Chapter 34

Drama Completed 41674

Tiara bangun dan berjalan dipersisir pantai bersaksikan kepekatan malam. Dia menunduk memandang pasir halus sehalus dirinya sehingga orang tidak perasan kewujudannya dalam dunia ini.

Setelah lama menangis, airmata tidak lagi mahu menitik. Satu nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan sambil mata dipejam manakala kaki masih lagi melangkah maju. Dia tidak tahu ingin menuju ke mana tetapi tetap digagahkan jua kaki untuk mengatur langkah walaupun terasa sangat berat.

"Ara..?" Kakinya terhenti kaku apabila ada satu suara memanggil namanya. Suara itu..dia amat mengenali suara itu. Wajah didongakkan memandang empunya suara. Dongak saja, matanya tepat menusuk ke dalam anak mata si dia.

Abang Fiq. Raut wajah abangnya menyapa pandangan.

"Ara, kenapa lama menghilang? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Tiara menggeleng kecil. Lelaki itu sudah tiada kaitan apa-apa lagi dengannya malah perlu dianggap orang asing.

Dia mengundur perlahan ke belakang tetapi lelaki itu makin mendekat dengan dirinya. Dia berpusing ke belakang mahu melarikan diri tetapi lengannya berjaya ditarik lelaki itu.

"Ara! Kenapa ni? Ara tak kenal Abang Fiq ke?" Soal Taufiq yang pelik dengan perangai adiknya yang seperti ingin menghindarinya. Ke..dia yang tersilap orang sebenarnya? Yelah, manusia dalam dunia kan ada 7 orang yang berwajah serupa. Tak ke malu dia nanti.

Dia masih lagi tertanya-tanya kenapa adiknya lari dari rumah. Didail nombor adiknya tetapi tidak diangkat. Ditanya umi, abah dan Tasha tapi tidak dijawab. Apa yang dah terjadi?

"Lepaslah! Saya tak kenal encik pun!" Tiara meronta-ronta minta dilepaskan.

"Betulkan awak Tiara Daneesya, adik saya?" Soal Taufiq inginkan kepastian.

"Tiara Daneesya dah matilah!" Jerit Tiara lalu dengan penuh tenaganya dia memijak kaki lelaki itu seraya itu cengkaman dilepaskan.

"Ah!" Taufiq mengurut kakinya yang sakit. Berkerut dahinya menerima penangan menyengat Tiara.

Tiara mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Kakinya dibawa entah ke mana. Dia terduduk dibelakang sebuah bangunan. Tempat itu terlalu gelap dan sunyi.

Dinding bangunan dijadikan tempat untuknya bersandar. Lututnya dirapatkan ke dada. Kedua belah telinganya ditutup dengan tapak tangan. Bicara lelaki itu tadi masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya. Airmata yang baru saja kering kembali membasahi pipi.

"Tiara." Panggil seseorang.

"Pergi!" Tempiknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang suara saat itu.

"Tiara Daneesya! Balik!" Jerkah suara itu yang disangkakan abangnya.

"Tak nak! Ara tak nak balik! Ara nak tinggal dengan suami Ara! Dia tengah sakit! Dia perlukan Ara! Ara tak perlukan Abang Fiq! Abang Fiq bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Ara! Dalam hidup Ara hanya ada suami Ara je! Ara cintakan dia. Abang Fiq baliklah. Tinggalkan Ara!" Tiara berkata sambil memejam rapat matanya.

"Heh! Siapa Abang Fiq kau? Aku suami kaulah!" Dia membuka matanya lalu mengangkat muka memandang wajah orang yang sedang bercakap dengannya itu.

Eh?

"Kau ni malam malam pun nak menyusahkan orang juga ke kena cari kau bagai hah? Penat tahu tak kejar kau tadi. Ergh! Dah, balik!" Tiara bangun sambil mengelap airmata kemudian debu diseluar ditepuk-tepuk. Dia berjalan dibelakang suaminya.

Dia hanya ikut saja langkah suaminya kerana dia juga tidak tahu mana arah jalan untuk balik ke rumah.

Jalan punya jalan maka tibalah mereka disebuah pasar malam yang berdekatan pantai itu.

Makanan, minuman, cenderamata, cenderahati, cenderajantung semua ada disitu. Rambang mata dia dibuatnya tetapi bila difikirkan balik, hmm duit pun tak bawa. Tengok jelah mampu. Minta duit pada suami? Masuk dasar lautlah dia jawabnya sebab kena tendang.

Kecur liur dia apabila matanya terpandang pada sebuah khemah yang menjual jeruk buah dan rojak buah. Nakkk!! Lagi-lagi dia tengah mengandung sekarang ni makin meleleh airliur lah tengok benda tu.

Tiba-tiba dia terlihat pada seorang budak kecil dalam lingkungan 6 tahun sedang menangis. Pandangannya jatuh pula pada kaki budak itu. Patutlah menangis sebab aiskrim jatuh rupanya. Ibu budak itu cuba menenangkan anaknya tetapi tangisan itu makin kuat. Sayu dia melihat dua beranak itu. Dahlah ibu kepada kanak-kanak itu peminta sedekah.

Tiara menyeluk kedua belah poketnya. Mana tahu kot kot ada duit ke kan?

Tiba-tiba jari kirinya tersentuh pada satu helaian kertas didalam poketnya. Kertas itu dibawa keluar.

Yayy!!
Not 20 terjumpa dari dalam poket seluarnya. Jadi, bolehlah dia tolong dua beranak itu. Macam mana pun dia tidak tahu duit itu boleh ada didalam poket seluarnya. Mungkin rezeki dia untuk menolong makcik itu.

"Err..awak. Saya nak pergi hujung sana kejap eh?" Dia meminta izin dari Anas untuk pergi ke deret orang yang sedang menjual nasi berlauk.

"Hm" Hanya itu balasan dari si suami. Tiara tanpa berlengah lagi terus mengatur langkah.

Nasi putih berlauk ayam goreng berkuahkan gulai ayam dibeli dua bungkus bersama dua botol air mineral. Kemudian dia pergi pula pada orang yang menjual aiskrim.

Akhir sekali tempat makcik itu berada ditujunya.

"Assalamualaikum makcik." Salam diberi bersama senyuman manis. Tangan dihulurkan untuk bersalam.

"Waalaikumsalam." Salam dan tangannya disambut mesra.

"Anak makcik ke tu?" Soalnya.

"Haah."

"Kenapa menangis?" Saja dia tanya padahal sudah tahu jawapannya.

"Aiskrim Nana jatuh tsk tsk Nana nok tsk tsk aiskrim tapi tsk tsk tsk ibu tok sei bui (tak nak bagi).." Jawab anak kecil itu bersama sendunya.

"Ouh..nama adik, Nana? Cantik. Nah, ambillah. Akak memang belikan untuk adik pun." Tiara menghulurkan aiskrim yang dibeli tadi pada budak perempuan itu.

"Terima kasih kak." Gadis kecil itu mengambil hulurannya dengan tangan kanan manakala tangan kiri sibuk menyapu airmata.

"Sama-sama. Makcik..ni ambillah nasi dengan air ni. Saya memang belikan untuk makcik dengan Nana sekali." Beg plastik yang berisi air mineral dan nasi dihulur kemudian disambut baik oleh makcik itu.

"Syukur Alhamdulillah. Rezeki makcik malam ni. Terima kasih banyok banyok. Namo adik gapo (apa) ?" Soal makcik itu.

"Esya. Makcik pula?"

"Orang kampung ni panggil makcik, Mak Wen." Tiara mengangguk mengerti.

"Mak Wen makanlah. Saya kena pergi dulu. Assalamualaikum." Tiara menyalami tangan berkedut Mak Wen.

"Waalaikumsalam. Nana, amin dengan Kak Esya." Tiara menarik senyuman manis sambil menghulur tangan pada Nana.

"Bye bye Kak Esya. Hati-hati." Pesan gadis kecil itu setelah bersalam dengannya. Dia mengusap kepala Nana sebentar lalu pergi dari situ.

Bayangan suaminya dicari. Dia mahu pulang. Dia tidak boleh lama-lama disitu risau jika Taufiq ternampaknya.

Dia mengatur langkah ke arah persisir pantai apabila matanya terpandang pada Anas yang sedang bercakap melalui telefon.

"Aku bawa dia pergi jalan-jalanlah! Kau juga yang suruh aku pujuk dia! Ikutkan hati aku ni, nak juga aku balik sekarang. Dahlah sakit dekat perut ni menyengat semacam. Huh!" Tiara memasang telinga mendengar perbualan suaminya dengan seseorang.

"Asal kau nak marah sangat dekat dia? Apa yang dia dah buat?"

"Dia dah rosakkan vape aku yang aku beli pagi tadi. Dahlah mahal! Sakit pula hati ni bila buka cerita pasal vape. Nak aje cekik cekik dia lepastu humban dalam mulut buaya." Anas berkata tanpa menyedari yang Tiara sudah mengalirkan airmatanya.

"Vape je kot. Aku pun boleh gantilah. Lek ah. Aku tahu kau bukannya marah sangat pun pasal dia rosakkan vape kau. Kau sebenarnya nak marahkan pasal benda lain kan? Aku kenal kau Anas Iskandar. Kita dah lama kenal."

"Apa kau ni? Betullah aku marahkan dia pasal vape tu. Iq, please lah, aku tak suka dengan perempuan tu doh. Menyusahkan betullah."

"Dahtu, asal kau tak ceraikan je?"

"2 hari lepas aku akad nikah tu, opah ada call, opah cakap yang mommy dah ceritakan segalanya dekat opah and opah ada pesan kalau boleh, kekalkan perkahwinan aku dengan perempuan tu sampai bila-bila. Mungkin perempuan tu jodoh aku yang Allah dah tentukan. Jodoh? Eyerks I don't think that she's my jodoh. Nak muntah dengar."

"Eleh nak muntah konon padahal dalam hati ada butterflies hahaha"

"Hotak lah kau punya butterflies! Dahlah! Malas aku nak bercakap dengan kau. Makin mengarut! Aku nak pergi cari perempuan tu kejap."

"Nak cari dia? Asal? Dia pergi mana?"

"Tah. Katanya nak pergi buy something. The end."

Tutt.

Anas menamatkan panggilannya bersama Iqbal. Dia berpusing ke belakang dan..

Jantungnya seakan berhenti berdegup apabila terpandang pada susuk tubuh isterinya yang sedang berdiri didepannya sambil menangis. Gadis itu dengarkah perbualannya tadi?

"Tiara, aku..err..erm.." Serba salah dia dibuatnya.

"Takpe, saya faham. Jomlah balik." Tiara mengelap airmatanya lalu memusingkan badan ke belakang dan mengatur langkah untuk pulang.

Mata dipejam untuk menelan rasa pahit. Sungguh. Hatinya telah retak seretak retaknya. Tetapi dia tidak perlu menunjukkan rasa pedih itu dihadapan suaminya kerana dia ialah 'barbie doll' kepada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience