Chapter 1

Drama Completed 41674

Dia yang sedang menyapu sampah didalam biliknya tiba-tiba disergah uminya.

"Kau menyundal apa dalam bilik ni hah? Aku panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak! Kau pekak ke?" Tiara mengeluh kecil. Sisa habuk disapu ke penjuru bilik. Penyapu disandar ke dinding kayu biliknya.

"Maaf umi, Ara tak dengar. Kenapa umi panggil Ara?" Puan Kazimah merenung tajam anak yang dibencinya.

"Sah pekak! Aku suruh kau cuci baju dekat belakang rumah lah sial! Cepat!" Rambut Tiara yang paras pinggang dicapai kemudian ditarik kasar oleh Puan Kazimah.

Tiara hanya menggigit bibir bawah tidak mampu untuk melawan uminya lagipun tiada guna juga jika melawan. Makin cari penyakit adalah.

Dia melangkah ke dapur. Pintu belakang dibuka. Tiga bakul kain kotor menjadi tatapannya setiap minggu. Dari kecil lagi pekerjaan sambilan ini dilakukannya malah sudah muak. Mesin basuh ada tetapi tidak digunakan kerana abahnya tidak mahu membazir elektrik.

Tiara dari golongan keluarga yang sederhana. Apa-apa yang melibatkan elektrik perlu dijimatkan. Bil elektrik bulanan rumahnya sentiasa percuma kerana tidak melebihi dari RM20. Manakala sumber air dari telaga.

"Ara!! Jangan lupa kemas rumah juga! Aku nak keluar!" Laung Puan Kazimah dari dalam rumah.

"Ya umi!" Tiara turut melaung memberi respon.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Lelaki itu melirik manja pada seorang gadis seksi dihadapannya. Senyuman nakal terbentuk dibibirnya.

"Come to me baby." Jari telunjuk jejaka itu digerak-gerakkan supaya gadis itu mendekatinya.

Dengan lenggok menggoda Fazira mendekati jejaka idamannya sejak sekolah menengah lagi. Baju kot Anas ditanggalkan lalu dibuang ke lantai. Dada bidang milik Anas ditolak terus lelaki itu jatuh terduduk diatas katil. Bibir mereka bertaut lama kemudian melayari kisah mereka pada malam itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Pagi itu Tiara bersiap-siap untuk pergi ke kelas tarian dan ke kerja. Dia keluar dari biliknya. Dia berjalan ke arah umi dan abahnya yang sedang menonton tv diruang tamu.

"Umi abah, Ara nak keluar pergi kerja dulu." Dia menghulurkan tangan pada Encik Yusuf untuk bersalam namun abahnya hanya berdiam diri menonton cerita bersama Puan Kazimah.

Tiara menghulurkan tangan pada uminya pula tetapi juga tiada respon. Dia diibaratkan seperti tidak wujud didepan mata semua orang. Keluhan kecil dilepaskan.

"Ara pergi dulu. Assalamualaikum." Kakinya mula menjejak tangga kayu rumah. Selipar jepun disarung pada sepasang kakinya yang putih bersih.

Dia berjalan kaki pergi ke pekan yang terletak 1.5km dari rumah. Telefon pintar berjenama Samsung J2 Prime pemberian abang tersayang diambil dari dalam poket seluarnya. Nombor Alis didail.

"Lis, kau dekat mana?"

"Aku dekat rumah lagi ni, tengah makan dengan family kebetulan abang aku pun baru balik dari U.S so kitorang kena spend time lama sikit. Kau dah sampai ke?"

"Belum sampai lagi. Sorry lah kalau aku mengganggu kau." Soalnya. Risau juga jika dia telah mengganggu masa berehat gadis itu.

"Eh takpe takpe! Aku okay je." Gerangan dihujung talian sana langsung tidak kesah.

"Takpelah, aku end call dulu. Apa-apa terus call aku eh?"

"Alraight sis!"

Tiara menamatkan panggilan. Dia sebenarnya terlalu cemburu dengan keluarga rakan baiknya kerana selalu memanjakan Alis. Dia? Dari kecil lagi tidak cukup kasih sayang.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Adik, siapa call? Boyfriend?" Soal abang Alis yang sentiasa busybody.

"Ish abang long ni! Suka sangat nak menyibuk! Mommy daddy tengoklah abang long ni!" Tan sri Hamid dengan puan sri Helina hanya mampu menggeleng melihat kemanjaan anak bongsu mereka dan kenakalan anak sulung mereka.

"Anas, hotel dekat sana macam mana? Okay tak?" Anas mengangguk sambil menyisip teh panas sebagai jawapan daddynya.

"Malam ni kita keluar. Dah lama kita tak spend time together." Puan Sri Helina membuka mulut sementara mata memerhati anak terunanya walaupun sudah tidak teruna.

"Alaa mom..Aba--"

"No excuse! Lagipun dah 6 tahun abang long tak balik. Cuba jawab mommy, siapa je yang tak rindu? Adik pun rindu. Kan adik kan?" Alis memandang mommynya lalu menggeleng.

"Tak kuasa nak rindu abang long. Baik adik rindu Neesya yang cantik lagi jelita tu." Alis membalas.

"Neesya? Who's Neesya?" Pantang dengar nama perempuan, terus disampuk Anas.

"Tak payah nak tahu. None of your business. Mom, adik pergi class dulu. Around 5 adik balik. Bye! Assalamualaikum mom,dad and you also bang long." Tanpa bersalam, Alis terus pergi begitu saja. Bukan dia nak kurang ajar tapi dia terlupa sebab Alis ini agak pelupa sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience