Chapter 16

Drama Completed 41674

Tiara memerhati dirinya dihadapan cermin dewan. Dia tidak masuk ke tandas kerana bimbang gaunnya yang labuh ini 'mengemop' lantai tandas.

Tidak lama kemudian dia ternampak susuk tubuh Wani yang sedang menghampirinya.

"Huh!" Keluh rakannya itu yang sudah berada disisinya.

"Kau datang sini juga? Asal?" Soal Tiara menyimpan tawa melihat wajah cemberut Wani. Dia sebenarnya sudah tahu sebabnya, saja dia mahu bertanya.

"Serabutlah dengan diorang tu semua! Ada yang sampai bertengking sebab berebut nak dancing dengan aku. Lepastu duk tanya tanya aku mana partner yang pakai baju pink tu? Ish! Naik rimaslah aku! Nak balik rasanya." Akhirnya Tiara menghamburkan tawanya.

"Padanlah dengan muka ko! Lain kali cakaplah nak pergi tandas sekejap. Barulah dapat lepas dari diorang. Aku pun macam tu juga tadi. Kau tahu tak, mamat yang ajak aku menari tadi tu, over gila. Sumpah! Tu last aku menari dengan dia." Wani mengerutkan dahi sambil memandang wajah rakannya melalui pantulan cermin.

"Over yang macam mana tu?" Tiara memutarkan bebola mata.

"Susahlah nak bagitahu tapi yang pentingnya aku annoying gila dengan dia." Rambutnya yang sengaja tidak diikat, diikatkan secara ponytail menggunakan getah rambut hitam yang sentiasa tersarung dipergelangan tangannya.

"Weh Sya?"

"Hm?"

"Kau perasan benda tak?" Soal Wani.

"Perasan apa benda?"

"Abang Alis pun datang weh. Aku nakkk sangat menari dengan dia. Memang beruntung gila kalau dapat dekat dengan dia dahlah kaya, handsome pula tu. Dia pun bujang sekarang ni." Ujar Wani dengan nada teruja.

Tiara terdiam. Bujang? Anas dah kahwinlah Wani. Tu, sebelah kau je isteri dia.

"Takyah merepek lah Wani Syafiqah. Baik kita masuk dalam. Nanti diorang tercari-cari pula ke mana dua ekor princess tu hilang." Kata Tiara lalu menarik lengan rakannya masuk ke dalam dewan.

Tiara dan Wani duduk dimeja mereka untuk menjamu selera. Tidak lama selepas itu, datang dua orang jejaka mengajaknya menari namun ditolak Tiara dan Wani mentah-mentah kerana mereka masih belum mengisi perut dengan apa-apa makanan pun lagi termasuklah air.

Berselera sekali mereka makan sehingga dapat bertepuk tampar kerana makan sambil bercerita. Naik hairan orang sekeliling yang melihat mereka berdua.

Tanpa Tiara sedar, Anas sudah naik ke atas pentas. Apa yang ingin lelaki itu lakukan sehingga naik ke pentas?

"Ehem!" Deheman seseorang di mic membuatkan mereka berhenti makan dan bercakap. Dua pasang mata itu terarah pada pentas.

"Dear Miss Esya who is wearing pink dress, will you dancing with me?" Tubuh Tiara kaku manakala jantungnya berasa seperti berhenti berdegup. Matanya berlaga dengan anak mata Anas.

"Will you dear?" Airliur ditelan seberapa banyak yang mungkin sebelum kepalanya dianggukkan. Eh? Kenapa angguk? Sebab itulah kerja dia datang ke sini. Datang sini untuk jadi penari, bukan pemakan!

Wani yang berada disebelah Tiara sudah ternganga. Like seriously? Jejaka idamannya mempelawa rakannya untuk menari bersama? Oh no!!!

Tiara menyudahkan suapan terakhir sebelum meneguk air oren didalam gelas kaca dihadapannya. Buah betik yang sebagai pencuci mulut sempat dicapai dan dimakan sebelum tangannya menyambut huluran tangan Anas.

Memang seratus peratus mata didalam dewan itu tertumpu padanya dan Anas. Dia cantik Anas pula kacak dan ternama, siapa je yang tidak pandang pasangan serasi itu.

Pinggangnya dipeluk kemas dan mulalah tangannya naik gatal memaut leher jejaka itu. Dan sekali lagi matanya bertembung dengan anak mata Anas.

"Who are you huh dear?" Senyuman nakal Anas membuatkan Tiara menarik senyuman lagi. Dia seakan sudah terlupa akan apa yang telah lelaki itu lakukan pada dirinya.

"Who I am? I am me." Dia bermain tarik tali dengan jejaka itu.

"Very secretive." Dia mencebik manja. Anas mengucup sekilas bibir gadis itu yang agak menggoda.

Watak 'Barbie Doll' Tiara sudah muncul. Dia keras seperti patung kerana dicium mengejut oleh Anas. Tidak sangka lelaki itu mengambil tindakan drastik menciumnya.

"Lembut bibir you." Tiara yang sudah tersedar dari menjadi kaku terus memulas perut keras Anas kerana terlalu nakal namun lelaki itu hanya beriak biasa.

"Hate you." Bisik Tiara tepat ditelinga Anas. Lelaki itu tersenyum senget.

"You hate me? Gosh! But sorry, you can't." Pesan Anas.

"Why?"

"Because..you're mine forever. That's why you can't hate me dear." Anas berkata sambil mengusap bibir gadis dihadapannya. Degupan jantung Tiara yang sememangnya laju makin laju jadinya.

Tidak lama kemudian Tiara menarik senyuman sinis. Jari-jemari Anas yang bermain dibibirnya dipegang kemas.

"Sorry but you can't." Tiara berlalu pergi. Tidak sampai tiga langkah dihayun, lengannya tiba-tiba dipegang dan ditarik Anas.

Pinggangnya dipeluk kemas dek lelaki itu manakala kedua belah tapak tangan Tiara berada diatas dada Anas. Wajahnya terlalu dekat dengan jejaka itu.

"Sorry? What did you say just now? I can't get you? Really? Oh dear, actually you didn't know me and because of that you said like that. Am I right?" Tiara memaut leher Anas.

"I don't care who you are, Anas Iskandar." Ujar Tiara sambil jari-jemarinya bermain dengan dua ulas bibir Anas yang sentiasa menggoda itu.

"It's okay. And you've to know that one day, I'll get you. Just wait and see dear." Anas melepaskan pinggang gadis itu.

Jari telunjuk kanan Tiara mendarat dibibir Anas kemudian dibibirnya pula. Satu kenyitan mata bersama bibir yang digigit menggoda dihadiahkan pada jejaka kacak itu sebelum dia pergi.

'Jangan liar sangat Esya, nanti kau pula yang jadi 'dinner' and 'supper' aku.' Omel Anas dalam hati. Setelah itu dia kembali duduk ditempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience