Chapter 29

Drama Completed 41717

Pantai Irama, Bachok Kelantan.

Mereka bertiga keluar dari kereta seraya menggeliat. Segala tulang-temulang yang senget kembila diperbetulkan.

Jam dipergelangan tangan Anas tepat menunjukkan pukul 7 malam. Lagi setengah jam mahu berbuka puasa.

Lauk-pauk yang telah siap telah dibeli ditengah jalan tadi. Anas tahu yang. opahnya belum masak apa-apa lagi waktu itu kerana opahnya hanya tinggal seorang saja didalam rumah kayu milik peninggalan atoknya. Cukup hanya goreng ikan berkuahkan kicap. Itu pun hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kalau nak buat last minute pun masih sempat lagi.

"Assalamualaikum opah ooo opah!" Iqbal memberi salam sambil mengetuk pintu rumah.

"Waalaikumsalam semeta semeta (kejap kejap)." Laung opah dari dalam. Tidak lama kemudian pintu kayu itu dikuak dari dalam lalu wajah berkedut opah muncul disebalik pintu.

"Ehh Iqbal! Bakpo balik tok royak (kenapa balik tak bagitahu) ? Eh Is pun ado juga?" Anas mengukirkan senyuman manis pada opah kesayangannya lalu mencium tangan wanita berumur itu. Panggilan Is sudah sekian lama tidak didengarinya.

"Haah. Maaflah opah Is balik tak bagitahu. Perkenalkan ni wife Is, Tiara Daneesya." Tiara dengan sopan mencium tangan opah suaminya.

"Oh nilah isteri Is? Cantik cantik. Mari masuk mari masuk. Kito doh nok buko puasa doh ni." Pekat betul loghat kelantan opah. Naik pusing kepala Tiara mahu memahami loghat bahasa itu.

.............................

Tiara duduk bersimpuh disebelah opah yang sedang melipat baju diruang tamu sambil menonton tv manakala Iqbal dan Anas sedang berbual diwakaf kecil diluar rumah. Opah bersama dua orang jejaka itu baru saja balik dari solat yang sentiasa dilaksanakan pada setiap malam pada bulan Ramadhan.

"Opah tak sunyi ke tinggal sorang sorang dekat sini?" Soal Tiara sambil tangan menolong opah melipat baju.

"Tok kesik eh mugo biaso doh tu gak (tak sunyi pun sebab dah terbiasa)." Dia menggaru belakang lehernya. Sepatah haram dia tidak faham apa yang opah katakan.

"Err..kesik tu apa opah?" Soalnya malu-malu.

"Kesik tu lebih kurang sunyilah." Sampuk Anas yang berada dimuka pintu. Dia dulu telah menetap 5 tahun di kelantan jadi dia tahu serba sedikit loghat kelantan. Dia menetap di Negeri Che Wan Kembang ini kerana ingin menyambung pengajian ke peringkat diploma sewaktu dulu.

Tiara mengangguk-angguk faham sementara tangannya ligat melipat kain baju.

"Iqbal mana?" Tiara bertanya apabila kelibat jejaka itu tidak kelihatan. Hanya suaminya saja yang masuk ke dalam rumah.

"Pergi kedai." Jawab Anas sambil berbaring diatas sofa. Remote tv diambil lalu siaran ditukar-tukar.

"Alaaa takde ceritalah malam ni." Keluhnya. Remote tv kembali diletak ke tempat asal. Mata dipejam. Kerana terlalu penat, dia terlelap disitu.

Tiara tersenyum kecil melihat suaminya yang sedang enak diulit mimpi diatas sofa. Kain baju opah yang terakhir disudahinya.

"Lepas siap lipat baju tolong kejutkan suami Ara. Ajak dia tidur dalam bilik. Mengantuk sangat dah nampaknya tu. Opah nak ke dapur kejap." Opah cuba berbahasa luar dengan cucu menantunya bimbang jika gadis muda itu tidak faham dialek kelantan pekatnya.

"Ha ya lah opah." Tiara membalas. Seusai melipat kain, dia berdiri lantas bergerak ke arah suaminya.

"Awak..awak..bangun. Tidur dalam bilik." Bahu Anas digoncang-goncang lembut.

"Hmm? Aku ngantuklah." Anas menepis tangan isterinya yang berada dibahunya.

"Bangunlah aw--" Bicara Tiara tersekat kerana ada yang memotong.

"Asal tu?" Soal Iqbal yang baru pulang dari kedai runcit berdekatan. Kunci motor milik opah diletakkan diatas meja tv.

"Anas ni lah, liat sangat nak bangun. Saya nak suruh dia tidur dalam bilik. Awak tolong kejutkan boleh?" Tiara meminta pertolongan dari jejaka itu.

"Ehh apa yang tak bolehnya? Boleh sangat tapi sebelum tu awak dulu yang kena masuk dalam bilik." Iqbal yang otaknya sentiasa ada idea 'bernas' menyuruh Tiara masuk ke dalam bilik dahulu.

Tiara mengerutkan keningnya. Pelik. Akhirnya dia mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

Iqbal memandang sekelilingnya. Hehe line clear. Dia memerhati pula rakannya yang sedang tidur.

"Amboi ko, nyenyak betul tidur. Aku akan pastikan hari ni hari terkejut kau sedunia." Kata Iqbal perlahan sambil tersengih nakal. Dia mengira satu sampai tiga didalam hati dan..

"ANAS ISKANDAR! ADA LIPAN BESAR ATAS DADA KAU!!" Tempiknya. Satu rumah bergegar. Dia tahu yang kelemahan rakannya ialah pada seekor lipan tak kira kecik besar, tua muda.

"Ahh!! Mana weh mana weh?" Anas yang amat terkejut terus berdiri tegak. Dadanya disapu-sapu kasar untuk menjatuhkan 'lipan' yang berada diatas dadanya bersama muka yang pucat.

Tidak lama kemudian gelak besar terlepas dari mulut Iqbal.

Anas menjeling tajam rakannya. Dia tahu yang dirinya telah ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu.

"Setan punya perangai!!" Dia mengejar Iqbal yang sudah laju berlari mengelak dari diterkam singa jantan.

Opah yang berada didapur sudah mengurut dada. Terkejut dengan jeritan-jeritan dua orang jejaka itu. Dia sudah dapat mengagak jika jejaka-jejaka itu berada dirumahnya mesti hal ini akan berlaku. Ingin diketuk saja kepala-kepala cucunya itu pakai senduk. Iqbal yang sudah 10 tahun rapat dengannya sudah rasmi dianggap sebagai cucunya.

.................................

Tiara yang sedang memegang hanger untuk menyangkut bajunya terlepas dari pegangan. Laju jantungnya berdegup akibat terperanjat mendengar tempikan itu.

Dia segera keluar dari bilik untuk menjenguk apa yang telah berlaku.

"Aik? Mana diorang?" Hairan Tiara melihat suaminya tiada diatas sofa dan bayangan Iqbal juga pun sama. Tiada.

Dia keluar dari rumah kerana terdengar bunyi suara orang sedang melaung.

"Bangsat! Sini kau!" Anas yang masih berbaju melayu hijau tua berseluar slack hitam tanpa memakai selipar mengejar langkah rakannya. Mereka sedang berkejar-kejaran dipersisiran pantai.

"Bakpo ni? Bakpo dengan diorang tu?" Opah menyoal cucu menantunya yang berada dimuka pintu yang sedang menyaksikan agenda kejar-kejaran itu.

"Entahlah opah. Tengok tengok je diorang dah ada dekat luar." Opah menggeleng perlahan. Lagat kedua orang cucu lelakinya itu seperti tidak cukup umur.

"Dah lah. Mari masuk. Sejuk dekat luar ni." Ajak opah lalu dia berjalan kembali ke dapur untuk mengemas apa yang patut.

Manakala Tiara pula menyarungkan flat shoes kepunyaannya. Dia berjalan ke arah pantai dengan berkain batik opah bersama tshirt lengan panjang.

Angin pantai yang sejuk mula menyerbu ke wajahnya. Sungguh tenang tambah-tambah lagi pada waktu yang begini.

Buk!
Iqbal betul-betul jatuh terbaring dikakinya kerana ditolak Anas.

"Sial betul perangai kau tadi eh?" Anas menampar-nampar pipi rakannya. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut. Kemudian dia menarik kasar rambut Iqbal dan dilepaskan. Huh! Puas hati.

Dia bangun lalu mencekak pinggang. Matanya yang bak helang merenung rakannya.

"Next time kalau buat lagi kerja babi tu siap kau! Aku campak kau dalam gunung berapi nanti." Amaran dikeluarkan setelah itu pinggang isterinya dipeluk kemudian dibawa masuk ke dalam rumah.

Muka Tiara bertukar cemberut. Baru saja dia mahu menikmati pemandangan laut yang terbentang luas itu. Ish! Potong ranting kayu betul Anas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience