Chapter 32

Drama Completed 41674

Tiara membuka pintu apabila ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapan rumah. Keningnya berkerut melihatkan suaminya yang berjalan sambil membongkok memegang perut.

Iqbal yang sedang memapah Anas masuk ke dalam rumah sudah dapat membaca riak wajah Tiara yang dipenuhi tanda tanya. Badan Anas dibaringkan diatas sofa.

Tiara agak terkejut dengan muka suaminya yang dipenuhi lebam dan kedua hujung bibir lelaki itu pecah dan berdarah. Tanpa banyak soal dia lantas ke dapur untuk mengambil kain, ais dan air.

Iqbal yang duduk diatas sofa sebelah Anas berbaring, perhati saja gerak-geri Tiara yang sedang merawat luka si suami.

"Aw slow slow lah! Sakit ni!" Kening Anas bertaut menahan sakit. Iqbal menyimpan tawa melihat rakannya. Sikit tu je pun dah nak bising satu dunia. Cehh.

"Kalau sakit, awak gigit jari saya." Balas Tiara seraya itu meletakkan dua jarinya ke dalam mulut Anas. Kerja membersihkan luka disambung kembali.

Dia hanya dapat mengetap bibir menahan pedih sewaktu suaminya menggigit kuat jari-jarinya itu.

Iqbal memerhati lama Tiara yang dikatakan cukup menyusahkan bagi Anas. Menyusahkan? Baginya Tiara tidak menyusahkan sesiapa pun malahan terlalu baik hati sehinggakan Anas tidak nampak ketulusan gadis itu.

Tiara membawa keluar dua batang jarinya itu dari mulut Anas. Kedua jarinya itu sedikit terluka tetapi dibiarkan. Dia tidak mahu hanya suaminya saja menahan perit. Itu tidak adil bagi dirinya.

Seusai merawat luka, kain yang berisi ais diserahkan pada suaminya untuk diletakkan pada kawasan yang bengkak dan lebam. Dia berlalu ke dapur untuk memasak kerana jam didinding sudah menunjukkan pada pukul 6.35 petang.

Jari-jarinya yang luka disapu ubat kemudian dibalut. Hari ini saja sudah tiga batang jarinya yang terluka termasuk pada waktu sahur tadi.

"Marilah saya tolong awak potong bawang tu. Saya tahu yang jari awak luka tadi masa Anas gigit." Kata satu suara yang baru masuk ke dapur. Tiara cam dengan suara itu. Senyuman tawar dilemparkan.

"Takpelah, saya boleh buat. Awak just tolong jagakan Anas. Kalau dia nak apa-apa terus bagitahu saya. Erm..kalau saya boleh tahu err.. apa yang dah jadi sebenarnya?" Dari tadi lagi dia mahu bertanya soalan itu tetapi masa tidak mengizinkan.

Iqbal tergelak kecil. Dia tahu diri gadis itu dipenuhi dengan soalan tanpa jawapan sedari tadi.

"Kitorang pergi KB tadi sebab nak cari someone ni yang memang terer gila bab-bab tembak-menembak, cari maklumat orang dan dia juga terlalu licik sampai buat something tanpa tinggalkan kesan walau sebesar habuk pun. Yang Anas boleh dapat 'hadiah' tadi sebab dia main terjah je kawasan orang, tu yang kena pukul tu. Tak pepasal naya je hari ni." Tiara mengangguk faham dengan jalan cerita itu.

"Teruk betul diorang belasah Anas. Bengkak, lebam sana sini." Balas Tiara yang sedang memotong bawang.

"Siapa je yang tak marah kalau tetiba ada orang main terjah je kawasan kita. Ni, opah mana? Tak nampak batang hidung pun." Soal Iqbal yang dari tadi lagi tertanya-tanya keberadaan opah.

"Opah pergi ke rumah kawan dia. Katanya kawan dia tergelincir dalam tandas. Esok opah balik. Nak pergi teman kawan dia sambil tu nak urut kaki kawan dia yang bengkak." Iqbal mendengar cerita Tiara sambil memerhati gadis itu yang begitu lama memotong bawang. Mungkin kerana jari sakit tu yang ambil masa lama.

"Tiara, kalau macam tulah punya lama awak potong bawang, baik saya pergi beli je lauk-pauk dekat luar. Awak hanya tanak nasi je. Takdelah sakit jari-jari awak tu. Amacam?" Tiara menggigit bibir bawahnya. Dia sokong cadangan jejaka itu kerana jari-jemarinya yang sakit begitu menjejaskan dia untuk memasak.

"Okay."

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Salam disambut sambil memandang kelibat jejaka itu yang semakin menghilang dari pandangan.

Barangan yang ingin dimasak kembali disimpan. Tangan dibasuh kemudian air ditakungkan dalam kedua tangannya lalu disapu ke muka.

Jam yang digantung didinding dikerling sebentar. Sudah pukul 6.50 petang. Dia keluar dari dapur setelah selesai urusan membasuh beras dan memasang suis periuk nasi.

Dia berjalan menuju ke ruang tamu dimana suaminya sedang berbaring. Sekarang dia hanya tunggu nasi yang ditanak siap dan lauk-pauk dibawa pulang.

Baru dia perasan yang dibaju kemeja kuning cair suaminya ada beberapa tompokan darah. Teruk sangat ke suaminya kena belasah?

Butang baju kemeja Anas dibuka dari atas sehingga bawah secara perlahan kerana tidak mahu lena lelaki itu terjaga. Dengan berhati-hati dia menanggalkan baju itu dari badan tegap suaminya kemudian singlet.

"Get well soon habib." Tiara mencium dahi suaminya. Hatinya tercuit untuk memanggil suaminya dengan panggilan itu. Baju dan singlet lelaki itu dibawa ke mesin membasuh.

Anas membuka kelopak matanya setelah perasan kelibat isterinya sudah tiada disisinya. Dia tersedar kerana gadis itu tersentuh perutnya yang telah ditumbuk dan itu amat menyakitkan.

Tanpa sedar, senyuman kecil terbentuk dibibirnya. Habib. Tidak tahu mengapa, dirinya suka dengan panggilan itu.

Dia memang tidak dapat menafikan yang isterinya sentiasa ada dikala dirinya susah tetapi bayangan itu menghilang saat dirinya bahagia.

Sedikit demi sedikit cintanya pada Tiara mula berkembang. Mengenai gadis cantik yang bernama Esya itu, dia telah mengupah seseorang untuk siasat siapa sebenarnya gadis barbie dari kayangan itu.

Kalau tidak dapat gadis itu pun cukuplah sekadar untuk mengetahui identitinya saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience