Chapter 49

Drama Completed 41674

Anas bermain mata dengan isterinya yang sedang melayan tetamu.

Berkerut dahi Tiara melihat perangai pelik suaminya. Dah kenapa dengan suaminya itu pun dia tidak tahu. Asyik kenyit kenyit mata je padanya. Masuk nyamuk dalam mata agaknya.

Dia tidak dapat nafikan bahawa lelaki itu sudah mula baik padanya malah romantik sejak pulang dari rumah opah di Kelantan.

"Helen, who's this girl?" Soal rakan Puan Sri Helena, Datin Nor.

"Bakal menantu I lah tu . Her name's Tiara." Jawab Puan Sri Helena lalu memeluk bahu anak menantunya yang baru saja selesai bersalam dengan keenam-enam rakan karibnya.

Dalam rumah itu ada dua kumpulan. Satu kumpulan yang berada di sofa untuk perempuan manakala dimeja makan untuk kumpulan lelaki.

"Bila bertunang?" Soal Datin Putri pula.

"Tak bertunang pun. I suruh Anas terus buat akad nikah lepastu bersanding. Tu je. Buang masa je buat majlis tunang." Bohong Puan Sri Helena.

"Betul tu. I setuju dengan you, Helen. Kalau buat majlis tunang ni biasanya banyak cabaran yang kena hadapi. Well like you guys know, masing-masing kan bawa gerangan 'darah manis'. Tahu tahu sendirilah macam mana." Sampuk Datin Fatima.

Lalu wanita yang masing-masing berumur 50an itu mula membuka cerita pelbagai. Ralit Tiara bersama Alis mendengarnya.

Anas mendengus geram apabila isterinya tidak lagi melihatnya malah sibuk mengumpat dengan makcik makcik bawang. Dia rindu ingin menatap sepasang mata hitam milik gadis itu walaupun baru je tadi dia tatap.

Boleh dikatakan setiap saat dia rindukan gadis itu apatah lagi berpisah untuk beberapa jam, hari, bulan ataupun tahun. Tahun? Tak tak! Tidak boleh. Tahun itu tersangatlah lama baginya.

"Anas? Anas?" Tan Sri Hamid memanggil anaknya yang jauh termenung.

"Hah ya? Kenapa dad?" Anas yang tersedar terus blur.

"Tu, Uncle Lil panggil tu," Mata Anas terarah pada Dato' Jalil yang duduk dikerusi hadapannya.

"Ya uncle?"

"Uncle tak dapat jawapan lagi untuk hotel kamu yang nak muflis tu. Last month keluar paper pasal tu." Tan Sri Hamid juga ingin bertanya mengenai hotel anaknya yang ingin muflis tetapi terlupa. Semua sudah sedia maklum yang dia sudah tua.

"Oh yang tu. Actually tak pun. Hotel saya tak bankrupt pun uncle." Jawapan Anas yang tidak padat membuatkan kerutan didahi Dato' Jalil timbul.

"Habistu?"

"Biasalah, bila kita dah berdiri tegak ni ada je yang nak menjatuhkan kita. Yang pasal hotel saya keluar paper tu uncle tak payah ambil kesahlah sebab semuanya dah settle." Dato' Jalil menganggukkan kepalanya.

"Baguslah kalau macam tu. Uncle bukan apa, uncle just risau sebab Iskandar's Hotel ni dah lama kamu dirikan hasil titik peluh kamu sendiri since you were 17." Kata Dato' Jalil.

"Betul tu Nas, uncle sokong apa yang uncle Lil cakap." Dato' Rahman menyetujui apa yang dikatakan oleh rakan lamanya itu. Anas hanya diam. Malas mahu bercakap tentang isu itu lagi.

................................

Tiara membantu Mak Ikin mengangkat pinggan-pinggan yang telah digunakan oleh tetamu-tetamu yang hadir tadi dan diletakkan didalam singki. Dia mahu membasuh pinggan itu tetapi segera Mak Ikin menghalangnya.

"Takpe Mak Ikin, biar Ara yang cucikan." Katanya. Niatnya hanya ingin membantu. Dia kesian akan wanita itu kerana tidak henti-henti dari melakukan kerja yang ada didalam rumah besar itu.

"Takpe Ara, biar Mak Ikin yang buat lagipun Mak Ikin pembantu rumah dekat sini. Mak Ikin tak naklah pula makan gaji buta." Balas Mak Ikin, seorang janda yang tidak mempunyai anak mahupun keluarga. Wanita itu kehilangan suaminya 10 tahun lepas kerana diserang penyakit jantung.

"Alaa Mak Ikin..A--" Mak Ikin memitas bicara Tiara.

"Ara..Mak Ikin nak buat kerja ni. Ara pergilah berbual dengan suami Ara ke apa. Pergi pergi." Mak Ikin menolak lembut Tiara supaya keluar dari ruang dapur.

Tiara mencebik bibir. Akhirnya dia melangkah jua keluar dari dapur menuju ke ruang tamu.

"Mom, wife abang long ma..eh? Where did you go huh dear?" Soal Anas pada isterinya yang baru muncul disebalik dinding yang memisahkan antara ruang keluarga dan ruang tamu.

"Err..pergi dapur." Jawab Tiara.

"Hm jomlah naik atas, solat Zuhur." Anas mengajak isterinya untuk naik ke bilik. Gadis itu hanya mengangguk menuruti.

Puan Sri Helena tersenyum penuh makna setelah pasangan itu berlalu naik ke tingkat atas. Tidak sangka, anaknya yang begitu liar dulu, sekarang sudah pandai tidak mahu meninggalkan solat.

Diwajah anaknya itu juga terpancar sinar kebahagian yang dia tidak pernah lihat selama ini. Dia tahu yang anaknya sudah mula mencintai isteri sendiri walaupun jejaka itu tidak pernah memberitahunya.

'Ara..mommy harap Ara takkan pernah tinggalkan Anas.'

.........................

Tiara menyalami tangan suaminya seusai solat Zuhur.

"Awak, saya minta maaf dari hujung kepala eh hujung rambut hingga hujung kaki. Saya tahu yang saya terlalu banyak sangat salah dengan awak termasuklah yang saya dah rosakkan vape yang awak baru beli tu. Serious saya tak sengaja." Dia memohon ampun dari Anas tanpa mengangkat wajahnya yang sedang mencium tangan lelaki itu.

"Kau takde salah apa-apa pun dengan akulah. No worries. Yang pasal vape tu kau tak payah risau, aku dah lama maafkan kau." Anas menolak tubuh isterinya agar duduk tegak mengadapnya.

"Thank you." Tiara mengukirkan senyuman yang cukup manis buat lelaki itu.

"No problem. Ni, aku nak tanya, asal braces kau ada dekat atas je? Dekat bawah mana? Dah tercabut?" Dia tergelak kecil.

"Bukanlah. Saya pakai braces dekat atas je sebab gigi saya yang dekat atas punya tak tersusun betul. Yang bahagian bawah okay je." Anas mengangguk mengerti. Baru hari itu dia tahu mengapa isterinya hanya memakai pendakap gigi dibahagian atas saja.

Tiara bangun lalu membuka telekung kain sembahyangnya yang dibawa dari rumah lagi. Kain putih bersih itu dilipat lalu diletakkan didalam beg pikul kecilnya.

Anas berdiri dan melipat dua sejadah yang telah digunakan tadi. Dua sejadah itu ditaruh didalam almari. Dia mengambil dua keping sampul duit raya yang berada dibawah dompetnya diatas meja solek.

"Tiara.." Dia memanggil nama gadis itu yang sedang membelakanginya.

"Hm?" Dan gadis itu berpusing ke belakang. Tiara mengangkat keningnya.

"Nah.." Anas menghulur sekeping dulu sampul itu pada isterinya.

"Untuk apa?" Berkerut kening gadis itu.

"Duit raya." Tiara tersenyum geli hati. Dia yang sudah ingin jadi mak orang ini pun masih dapat duit raya?

"Tak payahlah. Awak simpan je duit tu untuk budak-budak lain." Dia menolak lembut.

"Ambillah! Penat tau aku isi duit dalam ni." Akhirnya dia mengalah. Sampul duit raya itu disambut baik. Tangan suaminya dikucup lagi.

"Thanks awak." Anas menganggukkan kepalanya.

"Nah, satu lagi." Sekeping lagi sampul duit raya dihulur pada gadis itu.

"Untuk apa pula ni?" Soal Tiara hairan. Banyaklah pula dia dapat duit raya hari itu.

"Duit nafkah kau untuk enam bulan lepas termasuk duit barang dapur yang sebelum ni." Tiara menggeleng menolak.

"Awak..simpan je duit tu. Mana tahu yang awak perlukan ke suatu hari nanti." Anas mencapai tangan isterinya. Sampul itu diletakkan diatas tapak tangan gadis itu.

"Ambil. Jangan pernah tolak apa yang aku bagi." Tiara melepaskan keluhan kecil. Tubuh tegap suaminya dipeluk erat.

"Thanks again again again and again awak." Anas mengukirkan senyuman bahagia tanpa disedari isterinya. Ubun-ubun gadis itu dikucup sekilas.

'My pleasure häschen.' Balasnya dalam hati. Dia terlalu bahagia hidup bersama gadis ini. Sungguh, dia tidak mahu melepaskan isterinya atau kata nama lain, ceraikan walaupun dulu dia pernah berjanji mahu menceraikan Tiara. Diulang sekali lagi, itu dulu sewaktu dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun pada gadis ini sekarang hatinya telah ditakhluki dengan cinta. Cintanya pada Tiara Daneesya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience