Chapter 52

Drama Completed 41609

Tiara yang sudah siap dengan gaun biru tua dibadannya melompat-lompat sedikit untuk mengurangkan rasa gemuruh.

"Alaa mom..be relax. You're just cat walk on the stage while show that dress." Selamba Danny berkata lalu terus sambung bermain game dalam ipadnya. Tiara tercengang.

"Hahaha your son are so funny, Danee." Balas rakannya yang turut menjadi model pada malam itu sambil meledak tawa.

"Yeah. As you know, my son always like that. I think..he follows you." Marine tersengih memandang rakannya karibnya.

"Yeah I think so." Tiara menggeleng kepalanya.

"Guys! 2 minutes more! Be ready." Kata seorang crew event pada 12 orang model yang berada di back stage.

Tiara beratur dibelakang sekali kerana dia ialah ketua model. Dia perlu cat walk bersama managernya.

2 minit telah pun berlalu.

"Okay guys! Go go! Faster!" Seorang demi seorang model keluar memperagakan gaun yang dipakai mereka.

"Oh god, I'm so nervous right now!" Managernya yang bernama Sophie hanya tersenyum geli hati melihat anak buahnya yang sedang gementar. Tipu jika dirinya tidak rasa seperti anak buahnya rasai.

Tiara memperkemaskan gaunnya sebelum mendaki tiga anak tangga keluar dari belakang pentas dan naik ke atas pentas. Lengan managernya dipeluk. Senyuman ditarik semanis mungkin dan chin up. Tangan kirinya saja naik mencekak pinggang.

Jantungnya kencang berdegup. Sampai saja ke tengah pentas, dia berpecah dengan Ma'am Sophie. Dia mengambil laluan kiri manakala managernya mengambil laluan kanan.

"Hello everyone! I'm standing here cause I would like to say thanks to the guests who were present on the eve of the Fashion Show especially to Mr. Anas Iskandar, the owner of Iskandar's Hotel. Thank you very much. With that, thank you." Panjang Ma'am Sophie berucap.

Telah mati senyuman manis Tiara sewaktu Ma'am Sophie menyebut nama yang telah lama tidak menerpa masuk ke telinganya.

'Dia..dia datang?' Matanya mencari bayangan lelaki itu sehingga akhirnya ketemu. Matanya berlaga dengan anak mata jejaka itu. Jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa meter saja kerana jejaka itu berada dimeja makan yang paling hadapan.

Jantungnya yang berdegup kencang tadi seakan berhenti mengejut.

'Keep smiling Tiara Daneesya.' Bisik suara hatinya. Dengan payah dia mengukir senyuman pada semua tetamu yang hadir. Matanya dibawa lari dari terus bertembung dengan anak mata Anas Iskandar.

Dia berpusing ke belakang setelah memperagakan gaun yang dipakainya didepan khalayak ramai. Dia berjalan menuju ke arah model-model yang sedang berdiri ditengah-tengah pentas menunggu arahan manager mereka untuk berlalu ke back stage.

Tiara berpusing ke depan kembali sambil tangan kiri mencekak pinggang. Dia memeluk lengan Ma'am Sophie yang telah berada didepannya. Gaunnya yang agak labuh diangkat sedikit lalu badan direndahkan dan kepala ditunduk sedikit tanda hormat diikuti Ma'am Sophie.

Dia bersama managernya masuk ke back stage dulu barulah 11 orang lagi model masuk.

Dia menghembus nafas lega. Akhirnya semuanya sudah selesai pada malam itu. Dia harus pulang segera kerana dia tidak mahu bertembung dengan suaminya.

Dia menghampiri anaknya yang masih lagi bermain game setelah menukar pakaiannya.

"Danny..let's go home? I feel so tired and sleepy now." Dia buat-buat menguap padahal mata masih lagi segar.

"Alright mom. Let's go." Danny menyimpan ipad miliknya yang dihadiahi oleh ibu tersayang sempena ulangtahunnya yang ke-5 dua bulan lepas didalam beg pikulnya. Tangan ibunya dipimpin.

"Ma'am, I need to go home first. See ya!" Dia melaga-lagakan pipinya dengan pipi Ma'am Sophie.

"Why so fast?" Soal pengurusnya. Pelik juga dengan anak buahnya yang ingin pulang terlalu tergesa-gesa itu tanpa sempat mengambil gambar.

"I feel very sleepy and also tired." Ma'am Sophie mengangguk sambil tersenyum.

"Alright dear. Take care. Drive carefully. Bye bye Danny my handsome boy." Wanita itu melambai tangan pada anak Tiara yang sangat kacak baginya itu.

"Bye bye Auntie Sophie my angel." Wanita itu tergelak kecil geli hati dengan telatah anak kecil itu.

Tiara memimpin tangan anaknya melangkah pergi dari situ. Sewaktu dia lalu dilobi hotel, namanya dipanggil.

"Tiara! Tiara Daneesya!" Dia mengendahkan panggilan itu. Dia amat mengenali dengan pemilik pada suara garau itu. Langkah dilajukan apabila merasakan dirinya dikejar.

"Mom..what's wrong?" Soal Danny yang pelik pada ibunya yang seperti sedang lari dari seseorang.

"Danny, get in the car then start the engine." Tiara menghulurkan kunci kereta pada anaknya dan menyuruh anak kecil itu masuk ke dalam kereta kemudian menghidupkan enjin.

"But mom--" Tiara meletakkan jari telunjuknya dibibir Danny.

"Shh..just do it." Danny mengangguk dan melakukan apa yang telah disuruh ibunya tadi.

Tiara perhati anaknya yang sedang berjalan menuju ke kereta. Dia mengambil nafas yang dalam sebelum dihembuskan. Ya, dia mahu berdepan dengan lelaki itu. Kerana apa? Kerana saja dia mahu cari penyakit.

"Tiara!" Tiba-tiba lengannya dicapai dan tubuhnya dipusing ke belakang. Badannya lantas dipeluk oleh gerangan itu.

"I miss you a lot." Dia sedikit pun tidak berasa ingin membalas pelukan itu.

"Please, let me go." Tiara menolak-nolak dada bidang suaminya tetapi tidak berjaya malah pelukan itu makin erat.

"No! Häschen..jom balik Malaysia?" Berkerut dahinya dengan panggilan itu. Häschen? Apa benda tu?

"Tak naklah! Awak pergi jelah balik sorang-sorang. Tak perlu ajak saya sekali. Lepaslah! Saya nak balik nak tidur, mengantuk." Tiara menolak lagi dada jejaka itu.

"No! Habib takkan lepaskan selagi häschen tak setuju nak balik Malaysia." Panggilan yang sudah sepenuhnya bertukar membuatkan dia berasa terlalu pelik dengan Anas. Demankah lelaki ini? Tak pun tengah mengigau.

"Awak..lepaslah. Kesian anak saya tengah tunggu dalam kereta. Dia pun penat, mengantuk. Awak reti bahasa ke tak ni?" Anas menggeleng.

"Bukan anak häschen tapi anak kita. Please dear, kita balik?" Tiara sudah sedia maklum yang Alis sudah memberitahu suaminya mengenai kehamilannya dulu dan semua cerita pasal ditangkap basah termasuk dia seorang penari.

"Okay fine tapi ada syaratnya." Dia sebenarnya awal tahun lagi telah bercadang ingin pulang ke tanah air tetapi tiada masa yang mengizinkannya untuk balik ke sana.

"Just tell me." Anas membalas tanpa melepaskan pelukan. Dia teramat rindu akan gadis ini.

"But, before that let me go first." Tiara terdengar keluhan halus dilepas dari mulut lelaki itu.

"Okay." Kini dia sudah boleh bernyawa seperti sedia kala setelah pelukan dirungkaikan.

"First, dance competition."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience