Chapter 18

Drama Completed 41674

Duit yang diperolehi semalam memudahkannya untuk menyewa rumah. Takkanlah selamanya dia nak menginap dihotel kan? Pagi tadi dia mencari rumah sewa didalam internet dan akhirnya jumpa. Seterusnya dia mencari pekerjaan pula juga didalam internet.

-Guru tadika (done)
-Pelayan restoran
-Chef (done)
-Receptionist (done)

Itulah pekerjaan yang masih ada. Semua dia sudah pergi interview. Hanya pekerjaan menjadi pelayan restoran saja dia belum pergi.

Sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam sebuah restoran, dia berdoa didalam hati supaya diterima secepat mungkin untuk bekerja.

"Silakan duduk miss Tiara." Tiara tersenyum manis pada seorang wanita. Disangkanya mungkin itu pemilik restotan ini.

"Terima kasih." Sesi temuduga berjalan dengan lancar tapi selancar mana pun mesti ada yang tersekat kan?

Tiara balik ke rumah sewanya. Secepat mungkin katil dicari.

Bum!
Dia terjun atas katil macam terjun masuk dalam kolam. Letih benar tu agaknya.

"Ah penat!!" Letih kerana sehari suntuk pergi temuduga di empat tempat dan dia berharap supaya dia memperoleh satu kerja diantara empat pekerjaan itu. Dia memejam mata dan akhirnya terlena.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Anas menilik kasut tumit tinggi milik gadis itu yang diambilnya semalam. Entah mengapa jantungnya begitu berdebar saat bertentang mata dengan gadis itu. Perasaan itu tidak pernah hadir dengan mana-mana wanita yang ditidurinya selama ini.

Mungkin..itu dipanggil cinta pandang pertama in english 'First Love'? Adakah gadis itu cinta pandang pertamanya? Kalau benar, dia mahu segera gadis itu menjadi isterinya walaupun isteri yang kedua. Yang pertama itu biarkanlah jadi patung yang bernyawa selamanya. Dia tidak peduli lagi.

"Miss Esya.." Dia mengukirkan senyuman penuh makna apabila nama itu meniti dibibirnya.

"..one day." Tawanya memenuhi ruang pejabatnya. Nasib baik bilik itu kalis bunyi jika tidak mungkin PA nya akan runsing memikirkan mana ingin campak bosnya yang psiko itu. Psiko akan seorang gadis.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara yang sedang memasak itu terdengar bunyi deringan telefonnya yang berada diatas meja makan. Api dapur diperlahankan lalu dia mencapai telefonnya.

Unknown number?

"Aik? Nombor siapa ni?" Dia mengangkat panggilan itu bersama kerutan didahi.

"Hello?" Teragak-agak dia menyapa si pemanggil.

"Ni Miss Daneesya ke?"

"Ya saya. Kenapa ya?" Naik hairan dia apabila gerangan itu mengetahui namanya.

"Saya daripada pihak Iskandar's Hotel ingin memaklumkan bahawa cik telah diterima untuk bekerja disini as a receptionist." Matanya langsung membulat.

"Serious?"

"Ya. Cik boleh start kerja esok. Pasal uniform, cik boleh ambil disini esok juga. Your shift start from 8 morning until 5 evening. Clear?"

"Alright. Thank you miss. Thank you so much!"

"No problem. See you tomorrow."

"Yeah." Tiara mematikan panggilan. Sengihan lebar dibibirnya menandakan yang dia cukup gembira.

Kenapa perlu minta kerja dihotel milik suami? Kenapa salah ke? Dia ingin mencari duit bukannya mencari suaminya. Kalau terserempak buat-buat tak kenal sudahlah. Heh? Boleh ke macam tu? Alah biarlah. Asalkan duit yang dicarinya dari sumber yang halal. Itu pun sudah syukur baginya.

Pasal hotel milik suami itu, tolak masuk longkang dulu. Kalau readers membantah yang dia kerja dekat situ, macamlah readers yang tolong hulur duit makan, duit shopping untuk dia kan? Suka hatilah nak kerja mana pun. Kalau tak kerja, mana nak cari duit? Cehh. Hamprak je. Mengata readers nombor satu. Cepuk kang!

Kepada readers tolong bertenang. Jangan naik angin dengan si Tiara anak perempuan Yusuf tu. Hahaha.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Pukul 7.20 pagi lagi Tiara sudah terpacak dihadapan bangunan Iskandar's Hotel untuk melapor diri. Dia berjalan ke arah kaunter hotel.

"Erm excuse me miss?" Dia menyapa seorang gadis yang menjaga kaunter.

"Yes?" Senyuman manis dihadiahkan padanya.

"Saya Tiara Daneesya. Saya nak lapor diri bekerja dekat sini sebagai receptionist." Balasnya menjawab pertanyaan cik kaunter. Di nametag gadis itu terpampang nama Sofia.

"Oh yeah yeah! I know you. If I'm not mistake, you're erm..Daneesya! Am I right?" Tiara mengangguk betul. Nama 'Tiara' hanya keluarganya yang panggil tetapi dia sudah tiada keluarga lagi.

"Sekejap eh?" Sofia mengambil borang lapor diri didalam laci kaunter lalu diserahkan kepada Tiara bersama sebatang pen.

"Isi lepastu sign dekat bawah ni." Tiara mengisi borang itu diatas kaunter itu sahaja. Malas bergerak ke lain.

Isi punya isi, tulis punya tulis sampailah pada bahagian status. Tiara menggaru kepala yang tidak gatal. Nak tulis 'kahwin' ke 'bujang'? Ah! Tulis 'bujang' lah sebab kalau tulis 'kahwin', dia suruh isi nama dan pekerjaan suami pula.

"Dah!" Borang itu diserahkan kembali pada si penjaga kaunter.

"Alright. Bilik persalinan dekat belakang. You masuk lorong sebelah ni then hujung sekali ada pintu. You masuk pintu tu. Locker you number 12. Ni kuncinya. Btw, welcome to Iskandar's Hotel!" Ujar gadis itu dengan nada ceria.

"Thank you." Tiara mengukirkan senyuman manisnya sebelum berlalu pergi ke bilik persalinan untuk menukar kepada pakaian uniform yang telah dikhususkan buat pekerja hotel mewah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience