Chapter 61

Drama Completed 41717

"Häschen.." Anas mengambil tempat ditepi isterinya yang sedang membelek majalah disofa dalam bilik.

"Hm?" Sahut Tiara sambil menggigit buah asam yang baru dibeli suaminya tadi. Majalah dibelek-belek. Sesekali wajahnya juga ada terpampang didalam majalah itu malah ada juga yang menjadi muka hadapan.

Siapa sangka, sekarang dia sedang hamil 2 bulan. Sungguh bahagia jejaka kacak sebelahnya itu apabila mendapat tahu berita gembira itu tambah-tambah Danny yang bakal mendapat adik baru.

"Esok habib dijemput untuk bagi ceramah dekat bekas sekolah habib dulu. Jom?" Tidak semena-mena Tiara tergelak. Kelakar!

"Bagi ceramah? Seriously?" Wajah suaminya dipandang tidak percaya. Terus bertukar masam muka Anas. Tak baik gelakkan suami!

"Betullah! Apa yang tak betulnya? Jomlah teman habib? Pukul 8 pagi esok. Jomlah jomlah jomlah.." Desaknya sambil menggoncang lengan si isteri.

"Hey hey hey! Apa main goncang-goncang ni?" Soal Tiara sedikit bengang. Tangan suaminya ditepis.

"Jomlah teman habib? Pleasee..?" Anas merayu sambil mencebik comel. Tiara ingin melepas tawa tetapi berusaha ditahan. Tak baik!

"Ara seganlah. Diorang kan ajak habib je, bukannya ajak Ara juga. Buat malu je datang tak diundang." Dia menolak tidak mahu pergi.

"Alaa..habib dah bagitahu dah pada pihak sekolah yang häschen nak datang juga. Diorang kata okay je. No problem. Jomlah..häschen kena bagi semangat tau pada habib bila dekat sana nanti." Tiara mengeluh dan akhirnya dia turuti jua suaminya. Malas mahu peningkan kepala.

"Thank you häschen..!" Anas lantas memeluk tubuh isterinya setelah itu tangannya dibawa turun pada perut yang masih kempis isterinya itu. Sebuah senyuman diukirkan penuh rasa gembira.

"Anak dad tinggal elok-elok tau dalam ni. Kalau rasa nak makan KFC ke Pizza ke burger Mcd ke bagitahu dad eh? Nanti dad belikan." Tiara menaikkan tangannya lalu diluku kepala suaminya. Melalut je kerja!

"Apalah habib ni..ada ke patut tanya macam tu? Merepek je dia." Dia merebahkan kepala diatas peha Anas. Haruman yang melekat dibadan suaminya yang tidak berbaju itu dapat menenangkan jiwa. Anas Iskandar pakai seluar okay!

"Danny mana?" Soalnya apabila suara anak kecil itu dari pagi tadi lagi tidak kedengaran dan bayangan Danny juga tidak terlintas didepan mata.

"Ada je, tengah main dekat belakang rumah dengan anak jiran sebelah. Bik Iti yang teman." Dia mengangguk-anggukkan kepala.

"Kenapa tak join juga?" Soalnya berbasa-basi.

"Dah join dah tadi. Berpeluh sampai."

"Dah mandi?" Anas menggeleng.

"Belum." Selamba dia menjawab.

"Eii tak senonoh!" Tiara segera duduk tegak semula. Hidungnya saja dikepit. Anas sudah tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapat-rapat.

"Patutlah bau busuk je dari tadi! Dah, pergi mandi!" Tubuh si suami ditolak-tolak supaya segera masuk dalam tandas. Bukan setakat masuk, tapi mandi sekali! Masuk saja buat apa?

Anas mencebik. Sempat dia mengenakan isterinya dengan mengangkat ketiak dan menolak muka Tiara ke arah ketiaknya dan setelah itu segera dia berlari masuk ke dalam tandas. Pintu dikunci sebelum mendengar tempikan nyaring gadis itu.

"Anas Iskandar!!" Pecah tawanya dalam tandas itu.

................................

"Umi tak cuba call dia?" Soal si abang sulung pada si ibu dan si ibu itu menggeleng.

"Tak. Umi..umi takut dia tak dapat terima umi." Taufiq mengeluh kecil. Dia kenal dengan adik bongsunya itu. Tak mungkin gadis itu tidak dapat memaafkan segala perbuatan si ibu yang dulu.

"Umi cubalah call dia dulu. Cuba, tak salahkan? Umi ada nombor dia, jangan lepaskan peluang yang ada. Nanti kalau nombor tu hilang macam mana? Takkanlah kita nak pusing satu negeri ni nak cari dia?" Puan Kazimah merenung telefon rumah kemudian dia renung pula secebis kertas putih ditangannya. Nombor Tiara dia dapat melalui Alis.

Dengan langkah yang berat, dia berjalan ke arah telefon rumah yang diletak disebelah tv. Gagang telefon diangkat kemudian nombor pada telefon rumah itu dipicit-picit seperti yang ditulis cantik oleh Alis diatas kertas putih itu.

Dia menunggu dengan penuh debaran panggilannya dijawab oleh orang disana. Tidak lama kemudian panggilan itu diangkat.

"Hello, Assalamualaikum. Ni siapa ya?" Gerangan dihujung talian itu mula memberi salam.

"Waalaikumsalam. Ni..ni umi, Ara."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience