan. Tak nak sedih-sedih macam ni"

Khairil memeluk Damia dengan erat. Dia mahu Damia lebih kuat dan tidak terbeban dengan apa yang berlaku. Damia menangis semahunya di dada Khairil.

"Damia bimbang Abang tak sayang Damia lagi"

"Hish, kenapa fikir macam itu? Sayang ialah isteri kesayangan Abang selama-lamanya. Apapun yang bakal berlaku, kita tetap akan bersama. Abang janji akan jaga Sayang. Abang tak suka Sayang cakap benda yang bukan-bukan. Dahlah, jangan nak menangis. Tu, Aminah dengan Mak datang. Kalau Mak tengok Sayang macam ni, lagi Mak susah hati"

"Abang bagitahu Mak?" tanya Damia. Kesedihan Damia bertambah. Pasti Mak kecewa.

"Haah"

"Mesti Mak kecewa"

"Taklah. Mak faham"

Mak terus datang memeluk Damia.

"Damia sabar ya, janji Damia tak apa-apa" pujuk Mak.

"Mak, Damia sedih. Baby Damia dah tak ada"

"Hish, jangan macam ni. Orang keguguran tak boleh sedih-sedih. Anak tu bila-bila masa boleh dapat. Semua rezeki datang dari Allah. Kalau bukan rezeki kita nak buat macam mana. Tapi kesihatan Damia yang paling penting. Mak tak mahu Damia sedih lagi. Nanti kesihatan Damia terganggu. Kalau sayang Mak, jangan sedih lagi" kata Mak sambil menyapu air mata Damia yang mengalir dengan deras.

"Terima kasih sebab Mak tak marah Damia. Kalau Damia tak cuai, semua ini tak akan terjadi"

"Jangan cakap macam tu. Janji Damia selamat"

Sepanjang perjalanan, Nisa hanya mendiamkan diri. Luth pelik dengan sikap Nisa. "Sayang, kenapa ni? Senyap je"

"Abang.." panggil Nisa dengan suara yang hampir menangis.

"Hey! Kenapa ni? Apa yang berlaku? Sayang sakit ke? Sakit kat mana?"

"Abang, Sayang rasa bersalah sangat sebab cuai jaga Damia. Kalau Sayang tak ajak dia pergi shopping tadi, benda ni tak akan berlaku. Kesian Damia. Kehilangan anak yang tinggal beberapa bulan lagi nak tengok dunia. Sayang rasa bersalah sangat"

"Sayang, ni bukan salah Sayang. Sayang dah cuba yang terbaik semasa jaga Damia. Semua ini takdir Allah. Kita tak mampu nak halang. Yang penting Damia selamat. Jangan risau, Insyallah rezeki akan datang kepada Damia sekeluarga. Abang harap mereka akan dapat anak yang ramai. Buat masa ini, belum rezeki mereka. Sudahlah, jangan sedih. Sedih pula Abang tengok"

Nisa terus diam. Dirinya terus hanyut mengelamun.

MAAFKAN AUTHOR SEBAB BAB NI PENDEK. NI BAB TERAKHIR BUAT BULAN FEBRUARI - MARCH. AUTHOR TERPAKSA STOP SEKEJAP SEBAB NAK FOKUS PADA SPM. HARAP AWAK SEMUA DOAKAN AUTHOR DAPAT JAWAP SPM DENGAN TENANG DAN JAYANYA. LOVE YOU ALL. SELAMAT MEMBACA ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience