Chapter 48

Drama Completed 41674

"Nak apa datang sini?" Soal Puan Sri Helena dingin pada anak sulungnya. Hatinya masih terasa dengan percakapan kasar anak muda itu beberapa bulan lepas yang berkaitan dengan Fazira.

"Nah. Bacalah." Anas meletakkan surat yang dari tadi lagi dipegang diatas meja kaca.

"Surat apa tu?" Soal Tan Sri Hamid ikut bersuara. Dia mengambil surat itu lalu dibaca isi kandungannya.

'99.99 peratus DNA zigot Nur Fazira Binti Faris tidak sama dengan Anas Iskandar Bin Hamid.'
-Disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Swasta.

Tan Sri Hamid mengeluh singkat. Mata dipejam dan kembali dibuka. Menyesal pula melulu tuduh anaknya tanpa sebarang bukti ditangan.

"Semua jantan lari dari dia lepas buat 'benda' tu sebab tulah dia datang dekat kita suruh abang long tanggungjawab." Puan Sri Helena mengurut dadanya setelah membaca surat itu.

"Ya Allah nasib baik abang long tak kahwin dengan perempuan tu. Long..mommy minta maaf sebab tengking dan tampar abang long masa tu. Mommy terlalu ikutkan sangat perasaan marah mommy masa tu." Wanita itu datang memeluk anak lelakinya.

"And abang long pun nak minta maaf sebab cakap kasar dengan you and dad. I'm so sorry mom." Anas membalas pelukan mommynya. Anas ini walaupun dalam dirinya mempunyai sikap kasar tetapi ada juga kemanjaannya.

"Dad pun nak minta maaf sebab tuduh abang long macam tu. Dad tahu dad salah." Kata Tan Sri Hamid kesal dengan sikapnya yang suka menuduh.

"It's okay dad. Semuanya dah lepas. Hari ni hari raya soo have fun!" Ujar Anas ceria setelah merungkaikan pelukan dengan Puan Sri Helena. Wanita itu tersenyum. Kelibat seseorang dicari.

"Erm..mana isteri abang long?" Soal Puan Sri Helena seraya mengambil tempat disebelah suami tersayang. Mungkin lebih kurang sejam lagi tetamu-tetamu yang diundang akan sampai.

Anas juga turut mencari kelibat isterinya menggunakan mata saja tanpa rasa untuk bergerak.

"Entah. Tadi kata nak pergi dapur."

"Err..abang long, isteri abang long dekat rumah macam mana? Okay ke? Pandai masak tak? Mommy sebenarnya dah plan nak pergi rumah abang long tapi tak sempat. Kerja dekat butik tu terlalu banyak." Anas menarik senyuman pada si ibu. Inilah masanya untuk memuji isterinya supaya Puan Sri Helena suka akan Tiara.

"She's okay. Pandai masak. Dulu lepas abang long balik office, abang long selalu je makan dekat luar but after dapat wife ni, abang long selalu makan dekat rumah. Masakan dia memang power. Abang long selalu menambah nasi. Kalau mom and dad tak percaya, mom and dad can test her nanti." Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena mengangguk-angguk. Tidak menyesal Tiara menjadi anak menantu mereka. Dahlah cantik, pandai masak pula tu. Jarang gadis cantik pandai masak sekarang ini. Tah tah sudip pun tak kenal.

..............................

"Serious lah that you're pregnant?" Soal Alis tidak percaya. Terkejut juga apabila rakan karibnya memberitahunya yang Tiara mengandung.

"Yes Alis, I'm pregnant. Already 3 months." Tiara meyakinkan Alis yang seperti tidak percaya.

"Oh gosh! I can't believe it!" Alis menggeleng masih tidak percaya.

"And you've to believe it." Alis lantas memeluk tubuh sahabatnya kerana terlalu gembira.

"I can't say anything because I'm too happy! I'm feel so so so grateful. Oh god! Thank you so much." Tiara mengukirkan senyuman hambar. Kalaulah suaminya yang memeluknya dan berkata begitu pasti dia sudah tersenyum bahagia.

"Please Lis, keep this as a secret. Just you and me yang dah tahu pasal ni." Alis melepaskan pelukan. Mata rakannya itu direnung dalam.

"Kenapa tak bagitahu dekat abang long?" Soalnya. Tiara menggelengkan kepalanya.

"Aku takut dia tak dapat terima anak dia sendiri. Biarlah, simpan jelah rahsia ni." Alis melepaskan keluhan kecil. Senyuman lebar tiba-tiba ditarik.

"It's okay yang penting aku akan dapat anak buah. Yeay!!" Jeritnya kecil. Tiara tergelak kecil. Geli hati dengan gelagat manja rakannya itu.

..................................

Anas memerhati isterinya yang muncul dari dapur bersama adiknya.

Gadis itu berjalan mendekati kedua orang tuanya dan tangan dihulurkan untuk bersalam.

"What's your name dear?" Soal Puan Sri Helena pada anak menantunya sewaktu gadis itu sedang bersalam dengannya.

"Tiara Daneesya." Jawab Tiara lalu menghadiahkan senyuman manis pada mak dan bapa mertuanya itu.

"I'm so sorry dear." Puan Sri Helena bangun dan terus memeluk Tiara. Dia terlalu menyesal kerana telah membuat tidak layan pada gadis yang tidak bersalah ini malah membencinya.

Tiara terkaku. Bagai ada arus elektrik yang mengalir masuk ke dalam tubuhnya. Pelukan ini..dia terlalu rindukan pelukan seorang ibu. Sudah 17 tahun dia tidak dipeluk oleh seseorang yang digelar ibu.

Matanya dipejam rapat untuk menghayati pelukan yang hangat itu sambil tangan dinaikkan untuk membalas pelukan itu.

'Umi..' Hati kecilnya berbisik. Dia amat rindu akan gerangan itu. Tanpa sedar, airmatanya sudah turun ke pipi. Dia tidak dengar lagi apa yang wanita itu sedang bicarakan. Yang penting dia dapat pelukan dari seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience