Chapter 6

Drama Completed 41674

Tiara dapat menarik nafas lega. Jantungnya juga sudah berdegup normal setelah selesainya membuat persembahan piano tadi. Dia kembali duduk ditempat asal.

Dia buat-buat sibuk bermain telefonnya apabila dia perasan ada banyak pasang mata yang sedang memerhati dirinya. Malu,marah,suka semuanya dia rasa.

Sewaktu pulang, dia menunggu pemandu Alis ditempat yang agak tersorok kerana dia mahu menenangkan diri seketika. Dia duduk diatas bangku dan dua belah kakinya dinaikkan ke atas bangku itu.

Lututnya dirapatkan ke dada lalu mukanya disembamkan ke lutut. Dia berasa amat tenang saat itu berbanding dirumah yang seperti berada didalam neraka kecil.

'Ya Allah..bantulah aku untuk jalani seksa hidup ini.'

¤¤¤¤¤¤¤¤

Dia membaiki cadar katilnya seusai mandi pagi dan memakai baju. Pintu biliknya dibuka seseorang dari luar.

"Weh, tengah hari nanti ada orang nak datang meminang kau. Anak saudara jiran sebelah." Kerjanya automatik terhenti. Biar betul apa yang dikatakan kakaknya?

"Betul ke kak?" Tasya mengangkat bahunya bersama muka yang malas.

"Kalau tak percaya sangat pergi tanya umi dengan abah." Balas Tasya lalu segera keluar dari bilik adiknya.

Tiara terduduk diatas katilnya. Wajahnya ditekup dengan tapak tangan. Iman. Jadi inilah kejutan yang dikatakan lelaki itu 2 hari lepas? Dia tak percaya. Sangat sangat tak percaya.

Dia mengangkat muka. Matanya terus terpandang almari baju yang bertentangan dengannya kemudian dia memandang pula tingkap bilik.

Dia nekad untuk lari dari rumah dan kampung ini. Ya! Nekad. Dia sudah tidak tahan lagi dengan seksaan-seksaan yang dikenakan ke atas dirinya.

Almari baju lantas dibuka. Beg bajunya dibawa keluar bersama semua pakaiannya kemudian diletakkan ke dalam beg dan dizipkan.

Telefon pintarnya dicapai lalu mendail nombor Alis untuk meminta bantuan dari gadis itu.

"Angkat angkat please angkat Alis! Hello Lis?"

"Ya? Asal ni weh? Kalut semacam je ni."

"Aku perlukan bantuan kau. Aku nak lari dari rumah ni. Aku dah tak tahan."

"Wo wo relax. Okay okay aku boleh tolong kau. Kau boleh datang apartment aku. Nanti aku send location. Lepastu cerita dekat aku apa yang dah jadi okay?"

"Okay thank you Alis."

"No problem." Tiara mematikan panggilan. Tingkap bilik yang sudah terbuka itu didekatinya. Kiri kanan luar rumah diperhati. Yes! Line clear.

Dia mencampakkan beg pakaiannya ke tanah lalu dirinya terjun ke bawah.

"Aw aw!" Agak senak juga tapak kakinya kerana mendarat diatas tanah yang mempunyai batu-batu kecil. Dia berlari anak ke tangga rumah untuk mengambil seliparnya.

Selipar disarung dikaki lalu dia berlari bersama beg pakaiannya keluar dari kampung itu. Sampai dijalan besar, dia menahan sebuah teksi. Dia memberitahu destinasinya pada pemandu teksi itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Alis telah merancang sesuatu buat rakan karibnya. Dia terpaksa. Dia tidak mahu abangnya berkahwin dengan gadis-gadis yang suka melepak dikelab malam itu. Dia mahu gadis yang seperti Tiara yang menjadi kakak iparnya.

Apartment yang rakannya akan pergi itu sebenarnya bukan yang miliknya tetapi kepunyaan Anas Iskandar, abangnya. Kebetulan jejaka itu tidak ke mana-mana hari ini.

Apabila Tiara sampai dan masuk ke dalam apartment itu, Jabatan Agama Islam akan sampai kemudian menangkap abangnya dan Tiara untuk dikahwinkan. Itulah rancangannya.

'Aku minta maaf Neesya. I'm so so sorry.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience