Chapter 54

Drama Completed 41674

Tiara termenung diatas katil sambil membuang pandang ke luar tingkap biliknya melihat suasana kota New York pada malam itu dari tingkat 21.

Tok tok tok!
Pintu biliknya kedengaran diketuk seseorang. Dia hanya berdiam diri diatas katil itu.

Tombol pintu dipulas gerangan itu dan pintu ditolak.

"Häschen.." Panggil suaminya. Malam ini lelaki itu menginap dirumah apartmentnya kerana Danny yang mendesak supaya ayahnya tinggal disini.

"Danny dah tidur?" Dia menyoal tanpa sedikit pun mengalih pandangan dari menyaksikan keindahan malam kota New York itu.

"Dia dah tidur. Häschen kenapa tak tidur lagi?" Anas bertanya sambil berjalan mendekati katil isterinya.

"Can't sleep." Anas memanjat ke atas katil gadis itu. Dia mengambil tempat bersebelahan Tiara. Pandangannya juga turut dilemparkan ke luar tingkap.

"Häschen still tak boleh maafkan habib lagi ke?" Dia berharap sangat supaya gadis itu cepat-cepat memaafkan segala perbuatannya dulu.

Tiara melepaskan keluhan kecil. Mungkin malam ini dia akan menangis setelah bertahun-tahun airmatanya tidak keluar. Dia terlalu lemah jika berhadapan dengan jejaka ini.

"Saya dah lama maafkan awak cuma..saya perlukan sikit lagi masa untuk balik pada awak." Dia membalas.

"Masa? 5 tahun tu tak cukup lagi ke? Häschen, habib dah cukup terseksa dah tanpa häschen. Berapa lama lagi häschen nak habib bagi masa dekat häschen?" Airmatanya sudah mula bertakung ditubir mata.

"Lepas awak lakukan semua syarat yang saya bagi pada awak, saya janji akan balik pada awak. Awak..tolonglah faham saya." Dia menggengam tangan Anas merayu pada lelaki itu.

"Betul ni?" Dia mengangguk sambil menatap anak mata suaminya.

Anas lantas memeluk tubuh isterinya. Dia terlalu rindu pada gadis ini. Ubun-ubun Tiara dikucup lama.

Tiara memejam matanya menghayati kucupan suaminya itu. Setelah mata dipejam, airmatanya terus mengalir ke pipi.

"Awak..saya minta maaf sebab lari dari awak. Saya keluar tanpa izin awak. Saya tahu, saya dah banyak derhaka pada awak." Teresak-esak dia menangis didada suaminya.

"Shh..don't say like that. Häschen langsung tak bersalah lagipun häschen buat macam tu bersebab." Anas memujuk sambil mengusap-usap belakang isterinya.

"Saya minta maaf awak." Sekali lagi gadis itu memohon maaf padanya. Dia mengeratkan pelukan. Ubun-ubun Tiara dikucup lagi.

"I love you." Bisiknya perlahan yang pastinya tidak dapat didengari isterinya.

.............................

Wanita tua itu menyentuh gambar anak gadisnya. Rindunya pada gadis manis itu semakin membuak-buak dalam dirinya.

"Ara..umi minta maaf sangat-sangat. Umi tahu, umi banyak sangat salah dengan Ara." Airmatanya menitik mengenang kisah lalu dimana dia selalu mendera dan menyeksa Tiara.

Seorang gadis yang bernama Alis, rakan kepada anaknya telah datang bertandang ke rumahnya. Kisah disebalik anaknya yang ditangkap khalwat itu dicerita Alis dari awal sampai habis.

Dia tidak boleh memaafkan dirinya kerana perbuatannya yang menyingkirkan anaknya sendiri dari keluarga.

Kisah 22 tahun yang lalu dimana Tasya dirempuh kereta, dia telah lama memaafkan Tiara tetapi ego tinggi yang menguasai diri.

Gambar anaknya dicium lama lalu diletakkan didada. Tipu jika dirinya tidak merindui Tiara Daneesya.

.................................

"Dad..!" Danny memanggil ayahnya sambil berlari ke muka pintu dimana Anas berada. Pembantu rumah Tiara hanya tersenyum pada Anas lalu berjalan menuju ke dapur setelah membuka pintu pada tetamu.

"Hello dear. How are you?" Anas mendukung anaknya lalu dibawa ke ruang tamu. Sofa tempatnya melabuhkan punggung.

"Great!" Danny menjawab ceria. Sudah 2 hari dia tidak bersua muka dengan ayahnya. Difikirnya mungkin ayahnya sibuk dengan kerja.

"Where's your mom?" Anas meliarkan mata mencari bayangan isterinya.

"Is sleeping." Danny merapatkan kedua tapak tangannya lalu diletakkan dipipi sambil menutup mata gaya seperti sedang tidur.

Anas tergelak kecil geli hati. Comel betul anaknya bila berbuat begitu.

"Why are you so cute huh?" Dia mencuit hidung mancung Danny.

"Dunno." Danny mengangkat bahunya tidak tahu.

"Okay dear, you sit here. I wanna see your mom." Anas mengangkat anaknya yang berada diatas pehanya lalu diletakkan diatas sofa. Danny hanya mengangguk.

Anas berjalan menuju ke arah bilik Tiara. Pintu yang sentiasa tidak berkunci itu ditolak tanpa mengetuknya.

"Yeah yeah I knew it. Alright, I'll be there in..30 minutes more." Dia mendengar perbualan isterinya bersama seseorang. Tiara yang duduk bersila diatas katil lantas didekati.

"Siapa call?" Soalnya setelah gadis itu mematikan panggilan.

"Manager saya yang call. Saya lupa pula yang saya ada photoshoot hari ni. Awak dah lama sampai? Maaflah, saya tertidur tadi." Tiara berkata sambil membuka closet dan memilih baju yang hendak dipakainya.

"Baru je sampai. Häschen dah nak pergi ke?" Anas bertanya sambil memerhati isterinya yang sedang kalut mencari baju.

"Haah." Tiara berlalu masuk ke dalam bilik air bersama baju yang ingin dipakainya. Gigi diberus dan muka dicuci setelah itu baju ditukar.

Dia mengambil masa 10 minit berada didalam tandas. Dia keluar dan melangkah pula ke arah meja solek. Mukanya di makeup kan kemudian mengikat rambut gaya ponytail dan tidak lupa juga anting-anting yang berbentuk bulat seperti gelang dipakai pada kedua cuping telinganya. Bauan disembur.

"Awak, saya pergi dulu. Tolong jaga Danny. Kalau dia nak pergi jalan-jalan ke apa ke, bawalah. Tapi satu je saya nak pesan, jangan bawa dia pergi tempat barang-barang mainan kalau tak, pokai awak." Tiara mencium tangan suaminya.

"Okay. Take care." Anas mencium dahi isterinya pula. Dia keluar dari bilik bersama gadis itu.

"Danny.." Tiara memanggil anaknya yang sedang menonton tv.

"Yes mom?" Danny berpaling melihat ibunya.

"Danny stay at home with dad okay dear?" Danny menjuih bibir. Dia selalu ditinggal ibunya kerana terlalu sibuk dengan kerja.

"Alright mom." Pasrah saja bunyinya. Danny redha saja ibunya yang sentiasa sibuk dengan kerjaya yang sebagai model terkenal itu.

Dia mengucup tangan ibunya dan dibalas dengan sebuah ciuman didahinya oleh wanita yang digelar ibu itu.

"Don't be so naughty." Pesan Tiara pada anak lelakinya sebelum keluar dari rumah. Kasut tumit tinggi disarung pada kaki.

"Pukul berapa balik?" Anas yang berada dimuka pintu itu menyoal sambil berpeluk tubuh.

"Around 9 or 10 maybe." Jawab Tiara yang sudah berdiri tegak dihadapan suaminya.

"Drive carefully." Dia mengangguk menerima pesanan jejaka itu lalu lantas melangkah pergi. Dia sudah lewat!

Anas menggelengkan kepalanya. Isterinya sibuk mengalahkan dia yang seorang pengurus besar Iskandar's Hotel ini. Pintu ditutup dan langkah diatur menuju ke arah anak lelakinya.

Layan Danny lagi bagus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience