Chapter 37

Drama Completed 41674

"Arghh!!" Anas menyeringai apabila tembakan anak buah Fazira tersasar dibahu kirinya. Dengan sisa tenaga yang masih ada, dia melepaskan dua das tembakan pada kedua anak buah musuhnya. Seorang tepat dikepala dan seorang lagi tepat dijantung. Mati.

"Weh! Kau okay tak?" Soal Iqbal kalut apabila terdengar erangan Anas.

"Bahu aku sakit.." Anas memegang bahunya yang sudah mengalirkan banyak cecair pekat merah.

"Weh! Blah blah! Aku dah pasang dua butir bom dalam rumah dia." Jerit Wan, orang yang dicari-cari Anas semasa di Kelantan.

Iqbal membantu rakannya untuk bangun. Dengan langkah yang laju mereka bertiga keluar dari kawasan rumah milik Fazira.

Enjin kereta dipanaskan lalu kereta itu dipecut laju oleh Wan. Tidak sampai seminit, rumah Fazira sudah meletup dan dijilat api.

Anas berpaling ke belakang. Kelihatan dari jauh rumah perempuan yang paling dibencinya itu sudah disambar api. Satu senyuman sinis terukir dibibirnya. Selepas ini dia sudah dapat hidup dengan aman.

"Malam ni juga kita balik Kelantan." Katanya pada Wan yang sedang memandu.

"Aku okay je tapi sebelum tu kita pergi klinik. Rawat luka kau." Balas Iqbal yang berada ditempat duduk sebelah pemandu manakala dia berada dibelakang.

"No! Balik sana terus." Tegas dia berkata membuatkan Iqbal terdiam. Sudah 12 hari dia meninggalkan isterinya bersama opah. Rindu pada gadis itu makin membuak-buak.

Tanpa sedar, bibirnya menguntumkan senyuman kecil.

................................

Tiara tersedar dari lena. Jam digital ditelefonnya sudah memaparkan pada pukul 3.15 pagi. Alang-alang dah bangun tu, dia pergi ke dapur untuk mengeluarkan ikan dari freezer.

Masuk hari ini, sudah 3 hari dia berpuasa penuh. Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa lagi perkara yang tidak diingini berlaku seperti sakit perut sebab tak makan.

Selesai tanak nasi, dia ke ruang tamu untuk menonton tv. Tidak lama kemudian telinganya menangkap bunyi deruman enjin kereta dihadapan rumah.

Dia mengintai ditingkap yang hanya berada disebelah pintu rumah. Dua orang jejaka keluar dari kereta. Senyumannya lebar apabila terpandang pada wajah suaminya.

Pintu segera dibuka. Senyuman yang lebar tadi perlahan mengendur. Terdapat banyak kesan darah dibahu baju Anas.

"Awak kenapa--" Soalan yang ingin diajunya mati apabila jejaka itu tiba-tiba memeluknya dimuka pintu.

"Jangan banyak tanya. Aku tak larat nak bercakap." Iqbal yang berada dibelakang Anas memutarkan bebola mata. Naik menyampah pula dia dengan rakannya.

Dia dahlah tengah penat. Kalau boleh nak masuk dalam bilik cepat-cepat tapi ada pula drama tak berbayar disitu telah meyekatnya untuk masuk ke dalam rumah.

Dia berpaling ke belakang untuk memanggil Wan masuk. Dahi ditepuk. Lupa pula yang dia sudah menghantar Wan pulang tadi.

"Lama lagi ke nak buat drama depan pintu ni?" Sindirnya pada pasangan itu. Penat doh!

"Diam ah kau! Nak masuk cepat, guna pintu dapur." Anas meleraikan pelukan kemudian pinggang isterinya pula dipeluk dari tepi dan diheret masuk ke dalam bilik.

Tiara menanggalkan tshirt yang suaminya pakai secara perlahan. Risau jika terkena pada luka jejaka itu.

Dia agak terkejut melihat peluru yang masih lagi terletak elok dibahu Anas. Mujur tidak dalam sangat.

"Kenapa tak pergi klinik tak pun hospital? Nasib baik darah awak ni berhenti mengalir. Awak ni selalu je buat saya risau." Bebelan ringkas dari Tiara.

"Buat apa pergi sana? Dahlah service diorang kena bayar. Baik service kau pula yang free." Tiara menggelengkan kepala. Susah bercakap dengan orang keras kepala ni.

Dia keluar dari bilik mengambil barang yang diperlukan untuk merawat luka suaminya kemudian masuk dalam bilik kembali.

"Tahan sikit. Saya nak keluarkan peluru ni. Service dekat sini takde ubat penahan sakit." Katanya yang sengaja diselitkan sedikit sindiran. Anas mencebik bibir.

Dua ibu jari Tiara memicit-micit kulit bahu lelaki itu untuk menolak peluru keluar. Seperti sedang memicit jerawat besar pun ada. Anas hanya dapat mengetap bibir menahan sakit.

Setelah peluru itu berjaya keluar, Tiara membuang peluru yang melekat darah itu ke dalam plastik.

"Awak, tahan banyak sikit. Saya nak lap darah awak lepastu sapu ubat. Mungkin awak akan rasa sakit lebih." Pesannya sambil tangan sedang membasahkan tuala kecil kemudian diperah.

Dengan lembut dia mengelap darah yang sudah kering disekitar luka dibahu Anas. Kemudian dia menyapu ubat pemati kuman diluka suaminya supaya luka itu tidak menjadi gatal.

"Aw aw please be gentle, my girl.." Dahi Anas berkerut kerana menanggung sakit yang teramat.

"Sorry." Tiara menggigit hujung bibir bawahnya. Rasa bersalah menggunung dalam dirinya. Anas terpaksa menanggung sakit kerana dia.

"No, it's okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience