Chapter 3

Drama Completed 41674

Tiara yang sedang mengelap meja makan terpandang pada pasangan yang sedang berjalan memasuki restoran tempatnya bekerja.

Dia menghabiskan kerja mengelap meja. Kain kotor dan water spray diletakkan diatas kaunter pembayaran terlebih dahulu. Kakinya melangkah menuju ke arah pasangan itu sambil membawa 2 keping kad menu untuk diberi kepada pelanggan. Kad itu diletakkan diatas meja makan.

"Can I take your order?"

"Erm..I want nasi arab and carrot juice. You nak apa sayang?" Soal lelaki itu pada wanita seksi dihadapan.

"I sekarang tengah mode diet so I just nak salad and air suam jelah." Tiara mengangguk tanda sudah menerima pesanan. Dia melangkah ke dapur untuk memberi pesanan yang dipesan pelanggan tadi pada chef didapur.

Setelah 10 minit kemudian, makanan dan minuman yang dipesan telah pun siap. Dia mengangkat semua itu ke pelanggan.

Dahi wanita seksi itu berkerut mengundang persoalan dibenak Tiara tetapi dia abaikan. Baru saja kaki diangkat, dia diseru.

"Hey girl wait!" Senyumannya cuba diukirkan semanis mungkin.

"Yes miss?"

"Bukan ke I order carrot juice ke? Asal you bagi air suam dekat I?" Kini kerutan didahinya pula yang timbul.

"Tadi miss order air suam dengan salad so saya bagilah apa yang miss order. Any problem?" Riak wajah wanita seksi itu seperti tidak puas hati.

"No! I'm sure yang I order carrot juice tadi. Ke you pekak? Pekerja yang pekak macam you ni tak layak bekerja dekat restoran ber class ni!" Anas hanya memerhati Rianna yang sedang panas hati. Tadi order air suam sekarang carrot juice pula? Hello! Anas Iskandar belum pekak lagi eh. Dia dengar yang Rianna meminta air suam tadi dan bukannya carrot juice.

"Rianna stop it! Buat malulah orang pandang. Tak payahlah sampai tengking tengking. You boleh order lagi kan? Erm miss, 1 more carrot juice." Anas memandang ke dalam anak mata Tiara, gadis yang tidak dikenalinya sambil mulut memesan air.

Bibir Tiara yang dicalitkan lipmatte nude menjadikan senyuman yang diukir bertambah manis. Dia kembali menuju ke dapur.

"You ni asal nak marah-marah orang? Period eh?" Rianna mengeluh kasar lalu menyilangkan lengannya ke dada. Dirinya disandarkan di sofa.

"Minah tulah pekak! Tadi I order benda lain dia hantar benda lain! Huh! Tak sepatut dia kerja dekat sini." Anas tergelak sinis didalam hati. Minah tu yang pekak ke kau yang nyanyok?

"Tadi I rasa you order air suam." Rianna memandang wajah tampan teman lelakinya.

"Mana ada! Carrot juice lah!" Dia mempertahankan dirinya yang sememangnya salah.

"Okay okay. You win you win." Anas mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Dia bimbang jika'date' nya bersama wanita ini malam esok tidak menjadi.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Sampai saja dia ke rumah, puan Kazimah lantas menyuruhnya untuk menyapu daun-daun kering yang bersepah dihalaman rumah. Dia hanya menuruti tanpa banyak kata walaupun kakaknya, Tasya hanya goyang kaki didalam rumah saat itu.

Sewaktu dia sedang menyapu daun kering, ada yang datang menyapa.

"Assalamualaikum." Suara garau seperti seorang lelaki menarik perhatiannya untuk berpaling. Berkopiah, berbaju melayu dan berkain pelekat. Wow! Gaya macam alim je. Seganlah pula kita yang free hair ni.

"Err..Waalaikumsalam." Berkerut seribu dahinya untuk mengecam wajah dihadapannya itu. Siapa ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni.

"Ara kan? Saya Aiman. Panggil Iman." Jejaka yang bernama Iman itu tersenyum manis memandang Tiara.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Lelaki yang berbadan tegap dan dada yang sedikit bidang itu memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket baju melayu dan sebelah lagi untuk menggarukan kening.

"Saya dah lama minat awak. Dari kecil lagi. Takpelah, next week tunggu surprise dari saya ya? Saya pergi surau dulu. Assalamualaikum cinta." Perkataan Iman sebelum jejaka itu pergi mengundang tanda tanya dikotak persoalan Tiara.

"Waalaikumsalam." Salam dijawab perlahan kerana jejaka yang wajahnya dipenuhi dengan sinar nur itu sudah pun jauh melangkah.

'Siapa dia? Surprise apa pula ni?' Dia menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan. Biarlah, kita tunggu saja minggu depan dan segalanya akan terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience