Chapter 14

Drama Completed 41717

Tiara menekan kata laluan untuk memasuki rumah suaminya tetapi..salah? Kenapa salah? Kata laluan ditekan lagi dan buat kali yang kedua juga salah. Jika kali terakhir ini tidak menjadi juga, mungkin suaminya sudah tukar pada kata laluan lain. Tapi kenapa?

Tit(0) tit(3) tit(1) tit(2) tit(0)
Titititit..
Lampu merah pada pemegang pintu bernyala bermakna kata laluannya salah. Sah! Anas sudah mengubahnya. Dia mengemam bibirnya sebentar. Dia perlu mencari hotel bajet untuk menginap malam ini dan malam esok.

Dia mengeluh lemah. Nampak sangat lelaki itu tidak mahu menerima kehadirannya didalam rumah itu. Dia berjalan pergi dari situ.

Anas yang berada didalam rumah itu tersenyum sinis. Dia sengaja menukar kata laluan pintu masuk kerana dia mahu gadis itu merempat dijalanan.

"Huh! Padan muka kau. Sakitkan hati aku sangat tadi." Cerita tembak-menembak yang tv tayangkan ditonton dengan senang hati.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara menilik wajahnya yang telah selesai di makeupkan. Malam itu dia menggayakan gaun berwarna baby pink atau boleh dibahasakan sebagai pink cair. Dirinya kelihatan begitu cute apabila dipadankan dengan warna itu.

Digandingkan pula dengan Mask yang berwarna putih. Cukup membuatkan ramai lelaki cair memandangnya. Secair warna gaunnya.

Aplikasi Grab ditekan untuk menempah kereta sebagai pengangkutannya ke Hotel HQ. Setelah itu dia menangkap beberapa keping gambar dirinya untuk dibuat kenangan.

Galeri ditekan untuk melihat gambar-gambar lamanya. Tiba saja pada sekeping gambar ini, air mukanya langsung berubah.

"Kenapa Lis? Kenapa kau seksa aku macam ni? Kenapa kau sanggup rancang semua ni? Anas abang kau. Kau tak sayang abang kau ke?" Soalnya pada gambar Alis. Dia melepaskan keluhan berat. High heels segera disarung pada kaki. Purse dan telefon pintarnya dibawa bersama.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Anas mengenakan tuxedo pada tubuh tegapnya malam itu. Rambut disapukan gel lalu disikat dan dipacakkan. Minyak wangi yang paling adiknya 'gemari' disembur ke serata badan. Dia perlu cepat kerana dia sudah pun terlambat.

"Baby..you nak pergi mana..?" Rengek seorang perempuan yang berada diatas katil miliknya. Baru bangun tidur.

Ya, sudah 2 hari Anas tidur bersama perempuan. Lain hari, lain perempuan. Itulah prinsip hidupnya.

Anas tersenyum manis pada Fara melalui pantulan cermin.

"I ada event malam ni. Terpaksa tinggalkan you. Takpe kan?" Fara mencebik manja. Tak puas dia 'bersama' lelaki itu tadi. Sekarang, ditinggalkan pula.

"Alaa..I belum puas dengan you." Anas berjalan merapati katil. Dahi gadis itu dikucup sebentar lalu disinggah ke bibir pula.

"Next time okay dear? I'll call you when I was free. I got to go. See you later." Dia melangkah keluar dari biliknya bersama senyuman sinis.

'Huh! Kalau dah bitch tu, bitch jelah sampai mampos.' Gumam Anas. Kunci kereta dicapai lalu dia segera keluar dari rumah apartment miliknya.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara keluar dari grab car itu dengan perasaan sebal. Macam mana tak sebal kalau pakcik tua baka a.k.a driver tu miang semacam dengannya. Macam-macam soalan pakcik tu tanya termasuklah hal peribadi. Naik rimas pula rasanya. Argh! Dia berharap tidak akan berjumpa lagi dengan manusia sebegitu.

Nombor rakan baiknya iaitu Wani didail untuk mengetahui keberadaan gadis itu.

"Hello? Kau dekat mana ni?" Lantas ditanya setelah panggilan diangkat.

"Dalam dewan dah. Kau je yang lambat." Wani yang telah lama berada didalam dewan, mencebik bibir.

"Amboi cepatnya tapi time class ada je alasan kau kan minah? Selalu je lambat." Tiara tersenyum kecil. Sedikit geli hati dengan perangai Wani.

"Hehehe yang tu lain. Ni sebab more excited. Btw, kau dekat mana ni? Dah sampai ke belum? Aku ni daripada tadi lagi duduk jaga tempat kau. Tolong hargai sikit eh,"

"Hahaha thank you intan payung. Aku dah sampai cuma aku ada dekat luar lagi. Saja nak ambil angin malam."

"Kepala hotak kau ambil angin malam. Majlis dah nak start lah gila."

"5 minit lagi aku masuklah. Lek ah." Tiara berpeluk tubuh kerana kedinginan disapa angin malam manakala telefon masih lagi melekat ditelinga.

"Ish suka hatilah! Bye!"

Tutt..
Tiara mencebik sambil mengangkat bahu. Emo semacam je budak ni dah kenapa? Period ke?

Sebuah kereta Range Rover kelabu yang berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk hotel menarik perhatiannya yang sedang bergoyang kaki duduk dibangku ditaman mini hotel.

"Macam kenal kereta tu tapi..siapa eh?" Kepalanya yang tidak gatal digaru. Gerangan yang keluar dari kereta mewah itu menyentakkan dirinya.

"Dia pun?" Dia sedikit ternganga. Lelaki itu pun diundang ke majlis ini juga ke? Dari atas hingga bawah dia memerhati Anas. Kacak!

Anas yang berasa dirinya diperhati dari jauh, terus dia memaling muka pada sang pemerhati dirinya itu. Dia terpukau melihat keindahan itu walaupun agak jauh. Tak berapa jauh sangat pun. Hanya beberapa meter sahaja darinya.

Matanya yang bertembung dengan anak mata gadis itu membuatkan dirinya tertanya-tanya, siapakah gadis yang memakai mask itu? Dia mahu mendekati gadis itu namun dirinya dipanggil seseorang.

"Yes?"

"Jom saya hantar Tuan Anas ke dalam?" Anas mencebik dalam hati. Cehh cakap jelah yang kau nak halau aku masuk dalam cepat-cepat kan? Eh? Ada ke orang halau masuk? Orang halau keluar adalah. Haha bodoh kau rupanya Anas.

"Okay." Niatnya yang ingin berjumpa dengan gadis yang telah memukau pandangannya itu terbantut terus. Dia berjalan masuk ke dalam dewan hotel bersama orang yang menegurnya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience