Chapter 45

Drama Completed 41674

Tok tok tok!
Tiara mengetuk pintu ruangan kerja Chief Executive Officer sambil memegang sekeping sampul surat putih.

"Masuk!" Pintu dikuak apabila menerima arahan masuk. Dia mendekati meja kerja Anas.

"Tiara? Err..duduklah." Anas agak terperanjat melihat isterinya yang tiba-tiba saja masuk ke ruangan kerjanya. Ada hal apa gadis itu ingin berjumpanya sedangkan dirumah pun selalu jumpa?

"Takpe, sekejap je ni. Erm..saya datang ni sebab erm nak serah ni pada Encik Anas." Tiara meletakkan sampul surat itu diatas meja Anas lalu ditolak pada jejaka itu.

Anas mencapainya dan segera dibuka sampul itu. Isinya dibaca.

"Nak berhenti kerja sebab terima tawaran kerja dekat tempat lain? Apa ni Tiara Daneesya?" Soalnya tidak percaya.

"Saya--" Dia memitas bicara isterinya.

"Asal? Gaji yang yang aku bagi dekat kau sebelum ni tak cukup ke? Nak suruh aku tambah lagi? Berapa? Kau bagitahu aku! Lima ribu? Sepuluh ribu? Tell me Tiara! How much do you want?" Tiara mengambil nafas lalu dihembus. Cuba mencari kekuatan. Dia menggeleng.

"Bukan. Bukan itu yang saya nak. Saya hanya nak--" Bicaranya terhenti apabila Anas melempar suratnya tepat kena di mukanya. Dia agak terasa hati dengan perbuatan suaminya.

"Dah, cukup. Kau tak payah nak explain apa-apa pun dekat aku sebab aku takkan terima surat berhenti kerja kau. Angkat kaki then blah." Anas memusingkan kerusi pejabatnya membelakangi Tiara tanda dia tidak mahu melayan gadis itu.

"Encik Anas please? Sa--"

"Keluar." Anas menyabarkan diri agar tidak melenting. Tiara berjalan menghampiri tempat duduk jejaka itu. Dia tidak mahu berputus asa.

"Awak please..?" Anas sedikit pun tidak memandang wajah isterinya yang berada disebelahnya.

"Awak..I'm begging you. Tolonglah.." Tiara mengambil tangan kiri suaminya lalu digenggam dengan kedua belah tangannya. Dia betul-betul merayu pada lelaki itu.

"Okay tapi ada syarat." Dia sudah menarik sengihan lebar.

"Apa syaratnya?"

"Tinggal di rumah aku selamanya." Terus mati sengihannya. Kalau macam tu makin rumit dia untuk tinggalkan negara ini.

"Err..takde syarat lain ke?" Anas menggelengkan kepala.

"Itu je. Tak nak ikut sudah. Aku kira sampai tiga."

"Satu.."

Tiara menggigit bibir bawahnya.

"Satu setengah.."

Dahinya berkerut. Eh? Satu setengah pun ada?

"Dua.."

Dia masih lagi berkira.

"Dua setengah.."

"Okay saya terima syarat awak." Dia terpaksa menerima syarat lelaki itu kerana masa telah suntuk.

Anas menyimpan senyum. Akhirnya.

"Syarat tu start hari ni so thats mean balik kerja ni dan sampailah bila-bila kau kena tinggal dirumah aku. Segala barang kau yang dekat rumah sewa kau tu nanti aku suruh Iqbal yang punggahkan. Balik kerja nanti juga kau kena balik dengan aku dan kereta kau tu aku akan suruh kawan aku yang hantarkan. Deal?" Dengan payah Tiara mengangguk.

"Deal."

................................

Malam itu selepas solat Isyak, Anasmengajak isterinya keluar ke kawasan yang lapang untuk menyaksikan keindahan malam Syawal.

Pom pom pom!
Bunyi mercun yang meletup dilangit dan mengeluarkan cahaya pelbagai warna telah menerangkan langit yang gelap itu.

Tiara menarik senyuman lebar. Itu pertama kali dilihatnya keindahan itu dikawasan yang lapang. Di kampungnya agak sedikit susah untuk melihat semua ini kerana dilindungi dengan pokok-pokok.

"Suka?" Soal Anas yang berada disamping isterinya. Tiara mengangguk sambil memandang langit. Mereka sekarang duduk memeluk lutut diatas rumput.

Anas memerhati wajah ceria isterinya dari sisi. Sungguh, dia tidak mahu kehilangan gadis yang telah bertakhta dihatinya ini.

Dulu dirinya yang begitu jahil dan tidak mengenal Allah telah berubah seratus-peratus kerana gadis ini. Peristiwa yang dia terlihat isterinya yang solat dirumah opah beberapa minggu yang lalu telah berjaya mengubah cara hidupnya.

Dia berusaha meng google cara-cara mengambil wudhuk dan cara-cara menunaikan solat fardhu dan tidak lupa juga cara untuk mandi wajib kerana sebelum ini setelah dia membuat kerja terkutuk itu, dia tidak pernah mandi wajib.

Dia sangat bersyukur kepada Allah kerana telah dikurniakan isteri yang sebaik ini padanya. Dia amat mengesali perbuatan kejamnya yang telah dilakukan pada gadis ini. Hatinya terlalu busuk, hitam dan kelam. Airmata yang ingin tumpah segera dikesat.

"Erm..kerja apa je yang kau apply tu?" Soalnya. Tiara berpaling melihat suaminya sekilas.

"Model." Jawabnya jujur. Dia telah diminta untuk temuduga di New York. Kerja sebagai model ini sudah lama dipohonnya, sejak tahun lepas lagi kerana dia yakin yang dirinya mempunyai ciri-ciri sebagai seorang model.

"Model?" Anas tidak menafikan yang isterinya memang lengkap dengan ciri-ciri model. Cantik, tinggi dan langsing. Perfect!

"Haah."

"Dekat mana? Harap-harap bukan dekat luar negaralah." Tidak sanggup dia untuk berjauhan dengan isteri tercinta.

"Kalau luar negara macam mana?" Tanya Tiara saja nak berbasa-basi.

"Memang taklah aku izinkan!" Dia ketawa perlahan melihat muka masam Anas.

"Eh! Kau duduk sini kejap tau? Aku nak pergi beli bunga api. Rugi tak main." Dia mengangguk setelah itu Anas melangkah pergi ke arah sebuah khemah yang menjual pelbagai bentuk mercun dan bunga api.

Pom!
"Oh mak kau jatuh meletup!" Latah Tiara terkejut dengan mercun yang meletup kuat itu. Budak bertuah manalah yang pasang mercun bola tu? Nak tergugur rasa jantungnya.

Tidak lupa juga Anas yang sedang membeli bunga api.

"Oh mak kau meletup!" Latah lelaki itu juga terkejut dengan bunyi mercun bola yang membingitkan telinga itu. Dia menyumpah seranah didalam hati pada gerangan yang meletupkan mercun itu.

"Pakcik! Mercun bola ada lagi tak? Dah habis saya main tadi." Soal seseorang disebelahnya pada seorang pakcik, jurujual kepada mercun dan bunga api.

Anas berpaling ke kirinya. Bibirnya diketap geram setelah mendapat tahu siapa gerangan itu.

"Oh jadi kaulah yang letupkan mercun bola tadi? Apa ke setan sangat perangai ni?" Marahnya pada Iqbal. Ya, Iqbal lah lelaki yang sungguh bertuah kerana telah memasang mercun bola malam itu.

Iqbal menoleh memandang gerangan yang sedang bercakap dengannya.

"Eh? Kau rupanya. Ingatkan jebon mana yang bercakap dengan aku tadi. Hehe" Dengan muka yang tidak bersalah Iqbal tayangkan pada rakannya.

"Kau..kalau pasang mercun bola lagi, 14 aku kerat kau. I swear." Anas menajamkan mata melihat Iqbal yang sedang tersengih.

"Hehe tak tak. Dah tak main mercun bola dah." Iqbal menggeleng tidak mahu. Anas menjeling Iqbal sekilas lalu membayar barang yang diambilnya tadi.

"Kau datang dengan siapa?" Soal Iqbal ingin tahu.

"Tiara. Kau?"

"Dengan member of course!" Mereka berjalan mendekati Tiara yang sedang merakam detik-detik suasana malam itu.

"Weh Bal, aku nak minta tolong ni." Iqbal mengangkat kedua belah keningnya.

"Tolong aku ambil gambar candid Tiara masa dia main bunga api ni nanti tak pun rakam je dia. Nah, guna fon aku." Anas menyerahkan telefonnya pada rakannya.

Iqbal memandang Anas tidak percaya.

"Kau.." Anas lantas mengangguk. Dia sudah tahu apa yang bakal Iqbal tanya.

"Oh gosh! Tak sangka doh!" Anas memutarkan bebola matanya. Menyampah.

"Kau ambil gambar dia eh? Thanks! Muah!" Dia membuat flying kiss pada Iqbal kemudian berlari anak ke arah isterinya.

"Eee geli aku." Iqbal membuat gaya geli.

Anas mencuit bahu isterinya sambil melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Pemetik api dibawa keluar dari dalam poket baju tshirt yang dipakainya.

"Pergilah main." Suruhnya sambil menghulurkan dua pucuk bunga api yang telah dinyalakan api pada isterinya.

Tiara yang teruja itu terus mengambil kedua pucuk bunga api itu dari suaminya kemudian dia berdiri.

Dia buat kawasan yang lapang itu seperti dunia dia seorang saja. Menari dengan bunga api yang mengeluarkan cahaya pelbagai warna itu antara aksinya yang memukau pandangan orang ramai termasuk Iqbal dan Anas.

Tiara berdiri menggunakan hujung flat shoes nya lalu berpusing-pusing sambil mengangkat kedua belah tangannya yang memegang bunga api ke udara.

Dia mahu melupakan semua kesakitan yang dia alami sebelum ini dan dia juga telah memaafkan semua orang yang pernah melukakan fizikal dan mentalnya. Allahu. Terlalu mudah dirinya memaafkan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience