18.

Romance Completed 52551

"Macam mana lah Luth boleh jatuh cinta dengan kau? Apa yang istimewa sangat tentang kau ni? Aku tengok kau ni macam biasa je berbanding dengan aku", kata Damia angkuh.

Nisa mendapat panggilan daripada Damia.Meskipun ia menolak, namun Damia tetap nak berjumpa dengannya.

Nisa memandang Damia tajam."Entahlah aku pun tak pasti kenapa Luth boleh jatuh cinta dengan aku.Tapi yang aku pasti, aku lebih cantik kut dari kau", bidas Nisa. Padan muka kau perempuan. Tulah sombong sangat, desis hati Nisa.

Damia terus menjeling Nisa. Tak guna punya perempuan, desis hati Nisa.Ia lalu bangun dan pergi dari situ.

Ia sama sekali tidak mempunyai niat untuk memberitahu Nisa tentang gambar itu.

Nisa ketawa. Tahu pun.Lain kali kau jangan nak kacau aku lagi, desis hati Nisa.

Nisa dan Luth sudah berpindah ke rumah kediaman mewah milik Luth.Pada mulanya, Nisa berharap Luth membeli rumah yang sederhana, namun Luth tetap mahu membeli banglo tiga tingkat itu.

Malam yang indah dan sejuk ni membuatkan Nisa mengantuk.Namun, ia tetap mahu menunggu Luth pulang dari tempat kerja.

Nisa mengambil keputusan untuk mandi.Ia naik ke tingkat atas.

"Assalamualaikum", Luth yang memberikan salam."Sayang..abang dah balik ni..Sayang?", cari Luth.

Mungkin dia di bilik kut, desis hati Luth.Ia menaiki anak tangga itu.

Luth membuka pintu bilik mereka."Sayang?", panggil Luth.Ia terdengar bunyi air yang datang dari tandas. Laa..dalam tandas rupanya.Patut tak menyahut semasa abang panggil, desis hati Luth sambil baring diatas katil.

Nisa yang baru sahaja sudah bangun.Ia berkemban kerana lupa membawa baju tukaran.Nisa keluar dari bilik air itu tanpa menyedari Luth yang sedang enak baring diatas katil.

Luth terkejut.Ia tersenyum sinis. Seksinya sayang malam ni, desis hati Luth.Ia perlahan menuju kearah Nisa yang masih mencari baju untuk dipakai.

"Sayang..", bisik Luth di telinga Nisa.

Nisa terkejut. Apa? Dia dah balik ke? Hah sudah! Dahlah aku berkemban macam ni je, desis hati Nisa perlahan berpusing menghadap Luth.

Nisa menunduk kepalanya.Ia malu.

Luth ketawa.Ia mengangkat dagu milik isterinya itu."Sayang..kenapa buat abang macam ni? Abang tak tahan ni", kata Luth yang tersenyum sinis.

Nisa terus menolak Luth dengan pelan.Ia mengambil baju itu lalu berlari masuk ke bilik air.

Luth ketawa. Apa lah sayang ni! Abang bergurau je, desis hati Luth.Ia ketawa kegelian apabila mengingati wajah Nisa yang pucat itu.

Tanpa mereka sedar, sudah hampir masuk sebulan mereka berkahwin.Hubungan mereka sentiasa mesra dimata orang lain.Ya, Luth seorang yang penyayang dan juga sweet.

Itu yang mampu membuatkan Nisa gembira dan bersyukur mempunyai suami seperti Luth.

Namun, sejak akhir-akhir ini, Luth asyik pulang lewat.Nisa tahu ia mempunyai tugas yang banyak di penjabat.

Nisa juga kecil hati dengan Luth.Namun, ia sedar bahawa Luth mencari rezeki yang halal bagi menampung keluarga mereka pada masa yang akan datang.

Nisa tersenyum.Ia membawa bekal dari rumah untuk Luth.Ia juga memasak nasi lemak yang merupakan kegemaran Luth.

Nisa membuka pintu penjabat Luth.Namun, ia terlihat suatu pandangan yang amat mengecewakan bagi dirinya.

"Sayang..abang boleh explain apa yang berlaku ni!", pujuk Luth.

"Explain apa! Hah! Abang sedar tak yang abang peluk tu ex tunang abang dulu! Abang sedar tak yang perkara tu berdosa!"

"Sayang..dia hampir jatuh tadi dan kata kepalanya pening.Abang cuma nak angkat dia masa dia jatuh tadi"

Damia mencebik.Ia sama sekali tiada niat nak memberitahu perkara sebenar.

"Ya, suami kau peluk aku! Kenapa marah?!", tanya Damia.

Luth memandang Damia tajam."Damia! Apa yang kau cakap ni?! Mana ada aku nak peluk kau!"

"Sudahlah..Nisa pergi dulu.Baik abang jangan ikut Nisa kalau tak nak Nisa kecewa lagi dengan abang", kata Nisa lalu pergi dari situ.

Luth terdiam."Kau memang tak guna tau! Kau dah hancurkan hati isteri aku!", marah Luth

Damia pergi dari situ.Ia tersenyum sinis.

"Argghh!!", mengamuk Luth yang melemparkan kertas kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience