4.

Romance Completed 52551

"Haih, Luth? Dah balik? Luth beli apa? Mana barangnya?" tanya Datin Maria yang pelik dengan anak tunggalnya itu.

"Oh! Ma, Luth tak jadilah nak beli barang.Luth lupa barang Luth ada banyak lagi" kata Luth yang cuba mengelak daripada Datin Maria.

Namun semua itu tidak mudah membuatkan Datin Maria tertipu.Ia tahu Luth menipunya."Luth, Mama tahu ada sesuatu yang Luth rahsiakan kepada Mama.Tapi, Mama pun berhak tahu.Ceritalah kalau boleh"

"Mama, tadi Luth jumpa Damia.Dia minta Luth sambung balik pertunangan tu.Tapi, Mama tahukan hati Luth dah tak boleh nak terima dia"

Datin Maria menghelakan nafasnya setelah mendengar itu."Luth, Mama rasa Luth kena lupakan dia.Luth berhak bahagia.Mama nak Luth carikan wanita yang boleh terima Luth seadanya.Jangan asyik terus teringatkan apa yang berlaku sehingga Luth dah tutup hati dekat wanita lain" kata Datin Maria panjang lebar.

Luth terdiam."Patutkan aku mencari wanita lain? Tapi, aku takut disakiti lagi", bisik hati Luth.

"Mama nak Luth fikirkan balik semua ni", kata Datin Maria lalu meninggalkan Luth sendirian untuk berfikir.

"Haih..Nisa, jauh termenung? Teringat dekat siapa?", tanya Laila yang pelik kerana Nisa asyik diam dan termenung sejak pulang dari Mall.

"Mana adalah", elak Nisa.

"Aku tahu kau rahsiakan sesuatu.Tapi, ceritalah kalau kau nak aku dengar"

Nisa menarik nafas lalu menghadap Laila."Macam ni, tadi dekat Mall ada seorang lelaki datang duduk sebelah aku masa kau pergi tandas.Dia siap minta tolong dekat aku"

"Tolong apa?"

"Dia minta tolong aku jadi gf dia sebab nak elakkan jumpa ex tunang dia.Apa yang aku dengar membuatkan aku jadi kesian dekat lekaki tu"

"Kesian?"

"Yelah, aku dengar ex tunang dia dah serahkan badan dekat lelaki lain.Itu yang buat dia nak elak berjumpa dengan ex dia"

"Berat kes dia"

"Itulah"

"Mesti dia kecewa sangat.Sebab kalau dia cintakan perempuan itu sepenuh jiwa boleh membuatkan dia takut nak bercinta dengan perempuan lain.Sebab dia taknak disakiti lagi"

"Mana kau tahu?"

"Alaaa..aku baca dekat internet.Tapi ini bukan tipu tahu.Ni betul"

"Mesti kecewa kan dia? Sebab aku tengok muka dia pun dah nampak yang dia benci sangat dekat perempuan tu"

"Entahlah Nisa, heh! sejak bila kau nak ambil tahu tentang orang lain? Ke kau dah jatuh cinta dekat dia?"

"Ish mana ada lah"

"Yelah tu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience