19.

Romance Completed 52555

Nisa menangis.Ia menghentak stereng kereta miliknya dengan pelan."Ya Allah, apa yang aku nampak itu betul atau tidak? Siapa pembohong yang sebenar?"

Nisa menghidupkan kereta miliknya.Ia terus menuju ke suatu tempat.

Luth keluar dari syarikat dengan tergesa-gesa."Sayang..angkatlah telefon ni", kata Luth.

Sudah banyak kali ia menelefon Nisa, namun panggilan hanya masuk peti suara.Ia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkannya.

"Eh Nisa! Datang tak bagitahu pun? Terkejut aku! Ingat siapa yang datang!"

"Laila, boleh malam ni aku nak tidur dekat rumah kau..tapi aku tak bawah baju lebih"

"Boleh je.Tapi kau dah minta izin dengan suami kau?"

Nisa hanya tersenyum kelat.

Luth masuk kedalam rumah milik mereka."Sayang! keluarlah! Jangan buat abang macam ni!", jerit Luth yang mencari Nisa diseluruh rumah.Namun, tidak menemuinya.

Luth terduduk lemah di hadapan tv."Sayang..jangan tinggalkan abang.Sumpah abang tak buat semua tu.Semua ni fitnah", kata Luth menangis.

"Nisa..sepatutnya kau berbincang dulu dengan suami kau.Mana tahu semua ni fitnah ke?"

"Aku nampak dengan kepala mata aku sendiri.Dia yang berpeluk dengan perempuan tu", marah Nisa.

"Yalah, tapi tak baik kau lari tinggalkan suami kau seorang macam tu.Bagaimana pun, syurga tetap bawah tapak kaki suami"

Nisa termenung.Ia tidak tahu sama ada ia harus mendengar apa yang berlaku atau mengikut perasaannya.

Maafkan author tau kalau bab ni pendek sangat.Author perlu tidur awal untuk sekolah esok! ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience