Chapter 42

Drama Completed 41717

Anas meletakkan kereta milik Iqbal ditempat letak kereta CEO Of Iskandar's Hotel. Dia pinjam kereta Iqbal dulu sementara membeli kereta baru.

Tiara mengucup tangan suaminya dan Anas membalas dengan memberi sebuah kucupan didahi gadis itu.

Baru saja Tiara mahu membuka pintu kereta untuk keluar, kereta kepunyaan Iqbal itu telah diserbu 'zombie'. Siapa lagi kalau bukan wartawan.

Anas cepat mengunci pintu kereta bimbang jika dibuka oleh wartawan-wartawan itu. Dia sudah agak yang perkara sebegini akan berlaku.

Tiara memandang pelik dengan orang-orang yang berada diluar kereta.

"Awak..asal ni?" Tiara mendekatkan dirinya pada Anas kerana bimbang jika cermin kereta dipintunya pecah akibat diketuk-ketuk oleh wartawan yang menyerbu kereta itu. Nasib baik tinted cermin kereta Iqbal hitam jadi wartawan yang mengepung kereta itu tidak nampak mereka berdua.

"Diorang mesti nak tanya yang pasal hotel aku nak bankrupt yang keluar paper hari tu lepastu kenapa aku lama menghilang then kenapa kereta aku meletup. Dan tak lupa juga diorang akan tanya aku siapa kau." Tiara tergelak kecil. Anas memandang isterinya bingung.

"Asal gelak?"

"Susah jadi glamour ni. Kita buat itu ini sikit pun diorang nak persoalkan. Tengok saya ni, senang je hidup. Takde orang nak kacau." Anas mencebik bibir. Telefonnya diambil dari dalam poket seluar. Nombor telefon pondok pengawal didail. Tidak sampai 3 saat panggilannya terjawab.

"Anas Iskandar is talking! Mana korang ni? Asal tak halau reporters ni? Saya nak masuk office pun tak boleh kalau diorang datang serbu kereta saya macam ni." Laju dia memarahi pengawalnya.

"Ma.maaf Encik Anas. Saya halau diorang sekarang juga."

"Cepat sikit!" Tegas dia memberi arahan sebelum memutuskan panggilan.

"Kenapa awak tak berdepan je dengan reporters ni?" Tanya Tiara.

"Malas. Muak dah dengan muka diorang. Everymonth kot hadap diorang. Reporters ni kalau makin dilayan, makin banyak soalan dia especially soalan peribadi." Dia mengangguk-anggukan kepalanya tanda mengerti. Macam tu rupanya wartawan.

Anas memandang sekeliling keretanya. Nampaknya wartawan sudah mula beredar. Cepat betul kerja pengawal keselamatannya.

"Aku keluar dulu. Dalam 2 minit lepastu kau keluar. Kalau kita keluar sekali takut diorang perasan. Biar aku tarik perhatian diorang. Enjin kereta ni kau matikan okay?" Tiara membuat tanda 'ok' dengan jarinya setelah itu Anas keluar dari kereta.

Jejaka itu melangkah laju menuju ke pintu utama hotel.

"Encik Anas! Encik Anas!" Dia mengabaikan panggilan dari beberapa orang wartawan yang masih berkeliaran dikawasan bangunan hotel miliknya.

"Encik Anas, kitorang just nak--" Anas mengangkat sebelah tangannya pada seorang wartawan yang berada dibelakangnya tanda 'tak nak disoal apa-apa'. Pintu hotel ditolak kemudian dia masuk ke dalam bangunan hotel menuju ke lif.

Sampai saja ke tingkat paling atas, dia meluru keluar dari kotak lif. Mata-mata stafnya memang seratus-peratus tertumpu padanya.

"Morning boss." Sapa Bella mesra. Hanya gadis itu dan Tiara saja yang sudah mengetahui cerita sebenar mengenai berita palsu Iskandar's Hotel bankrupt yang telah tersebar luas itu.

"Morning. Bella, tolong arahkan semua pekerja termasuk receptionist untuk hadir meeting hari ni. Takde sorang pun yang terkecuali. Faham?" Bella mengangguk mendengar arahan ketuanya. Nampaknya hari ini ada mesyuarat tergempak.

"Pukul berapa Encik Anas?" Anas melihat jam dipergelangan tangannya.

"9 sharp and suruh Kamal sediakan presentation laporan kewangan."

"Alright boss." Setelah itu dia masuk ke dalam biliknya.

.............................

Meeting's Room

"Saya dah sedia maklum bahawa semua staf saya dah tahu pasal berita tu. Mengikut laporan kewangan terkini, tiada apa-apa yang terjejas dibaki tunai mahupun dibaki bank kita. Cuba perhatikan di untung bersih, tiada yang berkurang malah makin bertambah hari demi hari manakala modal tetap sama. So, in conclusion, berita tu palsu. Iskandar's Hotel tidak muflis." Secara formal Anas bercakap dihadapan seluruh stafnya.

"Encik Anas, tapi kenapa berita tu boleh keluar kalau hotel ni betul-betul tidak muflis?" Soal salah seorang pekerjanya.

"Ada orang yang nak menjatuhkan saya tapi semua jangan bimbang, saya dah 'berunding' dengan orang tu dan disebabkan itulah saya menghilang hampir sebulan bersama Tiara Daneesya, our receptionist. Miss Daneesya, please stand up. Saya rasa awak ada penambahan." Semua pasang mata fokus pada Tiara yang duduk bertentangan Anas yang sedang berdiri. Gadis itu terpinga-pinga.

"Please, stand up dear. Tell them what you know." Tiara berdiri. Aiurliur ditelan. Apa Anas ni? Nak kenakan dia ke?

"Err..ya, memang ada orang yang nak menjatuhkan Encik Anas malah ramai. Hotel ni dan hotel dicawangan lain saya percaya ia tidak akan muflis kerana kita mempunyai seorang bos that beauty with brain. To staff yang dah lama berkhidmat disini, teruskan. Jangan disebabkan berita palsu tu, kita nak letak jawatan. No! Apa-apa berita yang kita tidak pasti, sila rujuk pada tuannya. Macam yang Encik Anas bagitahu tadi, laporan kewangan terkini tiada apa pun yang terjejas malah makin bertambah. We've to feel grateful." Panjang Tiara berkata-kata. Anas tersengih apabila dirinya dipuji isteri sendiri.

"Setuju!"

"Setuju!"

"Setuju!" Tiara dan Anas menarik nafas lega apabila semua staf disitu mempercayai kata-kata mereka berdua dan tiada lagi keraguan.

"Thank you sangat sangat sangat sebab dah backup aku tadi." Ucap Anas setelah semua stafnya sudah bersurai. Hanya Tiara dan dirinya saja yang berada didalam bilik mesyuarat itu. Lebar sengihannya hari itu. Cukup gembira.

"No prob."

"So..as a thanks, aku belanja kau buka puasa dekat luar hari ni. Amacam?" Anas menjungkit-jungkitkan keningnya.

"Erm..boleh!" Tiara on je kalau bab-bab ada orang nak belanja ni.

"Kau nak makan apa? Cakap je." Dia sudah mengukirkan senyuman penuh makna. Rezeki jangan ditolak.

"Saya nak makan chicken chop, lamb chop, spaghetti, nasi goreng, pizza, KFC, ice cream rolls, sus--" Anas terus memotong.

"Dah, cukup, titik, berhenti, enough, fullstop. Sebelum kau melarat sebut macam-macam better kau pergi sambung kerja. Now Tiara." Tiara menjuih bibir. Tadi tanya sangat. Cehh.

Dia menyeluk poket skirt hitamnya mengambil sesuatu.

"Nah, kunci kereta." Kunci itu dihulurkan pada suaminya. Anas menyambut hluran itu dan pada waktu itu juga telefonnya berdering. Panggilan dari Iqbal dijawab.

"Yes?"

"Weh, kau nak kereta apa? Aku ada dekat kedai kereta sekarang ni. Pat ah! Aku nak pergi melencong ke lain pula lepas ni." Iqbal bertanya setelah itu menggigit aiskrim Magnum ditangannya.

"Jenama apa je ada dekat situ?" Anas menghalang isterinya yang ingin keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Ada..erm..Mercedez, Volkswagen, Audi, Range Rover lepas tu err..apa nama tah menatang kereta ni then ada Ferrari, Lamborghini, Hyundai pastu err eee dahlah! Berbelit lidah aku nak sebut nama-nama kereta ni! Which one ha?"

Dia menjarakkan telefon dari telinga untuk bercakap dengan Tiara.

"Kau nak kereta apa?" Tiara mengerut dahi tidak faham.

"Kereta apa apa?"

"Iqbal sekarang tengah duduk dekat kedai kereta. Dia tolong aku belikan kereta. Yelah, kereta aku yang satu tu kan dah kena letup. Aku mana ada kereta sekarang ni. Cepatlah, nak kereta apa?" Terang Anas satu-satu.

"Erm..kereta..err..kereta soronglah. Takde?" Anas memandang isterinya toya.

"Oh please dear, tak lawak langsung. Betul-betullah." Tiara menghambur tawanya melihat muka cemberut si suami.

"Hahaha okay okay! Erm..kereta..Aud--"

"Okay Bal! Kereta Audi. Ambil jelah R berapa pun." Tiara tercengang. Dia sebenarnya nak cakap yang kereta Audi tu terlalu mahal untuk dibeli tapi lain pula jadinya.

"R5 colour blue boleh?"

"Ha bolehlah tu lepas tu hantar dekat hotel aku. Kau minta kunci kereta kau dengan receptionist then kunci kereta aku tu kau tinggal dekat reception juga."

"Okay bereh bereh!"

Tutt..

Anas menyimpan telefonnya ke tempat asal. Kunci kereta Iqbal diserahkan pada Tiara kembali.

"Nanti bagi dekat Iqbal. Kunci kereta baru aku yang Iqbal bagi dekat kau nanti tolong simpan dulu. Dah, kau boleh keluar sambung kerja." Tiara anggukan saja. Malas nak buka soalan banyak-banyak. Langkah diatur keluar dari bilik yang cukup besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience