Chapter 31

Drama Completed 41609

Setelah selesai mandi, Anas bersiap-siap ingin ke Kota Bharu bersama Iqbal kerana mahu membereskan kerja.

"Awak nak pergi mana?" Soal Tiara yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.

"KB. Tolong jaga opah baik baik. Aku pergi sekejap je. Petang nanti aku balik." Jawab Anas. Sekejap je apa benda jika petang baru balik? Sekarang baru pukul 9 pagi.

"Okay." Tiara menghulurkan tangannya pada Anas untuk bersalam tetapi hanya dipandang kosong oleh jejaka itu.

"Nak apa?" Soal Anas kehairanan. Tak ke pelik ke datang datang je terus hulur tangan?

"Nak salam."

"Tak payahlah. Aku dah lambat ni." Anas keluar dari bilik tanpa menghiraukan perasaan isterinya. Bersalam tak sampai 5 saat pun tak sempat? Memang benar-benar emas masa lelaki itu.

Tiara mengikut langkah suaminya yang sedang menuju ke ruang tamu.

"Is dengan Iq nok gi mano pagi-pagi lagi ni?" Soal opah yang sedang menonton tv yang menayangkan rancangan Tanyalah Ustazah.

"Nok gi derak (jalan-jalan) dekat KB." Jawab Iqbal cuba berdialek kelantan.

"Hoh loh (lantak) gi lah nok gi mano pun asal hati senang. Ara tok gi ko?" Soal opah pada gadis yang setia berdiri disamping suami tercinta.

"Err..Ara--"

"Dia tak pergi. Katanya nak jalan-jalan dekat pantai nanti." Potong Anas laju. Opah mengangguk-anggukkan kepala.

"Opah, kitorang gerak dulu. Pape roger eh?" Iqbal dengan sopan menyalami tangan berkedut opah kemudian diikuti Anas. Kedua orang jejaka itu keluar dari rumah lalu memasuki ke dalam perut kereta. Kereta hitam milik Iqbal itu hilang dari pandangan.

Tiara yang berada di muka pintu itu memejamkan matanya. Segala perbuatan suaminya sungguh menyeksakan hati. Pedih, sakit, luka, cedera hati semua ditanggungnya.

"Ara..buat gapo muko pintu tu? Mari sini. Opah nok tanyo bendo sikit. Mari mari." Tiara kembali membuka mata. Dia memusingkan badan ke belakang lalu bergerak ke arah opah yang sedang santai duduk diatas sofa.

Dia mengambil tempat disisi wanita berumur itu. Senyuman manis dilemparkan.

"Opah nak tanya apa?" Tangan opah diambil lalu digenggam.

"Betul ke Ara tengah datang bulan loni (sekarang)?" Tiara menggigit bibir bawahnya. Asal pula opah tetiba tanya dia pasal benda ni?

"Err..be..betullah. Ke..kenapa opah tanya?" Tergagap-gagap dia berkata.

"Dohtu bakpo opah nampak Ara sembahyang Subuh tadi?" Tiara terkaku. Dia terperangkap dengan jawapan sendiri. Bagaimana dia boleh kantoi dek opah? Aduh!

"Bi..bila masa Ara solat Su..Subuh tadi? Opah silap te..tengok kot." Opah menatap anak mata cucu menantunya.

"Ara..opah lebih banyak makan garam pado (dari) Ara. Ara tak boleh nak tipu opah, sayang. Oyak molek (bagitahu betul-betul). Opah tak marah." Tiara tertelan airliur. Senak jantungnya apabila menerima pandangan opah yang baginya menggerunkan walaupun hakikatnya tidak. Masaklah dia kali ni dengan opah.

"Opah, err sebenarnya erm Ara--" Tiba-tiba deringan telefon rumah berbunyi. Dalam hati Tiara sudah mengucapkan rasa syukur padaNya.

Opah bergerak menuju ke telefon rumah yang terlentang pada meja sebelah tv. Panggilan yang tidak diketahui gerangannya diangkat. Salam diberi.

"Ya Allah Jah! Gano mu (kau) boleh jatuh pula? Tebolah sengotilah mu ni ( cuai sunggulah kau ni) !" Opah yang terkejut akan khabar berita sahabat baiknya yang tergelincir didalam tandas terus membebel.

"Anok-anok kelik dok (anak-anak balik tak) ?" Soal Opah.

"Esok anok-anok aku sapa (sampai). Mu mari sini deh? Aku nok minta tolong urutkan kaki aku hok (yang) bengkak ni."

"Ho bereh bereh. Nanti aku sapa. Mu tu jangan banyak gerak nanti koho (makin) bengkak. Aku letak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Opah meletakkan gagang telefon ke tempat asal. Dia memandang Tiara yang sedang melihatnya dengan muka yang tertanya-tanya.

"Saing (kawan) opah tergelincir dalam tandas maso Subuh sakni. Kaki dio bengkak. Opah keno pergi sano. Nok pergi urut kaki dio. Ara duduk dirumah deh? Tolong jago rumah. Mungkin opah balik esok sebab nok jago dio. Anok-anok dio kelik esok. Tak dok orang nok jago dio." Pekat sungguh loghat kelantan opah sampai pening kepala Tiara untuk memahami bicara wanita itu.

"Err..boleh. Ara boleh jagakan rumah ni lagipun kalau Ara ikut opah, nanti siapa nak tolong bukakan pintu untuk Anas dengan Iqbal?" Opah mengangguk benar.

"Ho takpolah gitu gak. Opah nak pergi ambil barang opah dulu dalam bilik pahtu opah nok pergi selalu." Tiara membuat jari bentuk 'ok' pada opah lalu wanita itu terus masuk ke dalam bilik.

Beberapa minit kemudian opah keluar bersama beg pakaian yang kecil. Opah mengenakan tudung yang disarung begitu saja untuk menutup auratnya.

"Opah pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu. Kalau ada orang hok tok kenal mari, jangan buko." Opah menghulurkan tangannya pada Tiara dan gadis itu menyambutnya dengan baik.

"Alright opah. Bawa motor hati-hati. Jangan laju-laju yang macam minah-minah rempit bawa." Pesan Tiara menyelitkan sedikit gurauan.

"Hahaha dok eh. Kalau opah bawa lagu (macam) tu, bukan setakat motor je yang terbalik, dengan tuan tuan motor tu sekali tercampak masuk dalam parit." Tiara tergelak kecil dengan telatah opah yang menghayun-hayunkan tangannya ke udara sewaktu bercerita.

Dia menghantar opah ke motor. Opah menghidupkan enjin motor. Motor itu dibawa menuju ke rumah rakannya yang berada selang 5 buah rumah dari rumahnya.

Tiara menggeleng perlahan. Rare betul opah Anas ni. Walaupun sudah berusia tetapi masih lagi cergas buktinya wanita itu boleh membawa motor ke mana-mana.

Tetapi pada waktu yang sama, dia teramat bersyukur kerana opah kepada suaminya dapat menerima kehadirannya dengan baik tidak seperti kedua orang tua Anas yang asyik menjelingnya tajam.

'Terima kasih ya Allah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience