Chapter 59

Drama Completed 41674

Tiara mengheret beg miliknya dan milik Danny keluar dari kotak lif manakala Anas mendukung anaknya yang sedang elok terlentok tidur dibahunya sambil itu dia menarik beg pakaiannya bersama beberapa beg plastik.

Sampai saja didepan pintu rumah apartmentnya, kata kunci ditekan dan pintu ditolak. Salam diberi sebelum masuk ke dalam rumah.

Tiara berjalan menuju ke bilik yang selalu dihuninya.

"Hey! Nak pergi mana tu?" Soal Anas mematikan langkahnya. Keningnya bertaut cantik.

"Nak masuk biliklah." Balasnya. Kelihatan suaminya sedang berjalan ke arahnya. Tangannya dicapai.

"Now, bilik häschen dekat atas. Bukan dekat bawah dah. Bilik kita sekali. Ada faham?" Tangannya ditarik ke tingkat atas. Dengan langkah yang penat, dia turuti jua suaminya itu.

Anas membuka pintu biliknya yang sudah 4 bulan tidak berpenghuni. Siapa sangka, sudah 4 bulan dia berada di New York bertujuan untuk memujuk isterinya dan membawa anaknya pulang dan akhirnya hasratnya tercapai. Tengoklah siapa yang berada didukungan dan disebelahnya kini.

"Masuklah." Jemputnya. Dia meninggalkan gadis itu sebentar untuk meletakkan anaknya yang sedang lena disebuah bilik yang hanya bersebelahan biliknya. Seusai itu dia kembali ke biliknya.

Dia memandang isterinya yang duduk dibirai katil. Senyuman bahagia terukir dibibir seksinya. Cintanya pada gadis itu makin mendalam.

"Häschen.." Panggilan yang dikhaskan buat Tiara itu dipanggil manja sambil melabuhkan punggung disamping isterinya.

"Hm?" Sahut Tiara. Lengan sasa sang suami dipeluk lalu kepalanya dilentok dibahu jejaka itu. Mata dipejam rapat. Anas membalas dengan memeluk pinggangnya erat.

"Cinta habib tak?" Dia ketawa halus tanpa membuka mata. Pelukan dilengan Anas diperkemaskan lagi.

"Apa pula tanya soalan macam tu? Habib ni.." Anas mencebik.

"Taklah, habib saja je tanya manalah tahu kot kot cinta häschen dah beralih dekat omputih di New York tu ke. Yelah, dorang kan lagi handsome, bijak, kaya, badan sado-sado ada six pack bagai dari habib ni yang zero je." Anas merendahkan diri. Terlalu rendah! Sampaikan semua yang ada pada dirinya dikata tiada.

"Tengok! Merepek je kerja. Mana adalah..habib lagi lengkap pakej tau dari diorang." Tiara berkata benda yang fakta.

"Tipu."

"Ya Allah, betul."

"Penipu"

"Betul"

"Tipu"

"Tak percaya sudah." Tiara berdiri namun segera ditarik suaminya supaya kembali duduk.

"Joke joke! Habib gurau jelah..janganlah ambil hati." Anas memeluk bahu isterinya dan mencium pipi gadis itu berkali-kali sehingga Tiara naik rimas.

"Ish janganlah!" Ditolak muka Anas dengan tapak tangan. Lelaki itu menjuih bibir. Nak manja-manja sikit pun tak boleh. Huh! Belum lagi yang berat-berat. Eh? Hehe.

"Häschen, boleh habib nak tanya?" Lantas Tiara berpaling melihat suaminya. Sejak bila lelaki ini minta izin dulu sebelum bertanya? Buang tebiat agaknya. Tapi..kenapa dia rasakan renungan Anas sungguh berbeza dari sebelum ini? Mungkin penting soalan yang bakal ditanya. Mungkin.

"Habib nak tanya apa?" Soalnya. Anas terdiam sejenak menyusun kata dulu sebelum menyoal.

"Kenapa häschen lari dari habib waktu habib dah mula jatuh cinta pada häschen?" Tiara tertelan airliur. Halah halah..kenapa soalan itu juga yang ditanya? Takde soalan lain ke? Sekejap! Dia mula mengamati semula ayat suaminya tadi.

'Kenapa häschen lari dari habib waktu habib dah mula jatuh cinta pada häschen'. Dah mula jatuh cinta? Jadi..suaminya telah lama jatuh cinta padanya? Sejak dia belum lari lagi? Aduh!

"Ara lari sebab..sebab.." Dia tidak dapat meneruskan kata kerana airmata terlebih dahulu mengalir membuatkan dia teresak-esak.

Anas memeluk isterinya. Wajah Tiara disembamkan didadanya. Belakang gadis itu digosok-gosok untuk meredakannya.

"Shh..please don't cry baby." Kepala Tiara dikucupnya lama. 10 minit masa diambil untuk tangisan gadis itu reda.

Tiara mengesat sisa airmatanya. Jari-jemari diramas cuba mencari kekuatan untuk meneruskan katanya yang terhenti tadi.

"..sebab Ara nak habib bahagia tanpa Ara. Ara tahu, sepanjang Ara ada didunia habib, habib cukup merana. Ara nak habib gembira dengan orang yang habib cinta. Ara tak sanggup tengok orang yang Ara cinta, terseksa. Ara lari jauh sebab Ara tak nak habib tengok muka orang yang habib terlalu benci ni lagi. Ara tak nak." Luah Tiara dan airmatanya mengalir lagi. Dia tidak cukup kuat.

Berlinangan airmata Anas apabila mendengar luahan yang tersangat perit isterinya itu. Dia tidak habis-habis menyumpah diri sendiri yang terlalu bodoh kerana tidak pernah menghargai wanita sebaik Tiara dulu malah dia pernah untuk membunuh gadis itu dengan mencekik kuat leher Tiara sehingga hampir saja mati gadis itu kerana tidak cukup udara untuk bernafas. Kalau nak menyesal pun sudah tiada guna. Terlajak perahu boleh diundur, jika terlajak buat? Sudah semestinya tidak boleh diundur kembali masa.

"Häschen..habib..habib minta maaf..habib minta maaf banyak-banyak. Habib tahu, habib banyak salah dengan häschen. Habib terlalu kejam pada häschen. Habib bodoh! Bodoh sangat-sangat! Stupid!" Anas memukul kepalanya bertalu-talu. Menyesali dengan perbuatan lalu.

Tiara menekup wajahnya. Esakannya bertambah kuat. Dia seorang perempuan yang lemah. Murah dengan airmata.

Bilik itu dipenuhi dengan esakan mereka berdua. Seorang esakan kesedihan dan seorang lagi esakan penyesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience