Chapter 55

Drama Completed 41717

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Hari ini akan berlangsungnya pertandingan menari diantara Tiara dan Anas bertempat di studio milik Ma'am Sophie.

"So..which group will dance first?" Soal Ma'am Sophie. Dia layankan saja pasangan sejoli itu. Tiara sudah memberitahunya minggu lepas bahawa Anas itu suaminya. Dia mulanya agak terkejut bahawa Anas Iskandar, The Owner Of Iskandar's Hotel ialah suami kepada anak buahnya.

"My group." Laju Anas menjawab selaju jantungnya yang sedang berdegup. Nervous.

"Okay then." Ma'am Sophie berlalu pergi. Anas mendekati isterinya yang memakai singlet hitam bersama jaket maroon itu. Dia menyilangkan lengan didada. Senyuman sinis diukir.

"I know you can't do it." Kata Tiara yakin. Terangkat kening lelaki itu.

"Really? Hahaha I don't think so." Dia mengetap bibir apabila jejaka dihadapannya itu tergelak sinis padanya.

"Suit yourself."

.....................................

Rakan-rakan Tiara dan Anas yang hadir menepuk tangan dan sedikit bersorak apabila pertandingan ingin bermula. Tiara hanya memeluk tubuh sambil berdiri dipenjuru studio memerhati tarian Anas bersama beberapa orang lagi lelaki.

Lagu Where are you now nyanyian Skrillex and Diplo feat Justin Bieber dipasang serentak itu, pertandingan pun bermula.

Tiara yang sedang menyaksikan tarian suaminya, langsung tidak berasa gentar kerana dia yakin bahawa dia dapat mengalahkan Anas tapi lama-kelamaan dia merasakan tarian lelaki itu makin hebat. Dia sudah menggelabah.

Setelah itu, tiba giliran kumpulannya pula untuk menonjolkan bakat. Disebabkan renungan nakal Anas padanya, dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada gerakan tubuh. Lelaki itu memang saja ingin bikin dia kalah!

Selang beberapa minit, masing-masing dapat menarik nafas lega setelah selesai persembahkan tarian. Sejam selepas itu, barulah dapat tahu siapa pemenangnya yang akan diumumkan oleh Ma'am Sophie sendiri.

"Danee, let's take some food?" Ajak Erish, rakan kerja Tiara.

"Where?" Tiara mengangkat sebelah keningnya sambil menyimpan botol air ke dalam beg pikul kecilnya setelah membasahkan tekak. Beg itu dizip rapat kemudian dipikul sebelah bahu.

"Erm..I think we're gonna eat in the toilet." Sindir Erish dan Tiara mencebik kerana berasa diri disindir.

Anas yang berada disebelah isterinya sudah bantai gelak. Soalan itu pun nak tanya ke? Takkanlah nak pergi makan dalam jamban pula.

"Ish diamlah!" Tiara mencubit geram isi peha suaminya.

"Aww it's hurt.." Adu Anas bersama wajah berkerutnya. Pehanya yang disengat tadi digosok-gosok untuk menghilangkan rasa sakit.

Tiara memutarkan bebola matanya. Menyampah. Dia berdiri lalu keluar dari studio itu.

"Hey Danee! Wait!" Erish mengejar laju langkah rakannya.

Sejam kemudian Tiara bersama Erish masuk kembali ke dalam studio setelah perit diisi penuh. Tiara terpandang suaminya yang sedang bercakap dengan seseorang.

Dia tidak pasti sama ada lelaki itu telah makan atau belum. Ingin ditanya tapi nampak sangat dia pula yang terhegeh-hegeh. Dia tahu yang dia sedang berlawan dengan ego tingginya.

"Hey! What are thinking for huh?" Erish menyiku lengan rakannya yang sedang jauh termenung.

"I just..err..nothing." Gadis yang berambut putih hitam itu tersenyum saja. Dia tahu yang rakannya itu sedang menyorokkan sesuatu darinya. Dua tahun sudah dia dan Marine berkawan dengan Tiara.

"Oh come on Danee..I know you. Just tell me." Tiara menggeleng tiada apa-apa.

"Okay guys! Listen listen!" Ma'am Sophie yang baru masuk ke dalam studionya menepuk-nepuk tangan meminta perhatian semua orang yang berada didalam studio itu.

Penari-penari Tiara berada dipenjuru kiri studio manakala penari Anas pula berada dipenjuru kanan. Masing-masing berasa terlalu gementar dan jantung berdetak laju.

"I don't wanna talk too much so I'll announce the winner. Do you wanna know who the winner is huh?" Dia bertanya pada para penyokong.

"Of course!!" Suara para-penyokong yang bergema dalam studio itu mampu membuatkan Tiara seperti cacing kepanasan.

"Alright guys! The winner is..Mr. Anas Iskandar!!" Jantung, dunia dan masa yang berputar diibarat terhenti. Bagaimana suaminya boleh menang? Hebat sangatkah tarian lelaki itu berbandingnya?

"Mr. Anas, you can come forward to receive a gift." Anas dengan bangganya bangun untuk menerima hadiah yang berbentuk sejumlah wang. Isterinya yang seperti patung cendana dijeling sekilas.

"Congrats." Ucap Ma'am Sophie sambil tersenyum.

"Alright thank you." Setelah hadiah diterima, Anas kembali ke tempat duduknya. Dia ber high five dengan semua penarinya. Duit itu diserahkan pada salah seorang penarinya.

"Share with your friends." Penarinya itu mengerutkan kening.

"You?" Anas menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu duit itu kerana duit dia sendiri pun tidak tahu bagaimana nak habiskan kerana terlalu banyak.

"Okay."

..................................

"Häschen! Häschen!" Dia mengejar isterinya yang seakan mahu lari darinya. Dia mencapai tangan gadis itu.

"Apa? Awak nak apa?" Soal Tiara sedikit bengang.

"Kenapa häschen macam nak lari dari habib ni?" Dia mengeluh kasar.

"Mana ada! Saya just nak cepat-cepat balik. Saya penat. Saya nak mandi. Nak tidur. Ada faham?" Anas mengukirkan senyuman sinis.

"Really? But I don't think so ke..häschen lari dari habib sebab malu kalah tadi?" Tiara mengacip giginya. Tepat jangkaan suaminya padanya. Ya, memang dia sedang malu dengan jejaka ini tapi dia..

"Not at all!" EGO. Dia terlalu ego untuk mengaku.

"Okay." Anas melepaskan tangan isterinya dan membiarkan gadis itu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience