Chapter 27

Drama Completed 41674

Anas menarik tangan si isteri dan diletakkan dilengannya. Dia memaksa gadis itu untuk memeluk lengannya supaya jejak Tiara tidak lagi hilang seperti tadi.

Dia berjalan menuju ke lif. Setelah pintu lif terbuka mereka masuk ke dalamnya dan diri mereka dibawa ke tingkat paling atas iaitu tingkat 12.

Ting!
Pintu lif terbuka menandakan mereka sudah tiba ditingkat 12. Anas membawa isterinya ke bumbung pusat membeli-belah itu seusai mendaki tangga.

"Ini antara tempat favourite aku selain dari puncak bukit yang aku dah bawa kau 4 bulan lepas tu." Tiara berasa ingin saja berlari-lari disitu kerana tempatnya yang terlalu luas. Nasib baik ada atap yang melindungi mereka daripada sinaran matahari jika tidak harus hangus muka dia lepas ni.

"Apa yang special tempat ni?" Tanya Tiara sambil berjalan menjejak langkah suaminya yang sedang menuju ke hujung bangunan.

"Apa yang kau nampak dekat sini semuanya special bagi aku even bagi kau tak ada makna apa-apa pun." Tiara hanya berdiri dibelakang suaminya sambil berpeluk tubuh. Tubuh tegap jejaka itu direnung dari jarak 1 meter.

"Semua yang berkilau itu tidak semestinya emas, Encik Anas." Bertaut kening Anas. Pelik. Apa kena-mengena tempat ini dengan emas? Begitu tersirat apa yang isterinya ucapkan. Tapi apa?

"Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya?" Tubuhnya dipusingkan ke belakang mengadap Tiara.

Mata Tiara yang merenung tubuh suaminya tadi terus beralih ke arah lain.

"Takde apa. Saja nak bagitahu." Sewaktu dia mengalihkan mata tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang serba hitam sedang mengacukan senapang ke arah mereka dibumbung bangunan sebelah.

"Encik Anas tunduk!" Jeritnya serentak itu satu das tembakan dilepaskan.

Bang!
Tiara menutup kedua belah telinganya kerana bunyi yang terhasil begitu membingitkan telinga.

Anas mencapai tangan isterinya lalu ditarik menuju ke tangga. Secepat mungkin mereka menuruni tangga kemudian masuk ke dalam perut lif. Mujur haritu Tiara menyarung flat shoes jika tidak ada yang tergugur dekat situ.

Anas menyeluk poket seluar slack mengambil telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail laju.

"Weh! Tolong aku! Tah menatang mana tiba-tiba serang aku sekarang ni!" Kalut Anas meminta bantuan dari salah seorang teman rapatnya.

"Kau dekat mana?"

"Dekat mall ni je. Cepat ah!"

"Okay okay! I'll be there." Panggilan dimatikan bersama degupan jantung yang kencang. Mereka melangkah keluar dari lif setelah sampai ditingkat G.

Keadaan didalam pusat membeli-belah itu agak kalut mungkin kerana bunyi tembakan yang telah dilepaskan diatas bumbung tadi. Berpusu-pusu orang keluar dari tempat itu menggunakan pintu utama.

Tangannya yang menggenggam tangan isterinya terlepas secara tidak sengaja. Kelibat Tiara hilang didalam puluhan manusia yang membanjiri tempat itu.

"Tiara! Tiara!" Dia menjerit nama isterinya sementara kaki melangkah laju mencari-cari jejak gadis itu.

.............................

Tiara menggigit bibir bawahnya sambil menunduk merenung lantai. Dirinya yang hanya tercegat ditengah-tengah pusat membeli-belah dirempuh-rempuh kasar oleh orang yang sedang bergegas ingin keluar dari tempat itu.

Dia tidak terlintas langsung ingin menelefon suaminya. Yang dia rasa sekarang ini ialah perasaan takut menyelubungi diri.

"Tiara! Tiara!" Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil tetapi dia tidak pasti gerangan itu memanggil dirinya atau orang lain.

"Anas.." Nama jejaka itu diseru perlahan. Cukup hanya dirinya saja yang dapat mendengarnya.

Tiba-tiba dirinya dipeluk erat oleh seseorang. Bauan ini..ya, dia sangat kenal dengan bau ini. Pelukan itu dibalas. Segala rasa takut yang bersarang beransur hilang.

"Kita tak boleh lama-lama dekat sini. Bahaya. Jom pergi." Anas mengemaskan genggaman pada tangan isterinya setelah meleraikan pelukan.

Nasib baik isterinya hanya tercegat disitu saja jika tidak memang naya nak pusing satu mall semata-mata nak cari isterinya.

Mereka keluar menggunakan pintu utama. Langkah besar diatur menuju ke kereta Range Rover.

Bum!
Tidak sampai 4 meter jarak mereka dari kereta, kereta miliknya meletup. Dia melindungi isterinya menggunakan kot hitam yang dipakainya.

Terasa panas membahang didalam dirinya. Angkara siapa dia juga tidak pasti tetapi jika dia dapat tahu siapa gerangan itu memang ditikam-tikam orang itu. Dahlah kereta kesayangannya menggunakan duit pertama gajinya sudah pun hangus dijilat api. Ah! Satu-persatu masalah menghimpit dirinya. Sial!

Pekikan dan jeritan orang ramai yang menyakitkan telinga diendahkan. Baru saja dia mahu menelefon rakannya, ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapannya. Yes! Tepat pada masanya.

Anas tanpa banyak kata terus membuka pintu kereta itu lalu ditolak isterinya masuk ke dalam. Pintu ditutup setelah dirinya berjaya masuk. Kereta hitam itu meluncur laju membelah jalan raya.

"Shit shit shit! Siapa punya kerja ni?!" Amuk Anas yang berada disebelah isterinya yang hanya diam membisu. Terkejut dengan apa yang berlaku mungkin.

"Siapa je yang tengah berdendam dengan kau sekarang ni?" Soal Iqbal merangkap rakan paling rapat Anas.

"Huh! Entahlah. Aku pun tak sure. Mana anak buah kau?" Anas bertanya sambil mata melihat ke belakang kereta. Fuh, nasib tiada orang yang mengekori mereka.

"Tengah settlekan orang yang cari pasal dengan kau tadilah. Kau nak suruh aku hantar kau ke mana ni?" Anas menarik nafas lega. Pinggang isterinya dipeluk.

"Hantar ke rumah opah aku." Terus ceria wajah Iqbal apabila mendengar nama opah. Lama sangat dia tidak berjumpa dengan opahnya eh silap, opah Anas. Dia telah menganggap opah Anas seperti opahnya sendiri.

Dia memecut keretanya menuju ke Negeri Kelantan.

'Opah, tunggu Iq ya?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience