Chapter 56

Drama Completed 41674

Ting tong~

Tiara yang sedang makan tengah hari diruangan dapur bersama Danny terdengar loceng rumah mereka ditekan seseorang.

"Who's that, mom?" Soal Danny pada ibunya. Tiara menjungkit bahu.

"Let me open it." Dia bergegas ke ruang tamu. Pintu rumah apartment segera dibuka.

"Surprise!!" Dia mencebik. Tak terkejut pun.

"Alaa tak terkejut pula. Nah, ambillah bunga ni. Special just for you, häschen." Anas mengenyit nakal matanya sambil menghulurkan sejambak bunga yang diselitkan satu bar coklat Cadbury.

"Thank you. Masuklah." Pelawa Tiara.

"Danny mana?" Soal Anas apabila telinganya tidak menangkap sebarang bunyi suara anak kecil itu.

"Ada. Tengah makan dekat dapur. Awak dah makan?" Soal Tiara yang sedang meletakkan bunga tadi diatas meja yang berada dihadapan sofa.

"Belum lagi."

"Kalau macam tu, jomlah makan sekali." Anas mencapai pinggang isterinya. Dahi gadis itu dikucup lama. Sudah seminggu dia tidak ketemu keluarga kecilnya akibat kesibukan kerja.

"Miss you, häschen." Tiara hanya memejam mata. Dia diam tidak membalas. Tipu jika dia tidak merindukan suaminya.

"Tak rindu habib ke?" Anas menyoal apabila gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Jomlah makan. Kesian Danny makan sorang-sorang." Tiara menepis lembut lengan suaminya yang melilit dipinggangnya kemudian dia melangkah ke dapur.

Anas mengeluh lemah. Nampaknya isterinya masih belum dapat menerima dirinya. Dia turut pergi ke dapur menuju ke arah meja makan. Anaknya yang sedang makan disapa.

"Hey Dann! What's up huh?" Mula-mulanya Danny agak terkejut kemudian dia segera turun dari kerusi dan lantas memeluk ayahnya. Mujur dia makan pakai sudu jika tidak memang 'bernasi' lah baju Anas.

"Dad!! I miss you so much!" Anas mendukung anak lelakinya. Dahi Danny dicium.

"I miss you too dear." Tiara tersenyum kecil sambil menggeleng melihat dua beranak itu. Sungguh rapat. Dua senduk nasi diceduk dan diletakkan didalam pinggan buat Anas.

"Awak, jomlah makan." Ajaknya. Anas meletakkan anaknya ke bawah kembali. Dia mengambil tempat dikepala meja sebagai ketua keluarga.

Mereka menjamu selera bersama gelak ketawa Danny yang sentiasa pecah apabila ayahnya membuat lawak jenaka manakala Tiara hanya senyap. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan.

Anas memerhati isterinya yang sedari tadi hanya diam tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Häschen.." Panggilan manja itu diseru.

"Ya?" Tiara mengangkat muka memandang wajah sang suami.

"Are you okay?" Dia mengerutkan kening pelik dengan pertanyaan suaminya sebelum mengangguk. Kenapa pula dia tidak okay?

Dimeja makan itu sudah menjadi sunyi sepi tanpa gelak ketawa. Hanya bunyi sudu dan garfu besi yang berlaga dengan pinggan kaca masing-masing.

Sepanjang seminggu Anas tidak datang bertandang ke rumahnya seperti selalu, dia telah pun berfikir masak-masak.

"Erm..awak?" Dia memanggil lelaki itu yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut. Anas mendongak melihat wajah isterinya sambil mengangkat kedua belah kening.

"Erm..hujung minggu ni awak free tak?" Anas mengukirkan senyuman manisnya buat isteri tersayang.

"Demi häschen, apa kerja sekali pun habib sanggup tinggalkan. Kenapa?" Soalnya pula.

"Sebab..hujung minggu ni saya rasa macam nak.." Tiara menggigit bibir bawahnya. Ragu-ragu ingin menyatakan hasratnya.

"Macam nak apa?"

"Nak balik." Kening Anas berkerut seribu. Tidak faham maksud gadis itu. Balik? Balik ke mana?

"Balik?"

"Malaysia." Keningnya yang tadi berkerut kini terangkat. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan isterinya tadi.

"Betul ke ni?" Dia menyoal tidak percaya dan Tiara mengangguk.

"Tapi..habib belum lagi laksanakan 2 lagi syarat häschen yang häschen belum bagitahu tu. Kan habib dah janji." Tiara menggeleng.

"Awak abaikan jelah syarat-syarat bodoh saya tu." Anas tersenyum bahagia. Tangan kiri isterinya yang berada diatas meja makan digenggam erat.

"Thank you so so so much häschen. I love you forever, ever, ever and ever." Ucap Anas ikhlas yang membuatkan airmata Tiara bergenang ditubir mata.

Tiara bangun dari kerusinya lalu duduk diatas peha suaminya. Tubuh tegap jejaka itu didakap kemas.

"Thanks for loving me." Dia menangis tersedu-sedan dibahu suaminya. Anas pada mulanya agak terperanjat dengan tindakan drastik isterinya tetapi kemudian dengan perlahan dia menaikkan tangan mengusap belakang gadis itu.

"Häschen, please balas cinta habib?" Esakan Tiara makin kuat apabila mendengar permintaan suaminya kebetulan pada saat itu Danny ingin terkucil lalu anak kecil itu terus berlalu ke tandas meninggalkan ibu dan ayahnya yang berada didapur manakala bibik sedang berada didalam bilik.

"Please häschen? I'm begging you." Rayu Anas apabila tidak mendapat apa-apa balasan dari isterinya.

"I.." Tiara berhenti seketika. Begitu susah untuk dia ungkapkan kerana takut cintanya kembali hancur.

"Yes. Just say it."

"..love.."

"Come on. Satu word je lagi. Please, häschen?" Anas terus-terusan merayu agar gadis itu menyudahi sebaris ayat yang sudah lama dinantinya itu.

"..you. I love you, habib! I love you with all my heart." Ucap Tiara dalam esakannya. Anas dapat menarik nafas lega. Segala masalah didalam kepalanya seakan hilang begitu saja setelah mendengar kata cinta itu.

"Thank you häschen. Habib janji takkan sia-siakan häschen macam dulu lagi. I promise." Ujar Anas bersungguh-sungguh untuk meyakinkan isterinya.

Tiara tidak mengeluarkan sepatah kata hanya esakannya saja yang kedengaran.

'Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah kembalikan isteriku.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience