Chapter 17

Drama Completed 41674

"Sya..beruntung gilalah kau tadi dapat menari dengan mamat tu!" Kata Wani. Tiara tersengih bangga lalu menjungkit-jungkitkan sebelah keningnya memandang rakannya.

"Well..orang lawa iya dok?" Wani membuat muka menyampah apabila Tiara sudah naik bangku turun sendiri. Nyesal puji! Cehh.

"Malaslah aku talking dengan orang riak ni. Weh, kau balik dengan siapa?" Soal Wani sewaktu mereka sedang menuruni tangga dewan.

"Grab car kut. Asal?"

"Grab car? Kau rasa ada ke time time macam ni? Dah nak dekat pukul 12.30 malam dah ni. Aku tumpangkan kau nak?" Segera Tiara menggeleng dengan pelawaan Wani.

"Eh takpe takpe! Aku boleh balik sendiri. No worries." Mereka melagakan pipi kiri kanan sebelum berpisah.

"Bye! Take care." Dia melambaikan tangan pada Wani yang sedang masuk ke dalam perut kereta.

"Bye!" Pintu kereta ditutup lalu kereta Proton Saga kepunyaan Wani keluar dari kawasan Hotel HQ.

Tiara membuka aplikasi Grab didalam telefonnya. Ternyata memang tepat apa yang dikatakan rakannya tadi. Memang satu grab car pun tidak ada dikawasan ini. Dia terpaksa mencari teksi untuk pulang. Tapi..ada ke teksi waktu macam ni? Dia mengeluh.

Kakinya melangkah keluar dari kawasan Hotel HQ. Dia berjalan diatas pejalan kaki untuk lebih selamat dari dirempuh dengan mana-mana kenderaan. Dia berpeluk tubuh sambil berjalan melihat ke bawah. Sejuk juga waktu-waktu begini.

Tiba-tiba dia berasa seperti ada sebuah kereta yang sedang mengikutnya dari belakang. Orang jahat ke? Biarlah orang jahat itu mahu menculiknya ke mahu membunuhnya ke dia tidak kesah lagi kerana hidupnya memang sudah lama hitam.

Pin pin!
Dia berpaling ke kanan apabila ada yang membunyikan hon. Eh?

"Kenapa jalan sensorang malam malam ni? Tak takut ke?" Soal Anas yang masih berada didalam kereta.

"Takut? Buat apa nak takut? Bukannya ada hantu pun." Balas Tiara manakala kaki tidak berhenti dari terus melangkah sementara kereta lelaki itu dipandu secara perlahan. Sangat perlahan.

"Jomlah I tumpangkan." Tawar Anas pada gadis itu.

"Takpelah, saya okay." Tiara terus dengan langkahnya. Anas yang berasa geram kerana pelawaannya ditolak, terus menarik handbreak kereta. Dia turun dari keretanya lalu berjalan laju ke arah gadis itu. Tangan Tiara dicapai.

"Jom." Tiara menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Tangannya yang dipegang sedaya upaya cuba dilepaskan.

"I bukannya nak kidnap you pun. Jomlah I tumpangkan. Malam-malam macam ni bahaya perempuan lawa jalan seorang diri. Nanti kena raped ke tak ke menyesal hidup? Nanti jangan salahkan I kalau semua tu berlaku." Tiara menjeling tajam Anas yang bermulut lepas itu.

"Takpe, saya boleh jaga diri. Awak baliklah." Anas mendengus geram. Tubuh kecil Tiara diangkat membuatkan gadis itu terjerit kecil kerana terkejut.

"Eyy awak turunkan sayalah!" Tiara menumbuk-numbuk dada Anas supaya lepaskannya.

"Kalau you nak tahu, I memang pantang kalau ada manusia yang tak dengar cakap I. Before I kiss you, better you diam." Tubuh kecilnya dibawa masuk ke dalam kereta.

Tiara duduk sambil menyilangkan tangan ke dada. Muka dimasamkan.

"Ish! Tak payahlah paksa paksa! Orang kata tak nak tu tak naklah. Apa ke sengal sangat hidup ni? Huh!" Bebel Tiara perlahan. Anas yang sudah berada ditempat pemandu ketawa kecil mendengar bebelan dari gadis itu. Pemanduan diteruskan setelah bertanya dimana tempat tinggal Tiara.

"Kenapa tinggal hotel?" Pelik juga dengan gadis ini yang menginap dihotel.

"Awak rasa hotel tempat untuk apa? Saya rasa bukan untuk goreng pisang dekat situ." Balas Tiara yang masih panas hati dengan jejaka yang berada disebelahnya itu. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.

"Hahaha lawaklah you ni!" Anas sudah bantai gelak didalam keretanya. Apa yang lawak pun Tiara tidak tahu.

"I'm not a joker. Dahlah gelak macam langsuir. Please stop laughing! Pocong pun tak gelak macam tu." Jelingan maut dihadiahkan khas buat jejaka itu. Macamlah kau pernah dengar pocong gelak macam mana. Heh?

"I can't stop laughing!" Tiara memutarkan bebola matanya. Gedik!

"Itu pun nak gelak ke? Lawak sangat eh? Ke..wayar otak kena cabut tak pun skru otak longgar? Tah pa--" Bebelan perlahannya berhenti kerana bibirnya dipagut lama oleh Anas sambil MEMANDU. Matanya membulat.

"I love you bitch." Ucap jejaka itu sewaktu sedang mencium bibirnya. Tiara menolak-nolak dada bidang lelaki itu untuk melepaskan ciuman.

"Apa awak ni?" Marahnya. Dia seakan sudah tersedar dari terus terhanyut dengan lakonan drama Anas Iskandar apabila perkataan 'bitch' itu keluar dari mulut jejaka ini. Segala perbuatan jahat lelaki ini terlayar didepan mata.

"Apa apa?" Soal Anas yang buat-buat tidak mengerti.

"Saya tak kira! Stop kereta dekat sini!" Arah Tiara namun lelaki yang disebelahnya ini hanya buat tidak tahu. Bibir diketap geram. Dengan tangannya sendiri, dia menarik handbreak kereta. Tayar kereta berdecit kerana berhenti mengejut.

"Hey!" Bengang Anas dibuatnya. Kalau berdecit begitu, boleh haus tayar keretanya.

Tiara dengan cepat membuka pintu kereta tetapi secepat dirinya, cepat lagi diri Anas yang telah mencengkam kemas lengannya.

"Lepaslah!" Tangannya dinaik ke udara lalu melempang pipi Anas. Apabila cengkaman terlepas, dia segera membuka pintu kereta lalu berlari pergi.

Kasut tumit tinggi yang menyeksakannya untuk berlari, ditanggalkan namun sebelah kasutnya terjatuh. Dia mahu mengutipnya tetapi disebabkan kelibat Anas yang sedang mengejarnya terbantut terus niatnya untuk mengutip. Sebelah kasut yang jatuh itu dibiarkan dan sebelah lagi dibawanya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience