Chapter 21

Drama Completed 41674

Tiara yang melintas dihadapan lif setelah selesai membuang hajat didalam tandas tiba-tiba tangannya dicapai dan ditarik seseorang. Eh eh? Dia memandang gerangan itu.

"Encik Anas nak bawa saya ke mana ni?" Soalnya hairan plus kalut. Ya, Anas lah yang telah menariknya.

"Diam!" Tengking lelaki itu membuatkan dirinya tertelan airliur. Wajah tegang Anas dipandang dengan penuh rasa takut. Kenapa dingin semacam saja lelaki ini?

Sewaktu dirinya ditarik, banyak mata yang memandang penuh curiga. Yelah, siapa yang tidak curiga jika bos besar tarik anak buah kan?

Dirinya ditolak masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup rapat. Anas mengambil tempat dibahagian pemandu. Sepanjang perjalanan, suasana didalam kereta itu hanya sunyi sepi seperti tiada makhluk didalamnya.

Tidak lama kemudian, kereta milik suaminya membelok masuk ke dalam kawasan perumahan elit. Kereta ini berhenti dihadapan sebuah rumah tiga tingkat yang terlalu besar dan mewah bagi Tiara yang gadis kampung itu.

Tidak menunggu lama terus Anas keluar dari keretanya. Pintu kereta ditempat duduk isterinya dibuka dan ditarik kasar isterinya keluar. Pintu kereta ditutup kuat sehingga menghasilkan bunyi. Tiada perkataan 'sayang kereta' lagi jika perasaan marah sedang membuak-buak dalam dirinya.

Kereta Fiesta kepunyaan Fazira yang terparking elok didalam garaj rumah orang tuanya dilihat penuh rasa benci. Bukan kereta itu yang dibencinya tetapi tuan punya kereta itu.

Dia yang sedang menaip di pejabat tadi telah mendapat satu panggilan daripada Tan Sri Hamid yang menyuruhnya untuk pulang ke rumah dengan kadar segera kerana ingin menyelesaikan masalah dengan Fazira. Sebut saja nama gadis itu dia sudah tahu yang Fazira telah mengadu pada keluarganya mengenai kandungan itu.

Dia menjeling Fazira yang sedang elok duduk diatas sofa lalu mula memandang kedua wajah orang tuanya yang juga berwajah tegang sepertinya. Dia memeluk pinggang isterinya yang setia disisi.

"Daddy nak abang long kahwin dengan Fazira! Tak kira macam mana sekali pun! Dah buat anak lepastu tak nak bertanggungjawab! Senangnya hidup macam abang long ni kan?" Tan Sri Hamid menengking dan menyelitkan sedikit perlian pada anak sulungnya.

Terasa begitu longgar lutut Tiara apabila mendengar apa yang dikatakan Tan Sri Hamid tadi. Dia memeluk pinggang suaminya supaya tidak jatuh. Sebenarnya dia juga agak terkejut dengan tindakan Anas yang memeluk pinggangnya tetapi dia biarkan saja.

"Ya! Memang abang long dah having sex dengan betina ni tapi abang long tak rasa yang jalang ni mengandungkan anak abang long!" Nada Anas sewaktu itu memang sama dengan nada daddynya sebentar tadi.

Tiara tunggu masa saja untuk dirinya pengsan mengejut apabila mendengarkan pengakuan jujur suaminya. Baju kemeja Anas dipegang kemas.

"Anas Iskandar! Watch your mouth!" Puan Sri Helena pula membuka mulut menjerkah anaknya.

"Why? Kenapa abang long kena jaga mulut? Abang long tak boleh ke nak protect myself?" Soal Anas seperti meraih simpati dari kedua orang tuanya.

"Abang long rasa otak daddy dengan mommy dah kena basuh dengan perempuan ni sebab tulah mom dad percaya sangat cakap babi ni! Abang long rasa otak mom dad kena cuci pakai clorox lepas ni biar putih balik." Sambung Anas dan setelah itu Puan Sri Helena bangun terus menampar kuat pipi anaknya.

"Aku suruh jaga percakapan kau kan tadi! Aku tak ajar anak aku kurang ajar, biadap dengan orang tua!" Inilah kali pertama Anas mendengar puan Sri Helena bercakap sebegitu dengannya disebabkan Fazira. Ya! Ini semua berpunca daripada Fazira. Gadis yang tidak tahu malu inilah yang telah menghuru-harakan keluarganya.

Dia ingin pergi ke arah Fazira untuk memberi pengajaran buat gadis itu tetapi pergerakannya tersekat. Dia memandang Tiara yang berada disebelahnya. Isterinya lah yang telah menghalangnya untuk terus melangkah.

"Tolong jangan.." Kata gadis itu sambil menggeleng perlahan. Dia mendengus geram. Matanya kembali tertumpu pada Fazira yang sedari tadi hanya diam menikus. Mengalirkan airmata palsu saja yang wanita itu dapat lakukan.

"Harini memang hari kau Fazira! Kau jangan ingat kau dapat lepas dari aku after this! Aku akan balas balik apa yang kau dah buat! Bitch, pig, stupid, shit, fuck you!" Hambur Anas lalu berlalu pergi bersama isterinya keluar dari rumahnya yang sudah seperti neraka jahannam itu.

"Anas Iskandar! Aku tak habis cakap lagi! Kau kena kahwin dengan dia tak kira macam mana sekali pun argh!!" Jerit Tan Sri Hamid sambil memegang dadanya yang tiba-tiba sakit. Mungkin penyakit jantungnya kembali menyerang.

Anas tidak mempedulikan kata Tan Sri Hamid. Mereka berdua masuk ke dalam kereta kemudian dipanaskan enjin dan kereta itu dipecut laju meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

Share this novel

sitibal
2021-03-10 21:59:22 

banyak btul anas carut dkt fazira


NovelPlus Premium

The best ads free experience