Chapter 57

Drama Completed 41674

"Dad..I want that.." Danny merengek manja sambil menarik-narik hujung jaket hitam yang dipakai ayahnya manakala jari telunjuknya terarah pada sesuatu yang terdapat disebuah kedai serbaneka didalam airport.

"You want what huh?" Anas bertanya seraya itu mendukung anaknya. Dirinya, Tiara dan juga Danny sedang menunggu masa perlepasan mereka yang hanya berbaki 30 minit lagi bersama dua orang bodyguard yang menjaga mereka.

"I want cotton candy.." Tiara menggeleng. Manja betul anaknya bila bersama Anas.

"Danny.." Panggilnya meleret. Sebelah pinggang dicekak gaya modelnya yang boleh disimpulkan seorang model terkenal sedang mencekak pinggang ditengah-tengah lapangan terbang.

Danny tahu benar apa makna nada meleret ibunya itu tetapi dia endahkan kerana dia tahu yang dirinya selamat berada didukungan ayah dia dari serangan membebel ibunya itu dan mungkin juga ayahnya akan membelanya.

"Please dad..?" Mukanya cuba dicomelkan sebaik mungkin dengan harapan hati ayahnya cair kemudian menurut kemahuannya.

"Alolo..too cute to handle." Anas mencubit lembut pipi anak lelakinya itu bersama sebuah senyuman yang menampakkan gigi.

Tiara memutarkan bebola matanya. Mengada betul si Danny ni! Topi putih dikepala dibetulkan manakala rambut dibiarkan lepas tanpa mengikatnya.

"Habib, tak payah turut sangat apa yang dia nak nanti melarat ke lain. Bukan cotton candy je dia beli, dengan kedai-kedai tu sekali dia angkut bawa masuk dalam flight." Dia kenal benar dengan perangai 'cantik' anaknya itu. Dia pernah terkena dengan Danny tahun lepas. Masuk ke tempat mainan hanya tujuan untuk membeli satu saja mainan tapi keluar saja dari kedai mainan itu, penuh tangannya menjinjit beg plastik yang berisi toys!

Danny memandang ibunya tidak puas hati. Bukannya dia tidak mengerti apa yang dikatakan ibunya itu tadi. Dia faham dan reti malay okay! Jangan pandang sebelah mata. Dia selalu bercakap in english kerana tidak terbiasa bercakap in malay.

"It's okay dear, sekali-sekala ikut kemahuan dia lagipun habib belum belikan apa-apa pun lagi untuk dia sepanjang habib jumpa dia. Kan Danny?" Danny mengangguk setuju dengan kata-kata ayahnya. Setuju sangat! Kan dia dah cakap yang ayahnya akan membelanya.

Tiara memeluk tubuhnya. Muka dimasamkan. Oh dah ada backup rupanya. Takpe takpe, kita tengok sejauh mana anaknya bertahan tanpa dia. Nantikan!

"Okay then go." Katanya dingin.

"Häschen.." Kini Anas pula memanggilnya meleret.

"What? Tadi kata nak pergi kan? Pergi jelah!" Tiara berlalu pergi ke sebuah kafe diikuti seorang penjaga dibelakang yang berpakaian kemeja putih, slack hitam dan berkaca mata senada dengan warna seluar manakala seorang lagi mengikuti Anas bersama Danny yang memasuki kedai serbaneka.

"Huh mengada!" Dia membuat keputusan untuk tidak mahu bercakap dengan dua beranak itu. Titik!

Beberapa minit kemudian bayangan Danny dan Anas yang sedang berjalan mendekatinya menyapa pandangan. Sungguh ceria wajah anaknya.

Keluhan kecil dilepaskan. Bukannya dia tidak suka melihat anaknya gembira tetapi anak kecil itu selalu minta yang bukan-bukan sampai naik tersumbat tahi telinga mendengar rengekan Danny. Semua barangan mainan yang dibelinya pada anak lelaki dia sudah selamat berada didalam tong sampah setelah 5 hari membelinya. Bukan dia yang buang tetapi Danny sendiri. Tidakkah itu dikira membazir? Dahlah barang si kecil ketot itu mahal-mahal belaka!

Dia menggeleng setelah melihat banyak beg plastik yang dijinjit suaminya. Aku dah cakap, bukan cotton candy je dia beli malah semua barang didalam kedai dia rembat. Rembat sampai gol!

Jam dipergelangan tangan dikerling sambil menyedut air teh hijau menggunakan penyedut minuman. Tinggal 10 minit saja lagi sebelum mereka berlepas ke Malaysia. Rindunya dia pada negara itu!

Anas mengambil tempat disebelah isterinya manakala Danny bertentangannya. Dikerling hujung mata Tiara disisi. Senyap saja gadis itu. Dia tahu yang Tiara sedang merajuk.

Tiara mengeluarkan telefonnya dari beg sandang. Akaun instagram dibuka dan melayan dunianya sendiri.

Tidak lama kemudian pengumuman penerbangan mereka kedengaran. Dia keluar dari kafe itu bersama luggage kepunyaannya menuju ke pintu D. Dia berjalan masuk ke dalam kapal terbang.

Luggage miliknya disuruh bodyguard yang uruskan. Tempat duduknya dicari kemudian diduduk. Tempat duduknya sungguh luas dan selesa kerana dipilih tempat first class.

Dia berada ditengah-tengah manakala Anas dikanannya dan Danny dikiri.

"Häschen.." Suara lembut Anas menyapa gegendang telinganya setelah beberapa minit kapal terbang berlepas. Sekarang mereka berada diudara.

"Häschen" Anas memanggil lagi namun isterinya tetap mendiamkan diri.

"Häschen"

"Häschen"

"Häschen" Tiara yang serabut dengan suaminya yang terus-terusan memanggilnya terus memakai headphone dikepala. Lagu dipasang dan volume dikuatkan. Hah! Baru aman sikit hidup. Mata dipejam rapat merehatkan minda.

Anas melepaskan keluhan lemah. Kerusinya yang agak jarak dengan tempat duduk isterinya membataskan dia untuk memeluk kemas gadis itu. Menyesal ambil first class! Baik ambil yang ekonomi. Kerusi pun rapat-rapat je.

Matanya juga dikatup. Segala masalah yang bermain diminda dibiarkan lepas. Malas hendak fikir.

Sementara Danny pula berasa sangat bersalah pada ibunya. Huh! Lepas buat baru rasa bersalah.

Dia ingin meminta maaf pada wanita itu tetapi takut. Kepala yang tidak gatal digaru. Wajah tenang ibunya yang sedang tidur ditenung lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience