Chapter 26

Drama Completed 41609

Pasangan itu mengambil tempat dihadapan seorang wanita cina yang mungkin dalam lingkungan 50an.

Sempat Tiara berjabat tangan dengan wanita itu sambil tersenyum manis sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi. Mereka sekarang berada di dalam sebuah cafe cina.

"I nak you pulangkan balik duit I. I dah tak nak bekerjasama lagi dengan syarikat you." Kata wanita cina itu. Anas merenung lama kliennya sebelum membuka bicara.

"Beri pada I seribu satu sebab kenapa you tak nak bekerjasama lagi dengan my company?" Siu Lin tersenyum sinis pada Anas membuatkan hati jejaka itu bertambah panas.

"Buat apa I nak bekerjasama lagi dengan company you sedangkan company you dah pun nak bankrupt? Nanti tak pasal pasal company I pun bankrupt." Angkuh wanita berbangsa cina itu berkata. Anas mengerutkan keningnya.

"Bankrupt? Siapa kata company I dah nak bankrupt? You jangan nak karang cerita eh!" Jejaka itu sedikit menengking. Siapa saja yang tak marah jika ada yang memandai kata syarikatnya akan muflis.

"Huh! You tinggal dalam hutan ke Anas sampai berita semasa pun tak tahu? Patutlah syarikat pun nak bankrupt sebab isu semasa lambat sampai." Sindir Siu Lin.

Tiara yang melihat suaminya seperti ingin meletup terus digenggam tangan lelaki itu yang berada dibawah meja.

Wanita cina itu melemparkan surat khabar diatas meja makan.

'Anas Iskandar, jejaka jutawan ingin muflis kerana tidak pandai menguruskan kewangan.'

Setelah membaca tajuk akhbar itu, Anas lantas menggumpal surat khabar itu. Sabarnya masih lagi boleh ditahan kerana genggaman semangat dari isterinya.

"You nak tarik diri kan? It's okay. Aku pun tak hadaplah nak bekerjasama dengan pompuan cina yang banyak songeh macam kau ni!" Anas memulangkan kembali duit clientnya dengan menulis cek 5 juta lalu diserah pada Siu Lin. Tangan isterinya ditarik keluar dari kafe itu.

Pintu kereta dibuka kasar dan menolak tubuh isterinya supaya masuk ke dalam kemudian pintu ditutup. Dia mengambil tempatnya dibahagian pemandu. Kereta Range Rover kelabu miliknya dipecut laju setelah kaca mata hitam dipakai.

Tidak lama kemudian Tiara terdengar bunyi jejaka sebelahnya sedut hingus. Eh? Selsema ke?

Tiara pulas nombor pendingin hawa dari 3 ke 1. Mungkin lelaki itu rasa terlalu sejuk tapi malas nak perlahankan suhu aircond.

"Kenapa perlahankan? Aku tengah panas ni!" Marah Anas pada isterinya yang tiba-tiba memperlahankan suhu aircond.

"Kalau panas kenapa selsema?" Hairan Tiara dengan suaminya. Macam mana boleh selsema kalau tengah panas? Tak ke pelik tu.

"Mana ada aku selsema. Aku menangislah! Ni, tengok ni!" Anas membuka kaca mata hitamnya lalu ditunjukkan pada Tiara mata bengkaknya.

Tiara tergelak melihat mata suaminya yang basah dek airmata. Luaran lelaki itu tampak saja tegas tetapi dalamannya begitu sensitif. Hailah manja betul. Dia teringat kembali beberapa bulan yang lepas sewaktu suaminya sedang demam. Manjaaa sangat sangat. Rasa nak lempang pun ada.

"Gelak lagi aku tenyeh kau masuk dalam perut bumi." Amaran tegas suaminya membuatkan dia tidak dapat berhenti menghamburkan tawa.

"Tiara stop it!" Tajam Anas menjeling isterinya. Menyesal cakap yang dia menangis.

"Okay okay sorry." Tiara mengemam bibirnya untuk menahan gelak. Tisu ditarik lalu dilap sisa-sisa airmata suaminya plus hingus sekali.

Setelah lama tidak bersuara, Tiara membuka soalan pada suaminya.

"Kita nak pergi mana ni?" Soalnya pelik. Jalan yang mereka lalui itu bukannya jalan balik ke hotel tetapi melencong ke lain.

"Jalan jalan. Hari ni aku tak nak masuk office. Ada faham?"

"Habistu saya? Encik Anas jangan, saya tak nak makan gaji buta." Kalut Tiara berkata.

"Apanya gaji buta? Hari ni kalau kira kau cuti tanpa gaji." Tiara mencebik. Gaji bulanannya yang RM3000 mungkin akan dipotong sebanyak RM100.

Anas memusingkan stereng kereta ke kiri memasuki perkarangan sebuah pusat membeli-belah.

"Kita buat apa dekat sini?" Soal Tiara yang tidak tahu apa-apa.

"Pergi mandi. Jom." Jawab Anas sarkastik. Jejaka itu keluar dari perut kereta lalu meninggalkan Tiara keseorangan. Gadis itu dengan lemah melangkah keluar dari kereta. Dia mengikut langkah laju suaminya masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.

Masuk saja ke tempat itu, mata Tiara tertancap pada sebuah kedai pakaian bayi. Dirinya seperti ditarik saja untuk masuk ke kedai itu.

Banyak baju bayi yang boleh merambangkan matanya. Walaupun kandungannya masih muda tetapi dia begitu semangat sekali untuk membeli baju kepada bakal anaknya. Senyuman lebar sentiasa mekar dibibir merah bak delimanya sewaktu sedang memilih pakaian bayi.

.........................

"Kau ada nak beli apa-apa ke?" Soal Anas pada isterinya yang berada dibelakang namun tiada sahutan. Dahi dikerutkan lalu pandangannya beralih ke belakang. Tiada? Mana isterinya menghilang?

Nombor Tiara didail segera.

"Kau dekat mana?"

"Err..dekat Guardians. Beli pencuci muka. Kenapa?"

" 'Kenapa' kau tanya? Kau tahu tak yang aku ingatkan tadi kau dah kena kidnap? Ish! Menyusahkanlah bawa kau ni. Ergh! Tunggu dekat situ. Nanti aku datang." Anas menamatkan panggilan lalu membawa langkah ke Guardians.

Berasa panas hati pula dia pada isterinya.

.........................

Tiara dari kedai pakaian bayi melangkah ke Guardians. Dia terpaksa menipu suaminya yang dia pergi ke Guardians untuk membeli pencuci muka walhal dia ke kedai pakaian bayi. Dia tidak mahu suaminya syak sesuatu.

Sebelum dia keluar dari kedai pakaian bayi, sempat dia membeli beberapa helai baju dan seluar untuk bakal anaknya.

Hatinya menjadi sayu apabila teringatkan ayat 'menyusahkanlah bawa kau ni' dari suaminya. Dirinya ini memang selalu menyusahkan orang ke? Jika ya, dia mahu pergi dari hidup semua orang. Dia tidak mahu menyeksakan hidup orang lain lagi cukuplah waktu dia berumur 7 tahun dulu.

Airmata yang ingin jatuh menitik segera dihapuskan. Sebak didada menahan rasa pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience