39.

Romance Completed 52551

"Kamu sudah jumpa anak saya?"

"Sudah Tuan. Ini gambar dia sekarang. Anak Tuan bahagia disamping suaminya" kata pembantu itu menunjukkan sekeping gambar Damia bersama Khairil.

Sejak kepergian Damia, mereka tidak hidup senang. Seakan Damia telah membawa semua kegembiraan pergi dari rumah itu. Tiada lagi suara Damia mengadu, suara yang mengucap selamat pagi. Semua kenangan bersama Damia mereka simpan kemas di dalam ingatan.

"Suami? Maksudnya anak saya dah kahwin. Adakah lelaki itu ayah kandung kepada cucu saya?"

"Mengikut penyiasatan saya, lelaki itu bukan ayah kandung kepada cucu Puan dan Tuan. Dia mencintai anak Tuan dan Puan sehingga sanggup menjadi ayah kepada anak itu. Maafkan saya kerana tak dapat nak selamatkan cucu Tuan dan Puan"

"Apa yang terjadi kepada cucu saya? Damia macam mana?! Dia selamatkan?" tanya Mama Damia. Kasih seorang ibu kepada anaknya tidak pernah hilang. Walaupun Damia telah membuat ia kecewa namun ia sudah memaafkan Damia.

"Anak Tuan dan Puan keguguran. Dia menjadi mangsa kes langgar lari. Namun, anak Tuan dan Puan selamat. Buat masa ini dia sedang berehat"

"Abang, saya nak sangat anak kita balik sini. Saya rindu dekat dia. Sejak anak kita pergi, hidup saya tak gembira macam dulu. Please Abang. Terima Damia balik. Kesian anak kita. Mesti dia susah dekat luar sana"

"Sayang, abang sebenarnya dah lama maafkan Damia. Maafkan Abang sebab ego tak nak terima Damia balik. Sekarang mari kita jemput dia balik. Abang pun rindukan Damia. Abang juga tak sabar nak jemput menantu kita sekali tinggal dengan kita. Nampaknya ada juga kawan. Hahaha"

Siapa sangka anak yang mereka buang dulu membuatkan mereka rindu separuh mati. Kasih orang tua tidak pernah hilang. Mereka mahu melihat anak mereka bahagia. Mak Ayah mana yang tak nak tengok anak dia bahagia? Walaupun mereka kecewa dengan apa yang berlaku. Namun, kepergiaan seorang anak mampu membuatkan mereka hilang semangat. Mereka tekad. Tekad untuk membawa Damia pulang.

"Sayang..ada orang datang lah. Tapi siapa? Abang tak jemput siapa datang pun. Sayang ada jemput ke?"

"Tak juga. Cuba Abang tengok. Takut Nisa dengan Luth yang datang. Mana tahu, mereka kan suka buat kejutan dekat kita"

"Baiklah. Sayang tunggu sini tahu. Jangan nak berjalan mana. Sayang kan sakit lagi"

"Baiklah Abangku Sayang"

Khairil tersengih. Ia menuju ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang datang. "Ya, cari siapa?" tanya Khairil sebaik sahaja pintu dibuka.

"Hai, Damia ada? I dah lama tak jumpa dengan kekasih hati I tu. Mana dia?"

"Kau buat apa datang sini hah!? Kau dah gila ke?! Dia bini aku!" jerit Khairil seiringin menarik Zakrul ke taman di hadapan rumah.

"Btw, dia tu bekas tempat aku lepaskan keseronokan. Haha. Mana dia? Kenapa U marah sangat ni? Rilek bro. I nak dia luangkan masa bersama dengan I je malam ni. I rindu nak jumpa dia"

"Oh baru sekarang kau nak jumpa dia. Habistu kau dekat mana dulu? Kau buang dia macam anak anjing dekat luar sana. Lepastu kau dengan senang nak kutip dia balik lepas dia jadi bini orang. Manusia jenis apa kau ni?! Kau jangan nak cabar aku! Aku bunuh juga kau dekat sini!"

"Haha aku lupa yang dia bini kau. Sorry bro. Tapi please kali ni je I nak dia bermain dengan I. I dah lama tak sentuh body sexy dia tu. Wuish mantap!"

"Tak guna" muka Zakrul ditumbuk. Habis berdarah bibirnya. "Jangan sampai kesabaran aku hilang! Baik kau pergi dari sini! Kalau tak aku bunuh kau!"

"Tak. Aku yang akan bunuh kau dulu!"

Buk. Kepala Khairil terasa sakit. Matanya berpinar. Laju tangannya memegang belakang kepala. Darah! Khairil jatuh. Lutut dia terasa sangat lemah. Ya Allah, apa lagi dia cuba buat ni? Sakitnya.

"Abang!!" jerit Damia. Sejak tadi lagi dia terdengar suara orang bergaduh. Pelik. Kenapa Khairil masih belum jemput tetamu masuk? Rupanya! Manusia Syaitan ini yang datang. "Apa kau buat ni Zak? Tak cukup lagi ke kau seksa kami? Baik kau pergi sebelum aku bunuh kau!" ugut Damia. Tangan dia terdapat sebilah pisau yang tajam.

"Sayang! Jangan dekat dengan dia! Pergi masuk dalam rumah. Telefon polis!" arah Khairil.

"Kalau kau telefon Polis, laki kau akan ku bunuh!" ugut Zakrul mencekik leher Khairil.

Damia serba salah. Yang mana satu dia harus ikut. Ya Allah, kau bantulah hambamu. Mahu sahaja dia meminta bantuan dari jiran. Namun, dia sedar bahawa mereka tinggal di kawasan persendirian. Tiada siapa yang mereka mahu meminta pertolongan.

Dorr. Bunyi tembakan mematikan niat Zakrul. Ia terus melarikan diri mengikut belakang halaman rumah bersama pembantunya itu. "Abang!!" jerit Damia terus berlari mendapatkan Khairil. Air mata laju turun dari pipi gebu miliknya. Keadaan Khairil dengan kepala berdarah membuatkan dia takut. Takut akan kehilangan suaminya. "Abang..please jangan tutup mata. Buka mata ni. Please Abang" pujuk Damia menangis.

"Damia!!" jerit dua makhluk itu. Berlari kearah Damia.

Suara itu. Mama dengan Papa!

"Damia tak apa?! Apa yang berlaku ni? Siapa lelaki tadi?! Apa yang dia nak dari Damia?!"

"Please jangan cakap perkara itu lagi. Tolong Damia. Selamatkan suami Damia. Damia takut. Takut dia pergi tinggalkan Damia. Please. Cepat!"

"Daud! Jom kita bawa dia pergi hospital sekarang. Luka kepala dia teruk ni. Cepat sebelum terlambat!"

"Baik Tuan"

MAAF SEBAB PENDEK :( BTW HAPPY READING. KOMEN APA YANG AKAN TERJADI NANTI?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience