29.

Romance Completed 52551

Nisa berlari masuk ke dalam rumah. Sebentar tadi, ia mendapat panggilan daripada rakan kolej Luth bahawa Luth sakit.

Nisa mencabut kasutnya. Nisa menuju kearah sofa yang diduduki oleh Luth dan juga rakannya. "Abang..!"

Rakan Luth terkejut dengan jeritan Nisa. Ia bangun bagi memberikan ruang untuk Nisa mendekati Luth.

"Cik, saya balik dulu ya. Luth tengah tidur tu"

Nisa berpaling. "Oh terima kasih sebab tolong Luth"

"Sama-sama"

Setelah perginya rakan Luth, Nisa duduk disamping suaminya. Ia memerhati wajah Luth yang penuh dengan lebam. Mesti sakit kan abang?, desis hati Nisa. Ia menyentuh wajah Luth

Luth yang merasakan ada tangan yang menyentuh wajah. Ia membuka matanya. Apa yang ia rasakan ialah berpinar-pinar. "Sayang.."

"Abang? Abang dah bangun? Dekat mana sakit?"

"Sakit dengan sini sayang", lirih Luth yang menunjukkan bibirnya.

Nisa mengeling. "Ish abang ni! Sayang risaukan abang tau! Abang boleh pula buat lawak!"

"Haha..janganlah marah. Abang okay je. Jangan risau sayang"

"Kenapa abang still nak jumpa dengan Zakrul tu? Tengok! Apa yang dia buat dekat abang? Takut tau sayang bila tahu abang sakit macam ni sekali"

Luth menarik nafasnya. Terpaksa menadah telinganya mendengar leteran isterinya. Nasib baik sayang, kalau tak...tinggal terus, desis hati Luth.

"Assalamualaikum..Mak mari masuk dulu. Aminah ada sesuatu yang nak minta tolong dekat Mak. Janji Mak tak marah kan?"

"Apa dia sayang? Mak baru sahaja nak berehat. Lebih baik kamu tolong abang kamu angkat beg Mak tu. Kesian abang kamu tu"

"Alaa Mak ni. Abang tu lelaki. Dia kan kuat. Biarkan dia tu"

"Ada pula cakap macam tu. Apa dia benda yang Aminah nak cakap dekat Mak ni?"

"Aminah menarik tangan Maknya. Mereka menuju ke sebuah bilik yang terletak di tingkat atas. Tangannya mengetuk pintu bilik itu. "Kak, Mak dah sampai ni"

"Masuklah Aminah. Pintu tak kunci tu"

Aminah dan Maknya masuk. Awalnya Mak terkejut apabila mengetahui bahawa ada orang lain yang tinggal di rumah anaknya. Namun, ia cuba bersangka baik.

"Mak, Aminah nak kenalkan dekat Mak. Ni Damia. Dia ni kawan Aminah. Tapi tua 2 tahun dari Aminah"

Damia walaupun malu dengan kehadiran Mak namun ia cuba menghilangkan rasa malunya itu. Ia bangun menuju kearah Mak. Menghulurkan tangan untuk bersalam.

Mak menyambut salaman itu. Ia tersenyum manis kepada Damia. "Cantiknya muka. Ni kalau untuk abang kamu sesuai kut"

Menderu darah Damia. Abang?. Ia menarik nafas supaya rasa resah itu hilang.

"Hish Mak ni. Ada pula macam tu. Abang tu jenis memilih. Semua tak kena dengan dia"

"Biarlah abang kamu nak pilih siapa. Dia yang berhak. Cerewet tu perkara biasa. Kan?", tanya Mak kepada Damia.

"Haah. Cerewet tu biasa", senyum Damia.

"Jom kita jumpa abang kamu. Mana tahu abang kamu suka nanti", Mak menarik Damia.

Damia terdiam. Dia dah tahu ke yang aku mengandung anak haram? Nanti dia halau aku pula.

"Tak guna!!! Berani kau bagitahu dia perkara sebenar!! Aku akan bunuh kau!!", habis semua arak dibaling.

"Dan kau, Luth! Aku dah tak sabar nak lenyapkan kau dari dunia ni! Nisa hak aku!! Hak aku!!"

"Ini Mak nak kenalkan, abang kepada Aminah iaitu Khairil"

Damia melihat wajah Khairil. Dia tersenyum manis.

Khairil membalas senyumam Damia. Ya Allah, cantiknya bidadari syurga ni.

"Mak...sebenarnya Damia ni.." Aminah memandang wajah Damia yang pucat itu.

Damia menunduk. Ia malu menangis namun ditahan. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Ia mengangkat kepalanya. Mengganguk tanda bersedia.

"Sebenarnya Damia ni dah hamil Mak. Tapi anak tu.."

"Tak sah taraf ke? Tak ada ayah ke?", tanya Mak. Awalnya ia terkejut.

Khairil juga terkejut. Ya Allah, dugaan apa ini? Kenapa dia?

Aminah mengganguk. "Mak tak marah kan kalau Aminah berkawan dengan dia?"

Mak tersenyum. Ia menggelengkan kepalanya. "Mak tak pernah marah. Mak tahu Damia cuba berubah untuk jadi yang lebih terbaik. Semua manusia berhak berubah. Dah berapa bulan sekarang"

"Dah 2 bulan"

"Habistu Damia taknak kahwin ke? Cuba cari suami yang boleh terima Damia seadanya. Mak akan doakan yang terbaik buat Damia"

Khairil memandang Damia dengan riak wajah yang kesian. Ya Allah, adakah hamba-Mu ini sudah jatuh cinta? Hati ku berdebar selepas melihat wajah dia. Andai dia yang terbaik buatku, kau satukan dia. Kau lembutkan hati ku untuk menerima seadanya", panjang doa Khairil.

"Damia belum terfikir nak cari suami. Damia takut lelaki tak terima Damia kerana Damia mengandung anak luar nikah"

"Damia..di luar sana ada ramai lelaki. Allah dah tentukan siapa jodoh Damia. Damia hanya perlu berdoa dan berserah kepada Allah. Doakan semoga Damia mendapat jodoh yang terbaik dalam hidup Damia. Mak tahu, akan ada lelaki yang terima Damia"

Semua terdiam mendengar nasihat Mak. Damia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience