Chapter 30

Drama Completed 41674

Tiara masih belum tidur. Matanya begitu payah untuk dipejam. Dia menjeling suaminya yang sedang lena diatas katil sementara dirinya tidur dilantai berlapikkan toto yang diambil dari almari baju dalam bilik mereka.

Sebenarnya dia lebih selesa tidur diatas katil berbanding dilantai keras itu tetapi atas arahan suaminya, dia terpaksa patuhi. Keluhan kecil dilepaskan.

Dia berdiri lalu berjalan ke arah tingkap bilik yang betul-betul mengadap laut. Pintu tingkap itu dibuka. Jarum jam waktu itu sudah menunjukkan pada pukul 3 pagi.

Angin pantai yang dingin mula menyapa lembut kulitnya. Jauh dia termenung teringatkan kisah lalu. Airmata dibiarkan tumpah tanpa rasa ingin disapu.

Mengapa dirinya? Mengapa semua ini berlaku pada dirinya? Adakah hidupnya memang tidak layak untuk kecapi bahagia? Allahu. Dia tidak sanggup untuk lalui ini semua. Terlalu duka dan perit.

Hadirnya membawa duka,
Hadirnya membawa perit,
Tapi..
Hadirnya membawa erti cinta.

Duka atau cinta.
Jika dipilih duka maka dia harus membawa diri jauh tapi jika dipilih cinta, mahligai yang telah terbina perlu dikekalkan hingga ke akhir hayat.

Dia menggeleng perlahan sambil memejam mata sebentar. Dia tidak tahu. Dirinya sudah buntu untuk membuat pilihan.

Esakan kecilnya membuatkan tidur Anas terganggu. Baru saja dia mahu menjerkah gerangan yang sudah mengganggu lenanya tetapi niat itu terbantut.

"Alis..kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Dia abang kau Lis. Tergamak kau rosakkan hidup abang kau sendiri dengan kahwinkan kitorang. Asal kau plan semua tu? Benci sangat ke kau dekat aku?" Rintih Tiara dalam esaknya.

Anas mengerutkan keningnya didalam bilik yang tidak dibukakan lampu. Bilik mereka terang hanya dengan cahaya bulan.

Alis? Abang? Adakah isterinya sedang bercakap tentang dirinya dan adiknya? Tapi..bagaimana Tiara mengenali Alis sedangkan isterinya tidak pernah bersua muka dengan adiknya? Pelik bin hairan. Dan..apa yang sedang isterinya bicarakan? Dia tidak mengerti.

Rintihan gadis itu sedikit sebanyak menyentuh lubuk hatinya. Ya, memang dia tidak pernah menghargai isterinya. Sakit, makan, pakai Tiara semua gadis itu tanggung sendiri. Malahan duit nafkah yang wajib diberi pada isteri setiap bulan langsung dia tidak berikan sepanjang perkahwinan mereka. Kejam kan dirinya?

Dia memejamkan mata berpura-pura tidur sewaktu gadis itu sedang menutup pintu tingkap.

Tiara melipat toto dan selimut yang digunakannya tadi kemudian disumbat cantik ke dalam almari bersama bantal. Dia berjalan ke arah suaminya. Selimut ditarik menutupi dada lelaki itu bersama senyuman kelat.

Dengan lembut dia mengucup dahi Anas.

"Saya cinta awak tapi hakikatnya saya tahu untuk awak membalasnya memang takkan pernah sampailah satu masa awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya." Ayatnya yang dilontarkan cukup untuk mengguriskan hatinya sendiri.

Dia berlalu keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat lalu langkah diatur menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan sahur.

Anas mencelikkan matanya setelah mendengar pintu bilik ditutup. Berkerut-kerut dahinya memikirkan bicara isterinya tadi. Sungguh, sepatah haram pun dia tidak faham apa yang gadis itu katakan walaupun ia cukup jelas dipendengarannya.

...............................

"Ahh!!" Tiara yang sedang memotong bawang, terpotong bersama jari telunjuk kanannya sekali dek terkejut dengan jeritan seseorang.

"Aw!" Luka itu segera dibasuh. Berdesis-desis mulut Tiara menahan sakit.

"Ya Allah Ara! Opah mintok maaf banyok. Tok ingat pula Ara, Is dengan Iq tinggal sini. Opah ingat ko orang jahat mano sakni ( opah ingatkan orang jahat tadi)." Bicara opah sambil menolong cucu menantunya menyapu ubat gamat pada luka.

"Takpe opah, sikit je ni." Kata Tiara sambil mengetap bibir. Hujung jari telunjuknya dibaluti pluster.

"Ada apa opah ada apa?" Kalut Anas dan Iqbal bertanya. Masing-masing dengan muka blur. Mereka yang sedap berbaring diatas katil tadi tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan opah.

"Tak dok gapo eh. Ni, opah kejut dengan Ara sakni (opah terkejut dengan Ara tadi). Opah nok masuk dapur kelih-kelih (tengok-tengok) ado orang. Tu hok tepik sakni tu (tu yang tertempik tadi tu). Tok teringat pula yang kamu semo (semua) tidur sini." Kedua orang jejaka itu menarik nafas lega. Mereka ingatkan ada orang yang serang hendap tadi.

Yalah, sekarang ni kan Anas tengah lari dari orang yang telah menyerangnya di pusat membeli-belah kelmarin. Ingatkan orang yang menyerangnya kelmarin itu sudah mengetahui rumah opahnya dan ingin menyerang lagi tapi ternyata tidak. Jeritan terkejut itu disebabkan kelibat isterinya yang berada didapur.

"Apalah opah ni. Kitorang ingatkan apalah tadi. Tak sempat nak baiki rambut yang macam tey (kena) karen ni semata-mata nak cepat sampai dekat opah." Balas Iqbal sambil mencebik. Dia dengan malas mengambil tempat dimeja makan walaupun makanan satu pun belum dihidangkan lagi. Dia meletakkan kepala diatas meja kemudian menyambung tidur.

"Bertuah punya budak. Boleh dia sambung tidur?" Menggeleng opah melihat Iqbal yang sudah berdengkur kuat. Lelaki itu buat-buat berdengkur saja.

"Is, mari tolong opah potong bawang. Isteri Is dah tak boleh nak buat kerja dah dengan jari yang berbalut tu." Anas mengalihkan perhatian pada jari isterinya yang dikatakan berbalut.

"Asal boleh berbalut tu?" Opah tergelak kecil.

"Terkejut opah menjerit punya pasal lah. Tu yang terkerat jari masa tengah potong bawang tadi tu." Jawab opah. Tiara menunduk sewaktu suaminya merenung matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience