Chapter 10

Drama Completed 41674

Anas melangkah masuk ke dalam rumah agam milik ibu bapanya. Dia segera ke meja makan kerana pada waktu ini keluarganya sedang bersarapan.

"Hello mom, adik and..aik? Daddy mana?" Dia menyoal sambil melabuhkan punggung dikerusi tanpa rasa bersalah sedikit pun pada sang isteri yang berada dirumah.

"Eh? Asal tetiba datang? Tak kerja ke?" Soal puan Sri Helena yang hairan melihat anak sulungnya yang berpakaian tshirt biasa.

"Ambil cuti 3 hari. Penat." Anas menceduk mee goreng dan diletakkan didalam pinggan kosong yang sudah ada disitu.

"Erm yelah. Baguslah abang long ambil cuti. Mommy tak nak abang long jadi workaholic." Puan Sri Helena kembali memerhati anaknya pelik.

"Hai long..bini dekat rumah tak masak ke? Sampai sanggup datang sini semata-mata nak makan." Anas memberhentikan suapannya. Matanya terarah pada adiknya yang sedang bermain telefon sambil makan didepannya.

"Tah ah. Malas nak cakap pasal bitch tu. Hari-hari menyusahkan orang je kerja dia." Berdesing telinga Alis yang mendengarnya.

"Tak baik cakap dekat orang bitch! Sepatutnya abang long cakap bitch tu dekat gf gf abang long!" Telinga Anas turut juga berdesing. Dia pantang benar jika ada orang petik mengenai kekasih-kekasihnya. Garfu besi dilepas kasar diatas pinggan kaca. Bunyi besi berlaga kaca terhasil kuat. Dia berdiri sambil menatap tajam mata Alis.

"Sekali lagi aku pesan! Jangan sentuh pasal diorang semua! Aku tak suka!" Dia berjalan menuju ke tangga dan didaki anak tangga itu hingga ke tingkat atas.

Bum!
Pintu bilik dihempas kasar. Alis menjeling bilik abangnya.

'Ada aku kesah?' Bisiknya dalam hati.

"Adik..kenapa cakap macam tu dekat abang long?" Soal puan Sri Helena lembut. Dia tidak boleh berkasar dengan anaknya yang masih dalam mood marah.

"Adik tak sukalah abang long hina orang macam tu!" Sedepa muncung Alis.

"Abang long takkan hina orang kalau dia tak sakit hati. Adik tak faham lagi ke yang abang long ni panas baran?" Alis menghembus kasar nafasnya.

'Kalau panas baran pun agak-agaklah nak hina orang yang tak bersalah! Huh!' Alis bangun dari tempat duduknya lalu masuk ke dalam biliknya yang berada ditingkat tiga.

Puan Sri Helena menggeleng dengan perangai kedua-dua anaknya. Masing-masing menarik muka.

"Teruk sangat ke perempuan tu? Apa yang dia buat dekat rumah sehari-hari?" Bicaranya perlahan. Dia bercadang untuk membuat spotcheck di rumah apartment Anas sewaktu ketiadaan anaknya dirumah. Dia mahu tahu apa yang dibuat gadis itu pada setiap hari.

'Jaga kau. Kalau aku dapat tahu yang kau pemalas, aku akan halau kau dari rumah tu. Dahlah hidup tu menumpang orang. Sedar diri sikit.' Puan Sri Helena mengetuk-ngetuk hujung jarinya dimeja makan sambil tersenyum sinis. Dia tahu apa yang dia akan buat pada anak menantunya yang 'tersayang' itu.

Kejadian tangkap basah dan perkahwinan anaknya bersama gadis kampung itu hanya diketahui orang yang terdekat saja. Wartawan tidak mengetahui hal ini kerana segala surat khabar yang dibacanya tidak ada yang memaparkan berita berkenaan anaknya tentang kejadian itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Baru beberapa minit tadi dia telah menerima satu panggilan daripada Hotel HQ yang mengundangnya untuk datang ke Majlis Meraikan Staf pada hujung minggu ini.

Nak tak nak dia terpaksa pergi untuk mencari duit. Ini dikira sebagai kerjanya. Pergi, dapat duit. Tak pergi, tak dapat.

Hujung minggu ini bermakna tinggal 4 hari saja lagi. Dia perlu membeli gaun, heels, mask dan barangan make up untuk menghadiri majlis itu. Dia mengeluh.

'Habis duit aku.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience