Special Chapter

Drama Completed 41674

"Habib.." Tiara merangkul leher suaminya yang sedang menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak membelakangi dirinya.

"Yes häschen? Häschen nak apa?" Soal Anas tanpa mengalihkan matanya dari terus tertancap pada kaca tv. Sayang sungguh nak tinggal bola!

"Takde apa-apa. Saja kacau habib." Tiara mengambil tempat diatas sofa bersebelahan lelaki itu. Bahunya dirangkul Anas lalu sisi kepalanya dikucup sekilas.

"Cinta habib tak?" Gadis itu memutarkan bebola mata. Muak dengan soalan itu. Rasa nak muntah pelangi saja. Dia menyilangkan lengan ke dada.

"Malaslah nak jawab soalan habib. Dah tahu tapi masih nak tanya. Kenapa? Habib ragu-ragu dengan cinta Ara pada habib?" Dia mula membuka topik yang akan mencetuskan perbalahan tetapi Anas bijak mengawal keadaan.

"Habib nak pastikan yang häschen sentiasa cintakan habib je. That's why habib selalu tanya soalan tu. You're my love, dear. Always." Tiara mencebik. Dia memaut pinggang Anas lalu melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu.

"Eleh dulu tak pun. Aku benci kaulah. Kau benci akulah apalah macam-macam." Saja dia ingin memanaskan telinga Anas.

"Dula dan sekarang berbeza häschen. Jangan ungkit kisah lama boleh tak? Habib tak sukalah dengar. Anak-anak mana?" Soal Anas apabila ketiga-tiga orang anaknya itu tidak kelihatan. Biasanya kalau dia sedang menonton tv ada saja tiga beradik kenit itu mengganggunya. Antara gangguannya adalah minta buat susu, main remote tv dan tukar channel, halang dia nak tengok tv, buat bising, menangis, minta dukung, bermain dan melompat-lompat diatas belakang tubuhnya.

"Tengah main dalam bilik games." Anas menghembuskan nafas lega. Bagus! Tiada gangguan.

"Haih lega nampak?" Sindir Tiara setelah telinganya menangkap bunyi hembusan lega yang terbit dari bibir suaminya.

"Mestilah sebab takde gangguan dari ketot-ketot tu semua. See, now habib tengok bola pun dengan senang hati." Tiara tergelak kecil. Tangannya memukul lembut peha lelaki pengarang jantung pencair hatinya itu.

"Apalah habib ni. Anak-anak kita tu. Berkira betul." Anas juga turut tergelak. Dia gembira mendengar ketawa isterinya yang menandakan gadis itu bahagia bersamanya.

"Mom!" Danny melaung memanggil ibunya dari tingkat atas. Malas nak turun bawah katanya.

"Ya ada apa?" Soal Tiara yang sedang bermanja-manjaan bersama suami tercinta. Dia mendongak memandang anak sulungnya yang berada di anak tangga paling atas.

"Ryl nangis sebab Mia tarik rambut Ryl." Tiara mengeluh perlahan. Tarik rambut lagi. Haish nanti dia botakkan juga si Daryl tu biar Damia dah tak boleh tarik tapi lepastu mangsa dia Anas pula. Takkanlah dia nak botakkan Anas juga. Haha cannot brain rupa Anas kalau berkepala botak.

"Hm takpelah, nanti mom suruh dad naik atas jenguk Mia dengan Ryl!" Jerit Tiara. Wajah Anas dipandang lama.

"Okay!" Danny lantas masuk ke dalam bilik games kembali untuk mengawasi kedua-dua adiknya itu.

"Habib tak nak." Belum sempat Tiara ingin membuka mulut, Anas sudah sedia membantah bersama wajah masam. Baru nak senang-lenang, dah ada pengacau. Mia sayang..kenapa suka sangat tarik rambut orang? Rambut sendiri kan ada kenapa tak tarik?

"Alaa habib..Ara penatlah jaga diorang. Kali ni turn habib pula eh jaga diorang?" Rayu Tiara bersama puppy eyes dan bibir dicebik.

Anas yang tidak tahan melihat akan kecomelan wajah isterinya terus bersetuju.

"Ish! Yelah yelah! Suka sangat buat muka macam tu." Dia berdiri dari sofa dan Tiara sudah bersorak riang meraikan kemenangan dalam perlawanan rayu-merayu.

"Kenapa? Comel sangat eh?" Anas memandangnya toya.

"Takdelah, rasa macam nak lempang je dengan tapak kasut kerja habib. Sebijik sejibik macam kambing puasa sebulan." Selamba Anas mengutuk isterinya lalu melangkah pergi naik ke tingkat atas meninggalkan gadis itu yang sedang ternganga.

"Habib jahat!!" Tempik Tiara sambil melemparkan bantal kecil petak yang berada disebelahnya ke arah suaminya tetapi sasarannya tidak mengena bukan kerana lelaki itu mengelak malah tangannya yang sentiasa tidak tepat pada sasaran. Benci!

"Tak dengar tak dengar.." Kata Anas setelah menutup kedua belah telinganya. Kakinya yang panjang itu pantas saja memanjat satu-persatu anak tangga.

"Huh! Kuang ajaq!" Tiara memeluk tubuh seraya mengetap bibir. Tv yang tidak bersalah itu ditenungnya bagaikan ingin tembus saja sampai ke belakang.

.................................

"Okay guys, guess what?" Soal Tasya bersama senyuman dibibir yang tidak mati. Suami disebelah setia disisi. Tasya memanggil semua adik beradiknya untuk berkumpul dirumah Encik Yusuf untuk memberitahu berita gembira pada ahli keluarganya. Taufiq tiada kerana perlu menjalankan tanggungjawabnya di China. Indah bersama si tecik Ikhmal yang menjadi wakil Taufiq.

"Kenapa kak? Ada apa?" Soal Tiara bersama kening yang diangkat. Wajah kakaknya yang berseri-seri dipandang.

Tasya memerhati dahulu wajah-wajah ahli keluarganya yang seakan dipenuhi tanda soal itu sebelum menjawab.

"I'm pregnant!! Already 1 month." Semua yang berada didalam rumah itu memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya wanita itu mengandung setelah beberapa tahun menamatkan status bujangnya.

"Betul ke ni?" Soal Puan Kazimah kurang percaya. Tasya mengangguk pasti.

"Betul umi..Sya baru je buat check up semalam. Abang Zul yang teman. Mula-mula Sya tak percaya juga. Mungkin doktor silap check ke apa ke tapi memang betul. Oh God! I'm so happy." Tasya meluahkan segala rasa gembiranya. Siapa yang tidak gembira jika dapat tahu kita mengandung kan?

"Sya, congrats. I'm happy for you." Ucap Anas bersama senyuman manis. Encik Yusuf bersama Indah dan Zulhilmi hanya dapat tersenyum melihat Tasya yang tidak henti-henti meluahkan rasa gembiranya pada semua.

"So! Kita perlu raikan berita gembira ni dengan pergi picnic. Makanan semua biar Nas yang tanggung. Amacam? Setuju?" Anas mencadangkan idea yang paling bernas buat keluarganya.

"Picnic? Nak dad nak!" Sampuk Danny yang berada diriba Encik Yusuf. Anas mencebik bibir melihat anaknya. Huh! Tak boleh dengar berjalan sikit, terus on.

"Picnic? Hmm boleh juga tapi..tak best lah kalau Abang Fiq takde. Keluarga jadi tak lengkap." Ujar Tiara yang berada disamping suaminya.

"Abang Fiq akan sampai malam ni." Semua pasang mata tertumpu pada Indah yang sedang meriba anaknya, Ikhmal.

"Betul ke Indah?" Soal Encik Yusuf.

"Haah Abang Fiq baru je call masa Indah otw datang sini tadi." Semua mengangguk mengerti.

"Setuju!" Tiara memandang pelik uminya. Bukan dia seorang malah semua.

"Setuju apa umi?" Soalnya bersama kerutan didahi.

"Setuju nak pergi berkelahlah." Semua melepaskan tawa. Teruja betul Puan Kazimah kita ni nak pergi berkelah. Dah lama tak pergi katanya.

................................

Pasangan itu berlari berkejaran dipersisir pantai. Siapa lagi kalau bukan Si Anas bersama Tiara. Anas mengusik isterinya dengan ingin mencemarkan wajah Tiara dengan cream cake. Kebetulan hari itu adalah hari ulang tahun Encik Yusuf yang ke-61 jadi belilah kek.

"Habib!! No lah!!" Tiara ingin melajukan lagi lariannya apabila Anas semakin mendekat.

"Ah takde takde!" Anas memaut pinggang isterinya sebelum sempat gadis itu memecut larian.

Tiara memusingkan tubuhnya mengadap Anas lalu menyembamkan wajahnya didada bidang suaminya untuk menghalang dari mukanya disapu cream cake oleh lelaki itu. Tubuh Anas dipeluk kemas.

Anas tersenyum nakal.

"Häschen.." Panggilnya meleret. Rambut yang menutupi pipi gadis itu diselak ke belakang.

"Habib..tak naklah macam ni.."

"Macam ni yang macam mana tu?" Semakin galak dia mengusik Tiara. Seronok usik-usik orang ni. Cubalah kalau nak tahu.

"Habib!" Tiara memukul dada suaminya. Anas menghamburkan tawanya. Dia cuba mengangkat wajah gadis itu supaya memandangnya tetapi dihalang Tiara.

"Janganlah! Nanti habib sapu krim tu dekat muka Ara. Habis rosak makeup nanti." Tiara menepis tangan suaminya yang ingin memegang dagunya.

"Takdelah, habib saja je nak bergurau. Habib takkan sapulah krim ni dekat muka häshen sebab nanti muka häschen akan bertambah buruk." Kutuk Anas selamba. Tiara mendengus geram. Apa ni main kutuk depan-depan?!

Tiara mendongakkan wajahnya bersama wajah masam mencuka. Muka suaminya ditatap penuh rasa geram.

Anas mencantumkan dahinya dengan dahi Tiara sambil memeluk pinggang gadis itu. Senyuman manis dihadiahkan buat isteri tercinta. Marah Tiara terhadap suaminya hilang serta-merta apabila melihat sentuman itu.

"Janji jangan pernah lari dari habib macam 7 tahun lepas, boleh?" Tiara menjungkitkan bahunya.

"Entah, tengoklah dulu. Kalau habib buat hal lagi, maybe I will do the same thing." Balasnya.

"Do you wanna know a secret, häschen?" Soal Anas sambil merenung sepasang mata cantik kepunyaan gadis dihadapannya.

"What?" Tiara membalas renungan mata suaminya.

"I love you." Dia tersenyum. Hatinya sedang berbunga-bunga setelah menerima bisikan cinta itu.

"And everytime I see you, I fall in love all over again, Mr. Anas Iskandar." Ucapnya lalu mengenyitkan mata buat lelaki itu. Kedua-duanya melepaskan tawa.

Tanpa disedari Tiara, Anas mendekatkan jari telunjuk kanannya yang dicalit sedikit krim kek lalu dicalit pada hidung isterinya. Dengan segera dia mengangkat kaki lari dari situ apabila melihat perubahan mendadak pada air muka isterinya.

"Anas Iskandar!!" Acara berkejar-kejaran kembali berlangsung. Sebentar tadi si lelaki yang mengejar si gadis tetapi kali ini sebaliknya pula.

Aksi mereka diperhati oleh beberapa pasang mata.

"Ara layak untuk bahagia." Ujar si wanita bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Suka dia melihat anaknya yang sedang bergelak ketawa dan berkejaran ditepi pantai bersama suami tercinta itu.

"Ya betul tu umi. Selama ni dia terseksa dan sekarang bagilah dia peluang untuk bahagia dengan suami dia, keluarga dia." Sokong Tasya lalu menggeletek lembut pipi-pipi anak saudaranya, si kembar. Tergelak Daryl dan Damia mungkin berasa geli.

"Eh umi, abah! Tambahlah lagi. Umi abah nak apa? Biar Fiq ambilkan." Taufiq terus menukar topik agar kisah lama tidak dibuka untuk mengelakkan pembaziran airmata berlaku. Kisah yang hitam itu kalau boleh biarlah ia berlalu pergi melayang jauh dari ingatan keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya bersedih lagi kerana itu. Dia inginkan keluarga yang bahagia seperti keluarga yang lain.

Sementara dipersisiran pantai pula..

"Hah! Padan muka!" Kuat Tiara memulas isi lengan suaminya sehingga berkerut-kerut dahi lelaki itu. Menyengat habis siot!

"Aduhh sakitlah häschen! Tak baik tau cubit suami. Nak masuk neraka? Nak?" Tiara menggigit bibir bawahnya. Aduh main neraka-neraka lah pula. Ini den lomah ni.

"Okay okay. I'm sorry okay, habib?" Dia menggosok-gosok tempat pulasannya tadi pada lengan Anas.

"Tak mudah okay habib nak maafkan häschen after what you did to me." Balas Anas. Dahlah cubit dia macam dah tiada hari esok lepastu senang-senang je dia nak maafkan? Memang taklah!

"Then what should I do?" Anas yang sentiasa berotak kuning, mendapat satu idea nakal.

"Make love tonight!" Serentak itu dia terus mendukung isterinya menyebabkan gadis itu terjerit kecil. Dia berpusing-pusing membuatkan Tiara ketawa bahagia.

'I wish I can fly with him.' -Tiara Daneesya

-The End-

########################

Hai guysss!! Sis nak ucapkan terima kasih sangat2 sbb sudi layan cerita Barbie Doll ni. Hope korang suka dan puas hati dgn cerita ni. InsyaAllah kalau sis ada masa, sis akan buat cerita baru plk ^_^ Sis budak bru dlm dunia novel+ ni jdi sis harap korang bleh beri tunjuk ajar pd sis. Sis nk minta maaf kalau ada kekurangan dlm cerita ni trmasuk typo yg suka menyemak -_- Tu je kot yg sis nk bgithu. Apa2 pun korang mmg readers yg terbaik ;p Byeee!!

Share this novel

Zailena Marshid
2021-06-22 05:17:22 

TERBAEK...tak sabar nak baca novel author yg lain...tq author


NovelPlus Premium

The best ads free experience