40.

Romance Completed 52551

"Abang..buka mata please. Ya Allah, engkau kuatkanlah suamiku ini."

Brukk. Pintu bilik Khairil dibuka. Damia menoleh. "Mama..Daddy.."

"Damia..anak Mama. Ya Allah, anak Mama! Maafkan Mama sebab dah halau Damia keluar dari rumah. Maafkan Mama. Sepatutnya Mama tolong Damia bukan buat Damia hidup menderita"

"Sudahlah Mama. Damia tak marah Mama halau Damia. Salah Damia sebab dah malukan Mama dengan Daddy dulu. Maafkan Damia kerana buat keluarga kita macam ni. Maafkan Damia. Hiks." Erat Damia memeluk Mama.

"Daddy.." Panggil Damia. Laju air mata mengalir di pipi. Cuba untuk meminta maaf kepada ayah yang telah menjaga dirinya sejak dia lahir. Seorang ayah yang selalu memenuhi segala permintaan. Selalu mendengar kisahnya sebelum tidur.

"Damia..anak Daddy..hiks. Maafkan Daddy sebab dah halau Damia. Maafkan Daddy sebab tak mengaku Damia anak kami. Maafkan Daddy. Daddy yang bersalah. Hiks.." menangis deras sambil memeluk erat Damia. Mengucup dahi Damia setelah lama tidak lakukan. Sumpah sejak Damia pergi, mereka kesunyian.

"Hiks..Tak! Ini bukan salah Mama dan Daddy. Ini semua salah Damia. Damia yang bersalah. Damia dah malukan air muka Mama dan Daddy. Hiks. Maafkan Damia"

Anak beranak itu saling berpelukan. Sungguh hangat. Sudah lama mereka tidak merasa sehangat ini. "Sudahlah, sekarang kita buka buku baru. Yang lepas, kita lepaskan. Sekarang kita fokus untuk suami Damia. Macam mana? Doktor kata apa?" tanya Daddy.

"Macam mana Daddy tahu Damia dah berkahwin?" Hairan Damia.

"Sebenarnya Daddy ada upah seorang pengintip untuk menjaga Damia dekat luar sana. Hati Daddy tak tenang selagi tak tahu apa yang Damia lakukan dekat luar sana? Macam mana dengan kehidupan Damia? Dekat mana Damia tinggal? Semua pasal Damia, Daddy minta pengintip Daddy carikan"

Damia tersenyum. Sekali lagi air mata mengalir. Terharu. "Terima Kasih Daddy."

"Sama-sama. Bila Khairil akan sedar?"

Mati terus lamunan Damia " Ouh, Doktor kata Khai dah okay. Luka di kepala sudah pun dijahit. Nasib baik tak ada perkara teruk yang berlaku. Kita cuma perlu tunggu dia sedar sahaja. Alhamdulillah"

"Damia..Mama dengan Daddy suka tengok Damia pakai macam ni. Sejuk hati kami. Ya Allah. Damia nampak cantik."

Malu Damia apabila dipuji seperti itu. "Hehe, Alhamdulillah Allah dah beri hidayah kepada Damia. Terima kasih juga dekat adik Khai. Selama ni dia banyak tolong Damia perbaiki diri"

"Alhamdulillah. Mama dengan Daddy pun sudah berubah. Kami sudah tidak kejar harta dunia. Daddy pun kerja bila dipanggil sahaja. Mama dengan Daddy bersyukur sangat sebab Allah turunkan hidayah kepada kami. Sekarang, Mama dengan Daddy nak bawa Damia dan Khai balik rumah kita. Daddy nak Khai gantikan tempat Daddy sebagai CEO. Daddy nak buat amal. Kami berhajat nak pergi Mekah setelah Damia balik rumah"

Terharu hati Damia mendengar. Ya Allah, terima kasih kerana turunkan hidayah kepada kedua orang tua ku. Alhamdulillah.

"Damia setuju nak balik rumah. Tapi pasal ganti tempat Daddy tu Damia tak pasti Khai nak terima atau tak? Daddy kena tanya dia dulu. Nanti dia rasa tak selesa pula. Alhamdulillah, Damia pun nak buat amal juga. Nanti kita buat amal bersama."

"Sayang..." satu suara membuatkan semua menoleh.

"Abang! Ya Allah, Alhamdulillah. Terima kasih. Abang tak apa-apa?"

"Sayang, Abang tak apa-apa. Abang kuat. Sayang macam mana? Ada cedera dekat mana?" tanya Khai. Matanya tidak sengaja melihat dua gerangan di hadapannya. "Siapa ni? Sayang."

"Mama dengan Daddy. Mereka datang selamatkan kita tadi."

"Mama? Daddy?" Bulat mata Khai. Aduh malunya. Sepatutnya dia selamatkan Damia. Ini terbalik pula. Mak Ayah mertua pula selamatkan kita. Hehe. Tersengih Khai. Dia bangun untuk bersalam.

"Heh kenapa bangun?! Nanti sakit lagi kepala tu! Baring cepat! Risau pula Mama tengok!" marah Mama. Mertua mana tak risau tengok menantu bangun macam ni? Haih.

Tersengih mereka bertiga mendengar bebelan Mama. Hehehe. Nampaknya kena dengar cakap Mama lepas ni. Kesian Khai selalu kena makan ubat. Macam Damia tak tahu. Khai takut makan ubat. Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience