Chapter 36

Drama Completed 41717

'Raya kedua Abang Fiq akan akad nikah. Terserah Ara nak datang atau tak.' Tiara teringat kembali kata-kata terakhir abangnya sebelum pergi tinggalkan dirinya kelmarin.

Dia mengeluh berat dibirai katil. Kepalanya begitu serabut waktu itu.

Anas masuk ke dalam biliknya setelah selesai mandi. Dia pandang sekilas isterinya yang termenung jauh diatas katil. Almari baju dibuka dan pakaian yang sesuai untuk dipakai balik ke negeri asal diambil.

"Aku nak balik. Kau stay sini dengan opah. Dah settle problem aku, baru aku ambil kau. Jangan nak menggatal sangat masa aku takde." Pesannya.

"Okay." Hanya itu yang dibalas Tiara. Gadis itu keluar dari bilik untuk memberi ruang pada suaminya yang ingin memakai baju.

"Tiara" Panggil Anas sewaktu isterinya ingin memulas tombol pintu.

Tiara hanya kaku dipintu menunggu bicara suaminya.

"Kalau opah ada tanya kenapa kau tak ikut sekali, kau diam je. Biar aku yang jawab. Faham?" Dia memejam mata sambil mengangguk. Pintu dibuka kemudian dia melangkah keluar dari bilik setelah pintu kembali ditutup.

Anas merenung pintu bilik yang telah lama tertutup rapat. Isterinya sudah beberapa hari tidak bercakap dengannya. Dia cuba untuk bercakap dengan gadis itu tetapi Tiara tetap dengan diam membisunya.

Adakah gadis itu masih terasa dengan perbualannya bersama Iqbal beberapa hari yang lepas?

Dia menggeleng. Ah! Malas nak fikir. Terasa ke tak itu bukan urusannya.

..............................

Tiara melepak bersama Iqbal dibawah pondok kecil yang hanya beberapa langkah dari rumah opah sementara menunggu Anas yang sedang bersiap.

"Sometimes perangai Anas memang menyakitkan hati. Awak kena banyak bersabar dengan dia. Awak tak boleh cepat mengalah kalau nak berdamping dengan dia seumur hidup." Tiara mengerut kening. Asal pula tetiba buka topik pasal suami dia?

Kemudian dia mengukirkan senyuman tawar. Sometimes? Dia tak rasa yang perangai Anas kadang-kadang je menyakitkan hati tapi EVERYTIME.

"Takdelah. Saya okay je. Biasalah, kekurangan suami kenalah terima dengan hati yang terbuka. Tak cerialah rumahtangga pasangan tu kalau kekurangan masing-masing jadi punca pergaduhan." Iqbal merenung ke dalam anak mata Tiara. Dari mata saja dia sudah tahu bahawa banyak derita yang ditanggung gadis itu.

"So, awak memang dah terima Anas dalam hidup awak? Awak..cintakan dia?" Tiara melemparkan pandangan ke laut. Dia tahu yang Anas sudah menceritakan segalanya mengenai diri dia pada Iqbal. Jadi, buat apa nak disorokkan lagi.

"Anas suami saya. Hanya dia yang saya ada. Dari akad nikah lagi saya berusaha untuk menghadirkan dia dalam hidup saya. Cinta. Kalau awak nak tahu, ia hadir tanpa kita sedar. Saya pun tak tahu bila saya mula jatuh cinta pada dia." Balasnya sambil bermain dengan hujung lengan bajunya.

"Menyesal?" Dia memandang Iqbal yang berada disebelahnya sekilas kemudian membuang pandang ke tengah laut semula.

"Mungkin ini yang sudah ditetapkan Allah. Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Takde istilah menyesal bagi saya sebab saya tahu, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan saya juga tahu, kebahagian pasti sedang menanti." Bait-bait perkataan yang dilontarnya telah menjentik tangkai hati Iqbal.

Seperti mahu bunuh saja Anas kerana telah mensia-siakan gadis secantik dan sebaik Tiara. Kerana terlalu benci, rakannya tidak nampak apa yang dia nampak pada diri gadis itu. Rasa nak kahwinlah pula dengan Tiara ni.

"Erm..Iqbal, boleh saya nak tanya satu benda?" Dan dia mengangguk membenarkan.

"Awak dengan Anas nak balik sana kenapa?" Terangkat keningnya dengan soalan gadis itu. Anas tak bagitahukah?

"Nak settle problem dengan Fazira. I know you know her. Dialah yang dah upah orang untuk buat kecoh dekat mall haritu." Tiara mengerut dahi. Fazira? Macam pernah dengar nama tu tapi dia tidak ingat. Otaknya ligat memutarkan memori lama.

Fazira Fazira Fazira Fazira aha! Nama itu. Dia sudah ingat dengan pemilik nama itu. Seorang gadis yang mengaku bahawa dia telah mengandungkan anak Anas beberapa bulan yang lepas dirumah agam ibu bapa mertuanya.

Oh jadi anak buah gadis itulah yang telah melepaskan beberapa das tembakan padanya dan Anas dan meletupkan kereta mewah suaminya?

"Kenapa dia buat macam tu?"

"Dia terlalu obses dengan Anas. Dia akan bunuh siapa je yang dekat dengan Anas termasuk--" Laju Tiara memotong.

"Saya?" Dengan perlahan Iqbal mengangguk.

"Allah.." Tiara menekup wajahnya. Terkejut dan dalam masa yang sama turut takut.

"Tapi awak jangan risau. Saya dan Anas akan cuba untuk selamatkan keadaan." Pujuk Iqbal tidak mahu gadis itu berasa takut.

"Dahlah awak. Saya dah tak sanggup nak dengar. Saya masuk dulu." Tiara bangun lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Dia membuka pintu bilik. Kelihatan Anas sedang menunaikan solat. Solat Dhuha mungkin kerana sekarang baru pukul 10 pagi.

"Assalamualaikumwarohmatullah" Anas memberi salam pada tolehan kanan kemudian kiri. Tangan kanan disapu ke muka. Kedua belah tangan diangkat.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku nanti. Kau berkatilah aku dunia akhirat. Kau halalkanlah segala makan minumku. Hanya padaMu aku bersujud dan memohon. Ya Allah, Ya Rabbi, Allahuakbar. Aku merayu padaMu. Kaulah satu-satunya tempat aku bergantung. Aamin Ya Rabbal alamin."

Tapak tangan dibawa ke muka. Airmata yang menitis segera diseka. Dia bangun dan sejadah dilipat kemudian diletakkan ke tempat asal. Badan dipusing tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat.

"Awak.. hati-hati. Awak kena ingat yang sampai bila-bila pun saya akan tunggu awak. Saya tak nak kehilangan awak. Jujur saya cakap yang saya cintakan awak." Tiara menangis didada bidang suaminya.

Anas dengan perlahan menaikkan tangannya menggosok belakang badan isterinya untuk menenangkan gadis itu.

"Tak. Aku janji yang kau takkan kehilangan aku. Dah dah. Stop crying. You make me feel so guilty." Pujuk Anas pada isterinya yang sedang menangis teresak-esak didadanya.

"Tak!! Awak tipu!" Tiara menggelengkan kepalanya.

"Aku dah janji dekat kau dan apa yang aku dah janji, aku wajib tunaikan. Trust me." Tiara menggeleng lagi.

"Tipu!" Anas mengetap bibirnya. Kedua belah bahu isterinya dipegang. Wajah gadis itu didongakkan mengadap mukanya.

"Tiara listen! Aku tak nak Tiara yang lemah macam yang sekarang ni! Mana Tiara dulu yang selalu strong? Mana?" Tiara hanya diam membisu. Hanya esakan tangis yang terbit dari bibirnya.

"Iqbal ada cerita kenapa aku nak balik sana?" Dia mengangguk. Anas sudah agak.

"Dia cerita semuanya. Dia cerita sampailah yang Fazira cuba untuk bunuh saya." Beritahu Tiara.

Anas mengacip kuat giginya. Dia punyalah berusaha untuk tidak membocorkan hal ini tapi sudah diceritakan Iqbal. Dasar Iqbal mulut bocor!

"Aku nak pergi dah ni. Janganlah pula kau menangis bawah ketiak opah nanti." Lawak dingin Anas berjaya mengukirkan senyuman Tiara. Gadis itu menumbuk dada suaminya.

Dua ibu jari Anas naik ke pipi isterinya untuk mengelap sisa airmata Tiara.

"Tak adanyalah. Hati-hati. Take care yourself." Tiara mengambil tangan kanan Anas lalu dikucup. Dia terkaku apabila bibir seksi suaminya menyentuh dahinya. Begitu lama.

"Take care yourself too. Tolong jaga opah baik-baik. Dalam 2 weeks macam tu aku baliklah. Jangan risau pasal aku. I'll be fine." Pesan Anas. Rambut Tiara yang terjuntai didahi diselit dibelakang telinga.

"Saya pegang janji awak." Untuk kali terakhir mereka berpelukan sebelum Anas melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience