Chapter 35

Drama Completed 41674

Tiara keluar rumah melalui pintu dapur untuk menyidai kain. Matahari pada pagi itu begitu panas dan amat sesuai untuk melakukan aktiviti penjemuran kain dan ikan.

"Ara ooo Ara!" Panggil opah yang berada didalam rumah.

"Ya opah? Ara dekat belakang ni!" Jerit Tiara.

"Hah Ara! Tolong panggil Is kejap. Opah nak suruh dio pergi tohok (buang) sampah." Tiara mengemam bibir. Setelah kejadian dipantai beberapa hari yang lepas, dia tidak lagi membuka bicara bersama suaminya. Bukan merajuk tapi tidak ada isu nak dipersoal dan diperjawabkan.

"Err okay. Is ada dekat mana sekarang? Dalam bilik takde?" Opah menggelengkan kepala.

"Opah cari doh dalam bilik. Dio tak dok. Dekat pantai kalih (mungkin). Tadi opah cari Iq tapi tak tahu dio dekat mano. Sama-sama ghaib 2 orang budok bertuah tu." Tiara tergelak kecil dengan bebelan pendek wanita itu.

"Takpelah. Ara pergi cari Is kejap ya?"

"Ha yelah." Tiara mengangkat kaki pergi dari situ menuju ke arah pantai.

Tinggal beberapa meter lagi dia ingin sampai ke pantai, kakinya tiba-tiba berhenti dari melangkah. Pasangan yang sedang bermesraan ditepi pantai menarik perhatiannya.

Dan, untuk kesekian kalinya hatinya seperti disiat-siat. Luka pada hati makin dalam dan bernanah.

Mengapa suaminya sanggup layan perempuan lain berbanding dirinya? Ya, pasangan yang sedang bermesraan ditepi pantai itu ialah Anas dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

Tanpa disedari, Iqbal yang sedang santai duduk diatas buaian berhampiran pantai memerhati dirinya yang bagai terkejut dengan sesuatu.

Iqbal memandang pula apa yang dilihat Tiara kemudian dia menepuk dahi.

"Bodush (bodoh) punya orang. Nak bercinta pun soroklah sikit dahlah bulan puasa. Takkanlah yang tu pun nak aku ajar. Haish tak pepasal bini kau nampak. Lol." Bebelnya seorang diri pada Anas yang begitu tolol baginya.

"Belajar Master pun still bodoh. Baik akulah pula. Belajar diploma je tapi cleverboy." Dia tergelak kecil dengan perangainya yang angkat bakul sendiri.

..............................

Tiara mengesat laju airmata. Tiada guna dia menangis jika semua orang tidak mempedulikan perasaannya. Semua sedia maklum bahawa dia sebenarnya patung bernyawa yang tidak mempunyai apa-apa perasaan mahupun perasaan cinta.

"Assalamualaikum Ara." Lantas dia berpaling pada gerangan yang memberi salam.

"Waalaikumsalam. Encik nak apa lagi? Dah dahlah kacau saya! Saya tak kacau hidup encik pun kan?" Tiara menjadi naik angin pada Taufiq yang kali kedua mengganggunya.

"Ara please, I'm begging you. Please cerita dekat Abang Fiq apa yang dah jadi sebenarnya?" Tiara mengeluh perlahan.

"We're nothing. Kita dah takde apa-apa hubungan dah." Katanya lalu melangkah pulang ke rumah. Niatnya untuk memanggil Anas terbantut.

"But why my dear? Apa salah Abang Fiq?" Taufiq mengikut langkah adiknya.

"Encik tak salah apa-apa."

"Then?" Tiara berhenti berjalan lalu badan dipusing mengadap jejaka itu.

"I don't need you again walau guruh, kilat, kemarau yang mendatang.. Go away from mylife and please! Stop follow me." Kata Tiara lalu menolak kuat dada Taufiq sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke belakang.

"Ara! I wanna know the truth. Tell me! Tell me the truth! Why erghh kenapa susah sangat nak buka mulut tu? Ada diamonds ke dalam mulut?" Sindir Taufiq kerana terlalu geram pada adiknya.

"Go."

"Please, I--"

"I said go!" Jerkah Tiara memeranjatkan lelaki itu.

"Okay fine! Raya kedua Abang Fiq akan akad nikah. Terserah Ara nak datang atau tak." Kata Taufiq lalu pergi meninggalkan adiknya keseorangan.

Tiara meraup wajahnya. Tidak pernah dia menjerkah abangnya tetapi hari itu telah tercatat dalam sejarah perkara itu berlaku.

'Ara minta maaf abang..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience