Chapter 9

Drama Completed 41674

Sudah seminggu perkahwinannya. Walaupun sebumbung tetapi bayangan gadis itu langsung tidak terlintas didepannya.

Bagus juga kerana tidaklah perlu dia melihat wajah yang dibencinya tetapi jika difikirkan kembali apa yang gadis itu lakukan dalam bilik? Gadis itu hanya keluar bila ingin memasak saja itu pun sewaktu ketiadaannya dirumah.

Hari ini dia mengambil cuti untuk merehatkan badannya yang agak lenguh setelah seminggu suntuk bekerja tanpa henti. Pergi kerja pukul 8.30 pagi balik pukul 8 malam. Selepas balik kerja, mandi dan makan terus dia sambung menaip diruangan kerjanya.

Dan hari ini juga dia tidak mahu ketemu dengan mana-mana perempuan sundal yang selalu menggedik dengannya itu.

Dia telah berpesan pada PA nya jika ada mana-mana manusia yang ingin berjumpa dengannya beritahu saja yang dia berada di Jepun sedang menguruskan hotel disana. Dia tidak mahu diganggu saat ini.

Pagi ini dia sengaja bangun awal untuk memerhati pergerakan isterinya.

Tiara yang baru saja keluar dari biliknya terdiam sebentar apabila telinganya menangkap bunyi tv diruang tamu.

'Awalnya dia bangun. Tak pernah pernah pun bangun awal. Tah. Lantak dialah. Malas nak ambil tahu.' Dia berjalan menuju ke dapur tanpa menoleh sedikit pun ke ruang tamu dimana lelaki itu berada.

Anas memerhati Tiara dengan ekor mata. Dia bangun dari sofa dan turut ke dapur. Sengaja dia mencapai gelas dihadapan muka gadis itu yang sedang mencuci beras di singki padahal disebelah kanan gadis itu mempunyai ruang lagi.

Peti sejuk dibuka. Fresh orange juice diambil dan dituangkan ke dalam gelas itu. Selesai minum dia berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Tiara.

Tiara membuat seperti dia seorang saja berada di dapur. Dia mengabaikan segala bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh suaminya.

'Pekak ke tuli budak ni? Nak tercabut anak tekak aku duk berdehem.' Omel Anas dalam hati. Dia mengambil tempat di kerusi kaunter dapur.

Tiara mengambil beberapa ulas bawang merah dan bawang putih lalu dikupas setelah selesainya urusan beras.

"Kau asal mana?" Soal Anas pada Tiara. Well, suami naklah juga tahu pasal isteri.

"Perak." Sepatah Tiara menjawab. Kalau tak dijawab nanti naik angin pula lelaki itu.

"Macam mana boleh tersesat datang sini?" Tiara tidak menjawab soalan sindiran Anas.

"Berapa adik beradik?" Dia menggigit bibir bawahnya. Soalan lelaki itu makin lama makin susah.

"Anak tunggal." Dia perlu menjawab anak tunggal kerana dia sudah tidak mempunyai keluarga lagi.

"Tinggal area ma--" Dia memotong bicara suaminya.

"Saya bukan kaunter jawapan pada semua soalan awak." Anas tersentap sendiri. Itulah, banyak tanya sangat kang tertanggung malu sendiri tetapi untuk menutup malunya, dia bangun dari kerusi lalu berjalan mendekati Tiara.

Rambut gadis itu dicengkam kemudian ditarik kuat. Tiara hanya mampu mengacip gigi. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Kau ni menumpang je dalam rumah ni so tak payah nak berlagak macam 'mem' besar sangat. Sekali aku halau kau dari rumah ni, bawah jambatan tempat tinggal kau. Kau ni kira bernasib baik dapat tinggal dengan orang kaya macam aku. Dengar sini perempuan kampung, kehidupan kau hanya bawah tapak kaki aku. Sekali aku tendang, musnah hidup kau." Anas menunjal kepala Tiara lalu keluar dari rumah itu. Dia memecut laju keretanya menuju ke rumah orang tuanya. Tidak betah lagi duduk bersama gadis itu lama-lama.

Tiara membasuh tangannya. Air dari paip singki yang turun selaju airmatanya. Dia terduduk dilantai bersandarkan dinding dapur. Wajahnya ditekup.

'Menjaga hati manusia seakan menjaga kerbau jantan yang sedang naik minyak. Sungguh takut dan susah.'

Adakah sampai mati dia terseksa begini? Jika ya biarlah dia mati sekarang kerana dia tidak mahu lagi menanggung derita dan perit. Cukuplah sampai disini saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience