Chapter 58

Drama Completed 41674

Tiara menutup mulutnya yang ternganga akibat menguap. Badannya yang berasa lenguh segera digeliatkan. Tulangnya seakan bercantum semula. Headphone dikepala dicabut.

Kirinya dipandang. Aik? Mana pula anak kecil itu pergi? Dia segera menoleh pada suaminya yang berada disisi kanannya. Kelihatan lelaki itu sedang nyenyak tidur.

Lengan suaminya yang berada diatas lengan kerusi segera digoncang untuk menyedarkan jejaka itu. Dadanya berombak kuat. Takut!

"Habib! Habib!" Jeritnya kecil. Anas memisat-misatkan mata. Dia memandang gerangan yang menggoncang lengannya.

"Kenapa?" Soalnya bersama suara selepas bangun tidur. Oh! Sungguh seksi.

"Danny mana?" Soal Tiara kalut. Jantungnya tidak berhenti berdebar. Tali pinggang keselamatan segera ditanggalkan.

"Hah?" Anas mengerling kerusi dimana anaknya duduk tadi. Tiada? Mana budak itu pergi? Dia turut menanggalkan tali pinggang keselamatan. Dia segera berdiri dan mencari-cari figura kecil itu.

"Danny..Danny.." Nama Danny diserunya beberapa kali. Beberapa pasang mata yang melihatnya dihiraukan. Yang penting Danny jumpa!

"Danny..where are you dear..?" Lemah saja suara isterinya kedengaran ditelinganya. Airmata bertakung ditubir mata Tiara.

Anas membuka pintu tandas. Tiada. Hah sudah! Deberan didada makin berasa.

"Danny..Dann--" Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara kanak-kanak yang sedang ketawa. Dia dengan Tiara saling berpandangan. Danny!

Mereka berdua bergegas menuju ke arah suara itu. Kelihatan Danny bersama seorang kanak-kanak perempuan sedang menonton cerita kartun ditempat duduk yang mungkin milik kanak-kanak perempuan itu.

"Danny!" Anas lantas mendukung anaknya. Pipi Danny dicium bertalu-talu. Segala perasaan risau yang bertandang telah pergi.

"Kenapa suka sangat buat mom and dad risau hah?" Marah Tiara selepas menyapu airmatanya. Tajam matanya merenung Danny yang sedang menunduk.

"I'm sorry mom..dad. I was so boring. Nothing to do that's why I came here to play and watch cartoon with her." Dia melepaskan keluhan kasar. Dia berjalan ke tempat duduknya semula bersama wajah yang berkerut tetapi didalam hati dia mengucap rasa syukur kerana tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini pada anaknya.

"See..mom dah merajuk. Jangan buat macam ni lagi okay?" Danny mengangguk mendengar kata ayahnya.

"Now, pergi pujuk mom." Anas meletakkan anaknya dibawah lalu anak kecil itu berlari anak ke arah ibunya.

"Mom.." Danny memeluk ibunya yang sedang duduk santai diatas kerusi. Mukanya disembamkan didada ibunya.

"Buat apa datang sini? Tadi kata boring? Pergilah dekat budak tadi!" Tiara menolak lembut tubuh kecil anaknya sampaikan menangis kecil si Danny dibuatnya.

"I'm so so so sorry mom. I promise I won't do like that again. I promise I promise I promise." Kata Danny bersungguh-sungguh untuk meyakinkan wanita itu.

"Promise promise promise then buat lagi." Tiara kenal benar anaknya itu. Janji janji lepas itu buat kesalahan yang sama pula.

"No! Tak buat dah! Promise." Anas yang baru saja melabuhkan punggung dikerusi memerhati saja aksi dua beranak itu.

"Sure?"

"Yeah I'm sure!"

"Kalau Danny buat juga macam mana? I mean..Danny mungkir janji?" Soal Tiara.

"Mom can punish me." Dia menyimpan senyum dengan lagat anaknya.

"Betul ni?" Danny menganggukkan kepalanya.

"Yes!" Tiara mengangkat anaknya dan diletakkan diribanya.

"Takkanlah mom nak hukum pula anak mom yang handsome ni. Sorry lah, mom terlalu ikutkan perasaan sampai termarah Danny tadi. Sorry okay dear?" Dia menyapu saki-baki airmata anaknya yang berada dipipi bersama senyuman manis.

Segala api kemarahannya reda apabila melihat senyuman kacak Danny. Senyuman itu persis senyuman Anas. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

"Häschen.." Anas memanggilnya. Dia segera berpaling.

"Sorry okay?" Berkerut dahinya. Sorry? Sorry apa?

"Untuk?" Dia menyoal.

"Alaa yang pasal dekat airport tadi tu?" Dia baru teringat. Oh pasal tu! Dia tersengih comel memandang Anas.

"Takde apa pun lah. Saja je nak merajuk." Anas menepuk dahi seraya menggeleng. Ada ada saja isterinya itu. Nasib baik sayang jika tidak ada yang ditendang sampai ke bulan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience