Chapter 28

Drama Completed 41674

Setelah berjam-jam memandu akhirnya Iqbal membuat keputusan untuk berhenti di RnR Gua Musang untuk menunaikan solat Zohor sekaligus jamak Asar.

Tiara menggigit bibir bawahnya. Dengan skirt paras lutut dan rambut yang terdedah dia berasa segan untuk masuk ke dalam rumah Allah.

Lengan suaminya dicuit-cuit. Lelaki itu berpaling.

"Apa hal?" Kedua belah kening diangkat.

"Erm.." Tiara memandang dirinya sendiri atas bawah.

"Asal kau ni?" Hairan Anas dengan isterinya.

"Erm..takkanlah saya nak masuk masjid macam ni?" Anas baru perasan yang isterinya belum lagi menukar pakaian. Matanya meliar-liar mencari kedai baju.

"Jom ikut aku." Anas menarik tangan isterinya menuju ke sebuah kedai pakaian.

"Pilih cepat. Aku tunggu dekat luar." Katanya setelah sampai di kedai itu. Tiara berasa takut ingin masuk ke kedai itu kerana jurujual lelaki yang berbangsa India itu sedang merenungnya nakal.

"Tunggu apa lagi? Masuklah." Suara keras Anas menyentakkan Tiara. Gadis itu masuk dengan berat hati.

Beberapa helai jubah bersama tudung diambil kemudian dibawa ke bilik persalinan. Selang beberapa minit dia keluar. Salah satu jubah yang sedikit besar dari saiz dirinya diletakkan ke tempat asal.

"Hey dik, saiz apa mau?" Soal lelaki india itu sambil mata tidak lepas dari menatap kedua 'bukit' milik Tiara.

"Err..nak saiz M." Tiara rasa ingin cungkil saja mata lelaki india ini. Suka suki je pandang barang orang.

"Ouh saiz M? Ada ada." Sengaja lelaki india itu selisihkan lengannya disisi dada Tiara berpura-pura sedang mencari jubah yang bersaiz M seperti yang dipinta Tiara.

Anas yang berada diluar kedai pula berasa membahang seluruh badan. Bukannya dia tidak perasan yang lelaki india itu sedang menggatal dengan isterinya.

Dia melangkah masuk ke dalam dan berjalan mendekati Tiara. Dia mengambil tempat diantara isterinya dan lelaki india itu.

"Sayang nak jubah saiz apa? Biar abang yang carikan." Tiara terkedu dengan panggilan yang suaminya berikan. Sayang? Abang? Seriously?

"Saiz M." Walaupun bingung dengan kelakuan suaminya, dia tetap menjawab pertanyaan Anas.

Anas perasan yang muka lelaki india sebelahnya bertukar cemberut.

'Padan dengan muka hitam kau! Menggatal sangat dengan bini orang.' Kutuk Anas dalam hati.

Setelah membayar, Anas menunggu isterinya yang sedang menukar baju dibilik persalinan didalam kedai itu.

Beberapa minit kemudian, Tiara keluar dari bilik persalinan bersama jubah ungu dibadan dan shawl kelabu dililit dikepala. Dirinya sungguh ayu apabila mengenakan tudung dikepala.

Dia menghampiri suaminya yang sedang tekun mengadap skrin telefon bimbit. Lelaki india itu tadi hanya diam tidak berkutik dimeja kaunter.

Anas mendongak apabila perasan ada seseorang yang sedang berdiri dihadapannya. Dia terpaku.

'Cantik.' Desis hatinya.

"Jom? Kita dah lewat nak solat ni." Anas tersedar dari dunianya apabila ditegur isterinya. Beg kertas pakaian isterinya dijinjit sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menggenggam tangan Tiara.

"Weh!" Dia memanggil lelaki india itu dan lelaki itu mengangkat muka memandang Anas.

Anas menghalakan dua batang jarinya yang menjinjit beg kertas pada matanya kemudian dihala pula pada sepasang mata milik lelaki india itu menandakan
'watch out'.

Tiara hanya memerhati. Sungguh dia tidak mengerti bahasa isyarat Anas. Apa makna tu?

"Jom." Dirinya ditarik keluar dari kedai itu dan berjalan menuju ke masjid.

Seusai menunaikan perkara wajib, Tiara mencari kedai runcit untuk membeli makanan. Perutnya yang telah lama tidak diisi berkeroncong hebat.

'Sabar ya sayang. Nanti kita makan.' Omelnya sambil mengusap perlahan perutnya yang masih kempis.

Sampai saja dikedai runcit, dia mengambil sebotol air mineral, gula-gula dan roti coklat kemudian dibayar. Dia berjalan laju menuju ke arah kereta kerana mungkin dua orang jejaka itu sedang lama menunggunya.

.........................

Anas menyumbat badannya masuk ke dalam kereta. Satu beg kertas yang berada disebelahnya menarik pandangannya untuk mengetahui isi dalam.

Beg kertas yang berisi jubah dan tudung yang dibeli tadi diletakkan ditempat duduk sebelah pemandu. Buat semak je letak dekat tempat duduknya bersama Tiara.

Beg kertas yang menarik perhatiannya tadi dicapai kemudian dijenguk isinya.

"Baju baby?" Keningnya bertaut.

"Apa yang baby tu?" Sampuk Iqbal yang sedang membaiki rambutnya dicermin pandang belakang.

"Diam ah kau!" Iqbal mencebik bibir. Tanya sikit je tu pun nak melenting.

'Bila masa dia beli? Dekat mall tadi ke? Tapi baju ni dia nak buat apa? Dia..pregnant ke?' Bertubi-tubi soalan itu ditanya pada diri sendiri.

"Apa feeling kau kalau kau dapat tahu yang wife kau pregnant?" Tidak semena-mena soalan itu terpacul dari mulutnya. Geram nak tampar mulut sendiri.

"Happy lah siot! Dapat main dengan anak sendiri kot. Siapa je yang tak suka bila dapat tahu yang bini mengandung. Bagi yang tak suka bini mengandung tu boleh mati. Sedap sedap 'buat' lepastu tinggalkan. Gila. Eh nanti kejap! Asal kau tanya? Wife kau pregnant ke? Wah! Dapat anak buahlah aku nanti." Dengan nada teruja Iqbal berkata.

Dia sudah tahu mengenai perkahwinan rakannya yang sememangnya disorokkan oleh pengetahuan umum. Anas telah menceritakan segalanya dari A to Z.

"Takdelah." Anas meletakkan ke tempat asal beg kertas itu.

"Dahtu asal tanya?" Dia memutarkan bebola matanya.

"Nak tanya pun tak boleh ke?" Keras Anas berbicara.

"Hehe boleh boleh." Iqbal tersengih. Belakang lehernya digaru-garu.

Anas melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta sementara menunggu isterinya datang. Tiba-tiba matanya terpandang pada seorang gadis yang berjubah ungu. Siapa lagi jika bukan isterinya kan?

"Cantik." Sekali lagi dia terpuji Tiara yang ayu mengenakan jubah bersama tudung itu.

Pintu kereta dibuka dari luar. Tiara menghenyak punggungnya diatas kerusi lalu menutup pintu.
Segala makanannya disorokkan disebelah kaki.

Iqbal meneruskan pemanduan setelah memakai tali pinggang keselamatan.

Tiara selamba membuka bungkusan gula-gula lalu dibawa ke dalam mulut dan dikemam. Anas yang berada disebelah memandang curiga.

"Kau tak pua--" Tiara lantas menutup mulut suaminya. Ish! Macam mana kalau Iqbal dengar?
Buat malu je.

"Senyap senyap sudahlah! Saya ABC hari ni." Maklumnya perlahan. Cukup hanya mereka berdua saja yang dapat dengar. Tekupan pada mulut si suami dilepaskan.

"Tapi..tadi bukan ke kau sembahyang ke tadi?" Tiara mengangguk betul.

"Habistu?"

"Lepas saya solat tu, saya rasa macam tak selesa lepastu saya pergi check dalam toilet and then sa--"

"Dah cukup. Aku faham." Anas terus memotong tidak mahu isterinya bercakap lebih-lebih.

Tiara tersengih. Malu ke bang?

Sejam selepas itu, mata Tiara rasa makin memberat. Dia mahu tidur tetapi tidak tahu mahu bersandar pada siapa. Harus kena kick kalau bersandar pada suaminya. Dahlah jejaka itu begitu membenci dirinya.

Anas yang sedang memandang skrin telefon memerhati isterinya yang tersengguk-sengguk menggunakan ekor mata. Mengantuk benar gadis itu.

Kepala Tiara ditarik lalu direbahkan diatas pehanya. Gadis itu ingin bangun tetapi ditegahnya.

"Tidur jelah!"

Tiara sebenarnya agak terkejut dengan tindakan drastik suaminya. Dia ingin bangun kerana berasa tidak selesa tetapi dihalang pula. Lama kelamaan dia terlena juga akhirnya.

Anas meletakkan tangannya diatas perut Tiara kemudian diusap-usap perut kempis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya berbuat sebegitu.

Otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan Iqbal sejam yang lalu.

Bagaimana kalau isterinya memang betul-betul sedang mengandung? Adakah dia dapat menerima kandungan itu sedangkan hatinya hanya milik Esya? Tapi..tadi Tiara kata yang dia datang bulan. Mana ada orang mengandung datang bulan. Jadi, kesimpulannya ialah gadis itu tidak mengandung. Ya, tidak mengandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience