Chapter 64

Drama Completed 41674

Anas memerhati isterinya yang sedang didandan oleh seorang mak andam terkenal dalam sebuah bilik dibelakang pentas sambil berpeluk tubuh.

Tiara yang perasan dirinya ditenung terus memandang gerangan itu melalui pantulan cermin. Dia tersengih seraya kening dijungkit-jungkitkan.

Anas mencebik. Manja betul gadis itu dengannya sejak mengandung tapi dia suka kerana dia boleh rapat lagi dengan Tiara tapi walau bagaimanapun kasih sayang terhadap Danny tetap dicurahkan seperti biasa.

Dia menyeluk poket seluar untuk mengambil telefonnya apabila alat itu bergetar bermakna ada yang memanggil. Video call dari mommy segera diangkat tetapi bukan muka Puan Sri Helena yang muncul namun wajah anaknya. Sempat dia tergelak kecil.

"Yes dear?"

"Bila dad dengan mom nak balik? Rindulah."

Aik? Baru pergi 2 hari dah rindu? Budak kecil biasalah, tidak boleh berenggang dengan ibu bapa lama-lama.

"Alaa nanti dad dengan mom baliklah. Esok tak pun lusa. Dad promise akan bawa balik mainan banyak-banyak."

Tiara memasang telinga mendengar perbualan suaminya dengan seseorang. Apabila perkataan mainan disebut itu pasti Anas sedang berbual dengan Danny.

"Betul ni?"

"Yes! I promise!"

Anas mengangkat sebelah tangannya seperti sedang berikrar. Alah setakat mainan apalah sangat.

"Okay. Err..where's mom?"

"Ada je. Wanna talk to her?"

"Nak nak!"

Anas berjalan menghampiri isterinya. Telefon itu diserah pada Tiara. Wajah ceria Danny menyapa pandangan Tiara.

"Hey dear!"

"Hey mom!"

"Miss me?"

"Of course I miss you mom and also dad."

Mereka berdua berbual begitu lama. Para model yang berada dikiri, kanan, depan dan belakangnya juga turut sedang didandan oleh mak andam.

Semua model yang tidak mengandung yang ada pada malam itu perlu memakai perut supaya nampak seperti ibu mengandung kerana mereka akan membuat pertunjukan baju-baju ibu hamil.

Ada seseorang yang mendekati Anas dan lelaki itu diminta untuk keluar ke depan kerana majlis akan dimulakan beberapa minit saja lagi.

"Häschen, habib nak fon. Majlis dah nak start." Dia meminta telefonnya yang masih ada pada isterinya. Rancak betul dua beranak itu berbual sampai sudah membina dunia sendiri.

"Danny, I got to go. Tomorrow, I'll call you back okay dear?"

"Okay mom. Bye!"

"Bye!"

Tiara mematikan panggilan itu. Telefon suaminya kembali pada tuannya.

"Habib keluar dulu." Anas mengucup pipi isterinya yang sedikit tembam itu. Well, orang mengandung biasalah tu kalau berat badan naik ke lemak naik ke pipi naik ke. Itu sudah dianggap perkara biasa.

"Okay." Tiara memerhati suaminya yang sedang berjalan keluar dari bilik dandanan. Perutnya diusap lembut. Sesekali perutnya mengeras memang amat perit baginya.

Setelah siap berdandan, mereka dikehendaki untuk mengambil tempat masing-masing bersama perut yang memboyot kerana pertunjukan akan bermula tidak lama lagi.

Seperti biasa, Tiara akan mengambil tempat dibelakang sekali bersama Ma'am Sophie tetapi mana wanita itu ya? Tidak nampak-nampak lagi bayangan wanita itu sejak dia datang.

"Sorry sorry I'm late!" Suara yang tidak asing baginya kedengaran. Senyuman terbit dari bibirnya. Muncul pun!

"Ma'am Sophie! I miss you so much!" Dia memeluk wanita yang berusia 50an itu. Rindu sungguh dia pada pengurusnya itu.

"I miss you too dear." Sewaktu Ma'am Sophie memeluk tubuh anak buahnya, badannya terkena pada perut gadis itu. Kerasnya. Pelukan dirungkaikan. Pandangannta jatuh pada perut Tiara.

"Fake or real?" Soalnya sambil menunjuk pada perut Tiara. Dia sudah sedia maklum yang ada diantara modelnya yang memakai perut dan ada juga yang betul-betul hamil.

Tiara menarik sengih. Perutnya diusap manja.

"Real of course. Already 9 months." Balasnya. Membulat mata pengurusnya akibat terkejut.

"Seriously?" Dia menganggukkan kepala sebagai jawapan.

................................

Anas memerhati model-model yang sedang memperagakan baju-baju mereka diatas pentas bersama perut masing-masing yang memboyot.

Senyuman ditarik apabila wajah berseri-seri sang isteri menyapa pandangan mata. Sungguh comel isterinya apabila mengenakan pakaian itu. Geram nak gigit!

Tiara yang sedang catwalk diatas pentas terpandang pada suaminya yang sedang tersenyum nakal padanya. Dia abaikan lelaki itu. Dia berpusing ke belakang menuju ke arah model-model yang lain setelah selesai peragakan baju ditubuhnya itu manakala pengurusnya masih sedang memberi sepatah dua kata.

Seusai itu kesemua 10 orang model itu kembali ke belakang pentas. Sewaktu Tiara ingin melebuhkan punggung diatas kerusi, tiba-tiba perutnya mengeras. Terlalu lama. Perutnya dipegang bersama keringat yang sudah membasahi dahi.

"Ahh!!" Dia menjerit kuat kerana tidak dapat menahan rasa. Semua mata didalam bilik dandanan itu tertumpu padanya. Dia terduduk dilantai. Sebelah tangan mencengkam kuat lengan kerusi manakala sebelah lagi memegang perut.

"Danee, are you okay?" Soal seseorang yang turut menjadi model pada malam itu.

"Please, call my husband! Faster!" Tiara berasa seperti ada air yang mengalir dicelah pehanya. Air ketubannya sudah pecah. Habib! Dia sudah ingin bersalin!!

Melissa mengambil telefon Tiara. Dengan secepat mungkin dia mendail nombor suami gadis itu.

...............................

Tiara mencelikkan matanya. Siling putih menjadi benda pertama yang dilihatnya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Perutnya segera disentuh. Kempis. Jantungnya sudah berdetak laju. Mana anaknya?

Dia memerhati gerangan yang sedang menolak pintu wadnya. Kelihatan Anas masuk ke dalam wadnya bersama seorang bayi didukungan. Danny juga tidak ketinggalan ada disamping ayahnya.

"Mom!!" Danny berlari anak ke arah ibunya apabila wanita itu sudah sedar dari lena yang agak lama. Airmatanya jatuh menuruni pipi. Dia terlalu rindu pada ibunya. Tubuh ibunya segera dipeluk.

"Why are you crying huh?" Soal Tiara sambil mengusap-usap belakang tubuh anaknya.

"Danny rindu mom! Dah sebulan mom tinggalkan Danny tau?" Tiara mengerutkan dahinya tidak memahami bicara anak kecil itu. Matanya dihala pada sang suami yang sedang merenungnya bersama sebuah senyuman.

"Sebulan?" Dia menyoal pada Anas dan lelaki itu mengangguk.

"Sebulan häschen koma. Menangis tak berlagu si Danny ni. Feel better?" Anas menyoal setelah mengucup dahi isterinya.

"Okay dah sikit cuma rasa sakit-sakit tu ada lah sikit. Erm..mommy dengan daddy tak datang?" Tiara bertanya apabila susuk tubuh mertuanya itu langsung tidak kelihatan. Takkanlah Danny datang seorang ke New York ni?

"Datang tapi bukan setakat mommy dengan daddy je datang, semua keluarga häschen pun datang. Iqbal, Alis dengan anak diorang pun datang juga. Kalau häschen nak tahu, Taufiq lah yang rawat häschen sepanjang häschen ada dekat sini." Balas Anas.

Tiara mengangguk-angguk. Taufiq yang rawat dirinya? Bunyi macam lawak tapi itulah kenyataannya. Taufiq memang seorang doktor. Doktor bedah di China.

Matanya tertumpu pada anak kecil yang berada didukungan suaminya.

"Habib..nak--" Dia baru saja mahu meminta bayi itu dari Anas tetapi niatnya terbantut akibat ada gerangan yang menolak pintu wadnya.

"Eh? Ara dah bangun?" Bilik wad itu yang besar menjadi sempit kerana semua keluarga belah Anas dan belahnya berkumpul didalam bilik itu.

Danny mengambil tempat diatas katil ibunya. Tak nak berengganglah katakan.

Tiara hanya mengukirkan senyuman nipis pada semua yang ada didalam biliknya. Badannya masih lagi lemah dan wajahnya juga masih pucat.

Keningnya bertaut apabila terpandang pada bayi yang ada didukungan Puan Kazimah. Eh? Anak siapa pula tu? Takkanlah anak Taufiq pula. Setahunya Indah tidak mengandung.

"Umi dukung anak siapa tu?" Soalnya hairan. Puan Kazimah tersenyum pada Tiara.

"Anak Ara lah. Anak siapa lagi?" Makin pening Tiara mendengar jawapan uminya. Habistu, anak siapa pula yang didukung Anas?

"Habib, tu anak siapa pula?"

"Anak kitalah. Twin sayang.." Makin bertambah kerutan didahinya. Kembar? Macam mana boleh kembar sedangkan dia selalu scan dihospital swasta nampak seorang je? Yang seorang lagi menyorok dekat mana? Aiyoyo pening kepalanya nak fikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience