Chapter 39

Drama Completed 41674

Hari ke 25 Ramadhan, Anas bersama isterinya dan Iqbal bersalam dengan opah.

"Kitorang balik dulu opah. Nanti Is tempahkan tiket bas untuk opah balik sana." Opah mengangguk setuju.

"Hati-hati bawa keto (kereta) tu Iq. Demo (kau) tu sokmo doh opah perhati bawa keto supo (serupa) pelesit. Laju bukan main lagi. Siaplah kalau opah dapat tahu demo bawa laju lagi, opah tendang masuk laut." Iqbal tersengih sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Macam tahu-tahu je opah ni yang dia nak pecut kereta lepas ni.

"Eh tak dok lah opah. Iq bawa slow je. Slow-mo je. Orang klate kato slow supo kuro (kura-kura)." Tiara tersenyum dengan lawak Iqbal. Ada-ada je dia nak menjawab.

"Adolah dio nok menjawabnyo. Ado keno luku pahni." Opah menjeling tajam Iqbal yang sedang menyorok dibelakang Anas.

"Opah..terima kasih sebab terima Ara dengan baik. Ara hargai sangat-sangat dan Ara nak minta maaf kalau Ara ada terkasar bahasa ke terkurang ajar ke dengan opah sepanjang Ara dekat sini." Opah mengukirkan senyuman manis buat cucu menantunya. Kedua belah tangan gadis itu digenggam.

"Tak. Ara tak dok terkasar bahasa ko terkurang ajar dengan opah. Ara tak perlu nok minta maaf. Bagi opah, Ara cukup sempurna dimata opah." Balas opah membuatkan Tiara berasa begitu terharu.

"Terima kasih opah." Lantas dia peluk tubuh bongkok opah. Tidak sangka, ada juga orang yang menyayanginya. Setitik demi setitik airmatanya tumpah.

"Samo samo." Opah membalas pelukan cucu menantunya sebelum semua berangkat pergi.

Suasana didalam kereta hanya ditemani oleh suara Dj Flyfm. Masing-masing buat hal sendiri. Seorang pandu kereta, seorang sibuk dengan telefon dan seorang lagi termenung ke luar tingkap kereta.

"Bal, berhenti mall jap. Aku nak pergi beli baju raya." Arah Anas yang membuat Iqbal seperti pemandunya.

"Beli baju raya? Eh bunyi macam seronok je. Boleh boleh! Mall dekat mana? Tesco? Aeon? Kb Mall? Giant?" Senarai nama-nama pusat membeli-belah serah saja kepada Iqbal. Macam mana tak kenal kalau asal pergi dating dengan awek je pasti pergi mall.

"Mana-mana jelah." Balas Anas malas.

"Okay! Kita pergi Aeon." Teruja Iqbal membuat keputusan.

Sebut saja baju raya, hati Tiara berasa pilu. Dia tidak tahu mahu beraya ke mana pada tahun ini. Beraya dirumah orang tua Anas? Dia tidak rasa itu pilihan yang tepat kerana Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena begitu tidak menyukai dirinya.

................................

Pasangan itu berjalan beriringan didalam pusat membeli-belah Aeon manakala Iqbal sudah hilang dari radar.

Anas memeluk pinggang isterinya dari tepi untuk merapatkan lagi jarak antara mereka berdua. Sementara Tiara hanya membiarkan saja suaminya berbuat begitu. Malas nak halang. Nanti ada pula yang kena sound.

Satu-persatu butik dirinya diheret masuk ke dalam. Apabila masuk ke dalam butik yang ke 4, dia tertarik pada sepasang baju kurung moden berkain sutera yang berwarna soft pink. Sungguh cantik.

Dia membelek-belek baju kurung moden itu. Baju memang lawa tapi harga pun turut 'lawa' jugalah. Sepasang RM1400. Tak pelik sebab kain sutera memang mahal.

"Berkenan ke?" Tiara memandang suaminya sekilas sebelum meletakkan kembali baju yang dipegangnya ke tempat asal.

"Tak adalah. Tengok je. Dah jumpa baju melayu?" Dia mengubah topik perbualan. Anas menggeleng. Bukan menggeleng sebab tak jumpa baju melayu tapi sebab tak berkenan.

Tiara mengukir senyuman kecil. Dia tak fahamlah kenapa susah sangat suaminya itu nak pilih baju melayu sedangkan baju itu mana ada corak ke apa. Kalau perempuan ni lain ceritalah.

"Ada je. Awak je yang tak jumpa cari. Meh saya tolong carikan." Dia menarik lelaki itu ke tempat baju melayu.

"Nak baju warna apa?" Soalnya sambil membelek baju-baju yang digantung cantik didalam almari terbuka dibutik itu.

"Soft pink." Terangkat keningnya. Anas dipandang tidak percaya. Suaminya tengah mengigau ke sekarang ni? Tak pernah-pernah pakai baju pink.

"Asal pandang macam tu?" Tiara menggeleng tiada apa-apa. Pencarian diteruskan sehingga dia terjumpa pada ciri-ciri baju yang lelaki itu inginkan.

"Yang ni nak?" Baju itu ditunjukkan pada suaminya. Anas memerhati baju itu dari atas hingga bawah. Nampak macam helok je.

"Yang nilah." Putusnya lalu mengambil baju yang dipegang isterinya dan dibawa ke kaunter pembayaran.

"Err..awak, saya tunggu dekat luar eh?" Dia mengangguk. Hilang saja bayangan isterinya, dia terus ke tempat baju kurung. Baju kurung moden berkain sutera yang gadis itu pegang tadi diambil kemudian dibayar bersama baju melayu dan sampin putihnya.

Done! Tema baju raya mereka pada tahun ini ialah soft pink. Untuk pertama kali dalam hidup, dia bakal memakai baju berwarna pink. Oh Tuhanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience