Chapter 24

Drama Completed 41717

"Esya!" Meja ditepuk dan nama dilaung menyentakkan lamunan Tiara yang sedang mengimbau kenangan pahit pada 16 tahun dahulu. Tipu kalau dia tidak mengingati kenangan yang dimana permulaan dirinya dibenci keluarga sampai sekarang.

"Hah ya? Ada apa?" Soal Tiara yang blur tiba-tiba saja namanya diseru Sofia.

"Ish! You termenung apa tu? Dari tadi lagi I panggil you!" Tiara tayang sengih.

"Asal you panggil I?" Sofia memutarkan bebola mata melihat muka tak bersalah rakannya.

"Dah waktu lunch ni. You nak lunch dekat mana?" Tiara menggeleng perlahan. Dia tiada selera nak makan tambahan pula deria rasanya sudah hilang akibat batuk. Sudah dua hari dia mengalami batuk dan selsema. Penutup muka setiap hari dipakainya.

"I takde selera nak makan. You lunch lah dengan Bella, Syira, Liza semua tu. I nak rest je dekat sini. Kepala rasa berat sangat. Sorry eh?" Mata dikerdip-kerdipkan comel.

"I nak tanya you ni. You telan ubat tak sebenarnya?" Pelik Sofia melihat rakannya yang batuk dan selsema makin menjadi-jadi.

Tiara terkelu lidah. Dia sudah terkantoi dengan rakannya bahawa dia tidak menelan sebutir pun ubat sepanjang penyakitnya mendatang.

"Kalau senyap macam ni mesti tak telan. Ish! Apa nak jadilah dia ni! Tunggulah kejap. Nanti I belikan ubat dengan makanan untuk you. Kalau you tak makan, siaplah!" Sofia meluaskan matanya tajam menikam mata Tiara. Gadis itu mencebik.

"Okay."

...............................

Tiara mengangkat panggilan yang dia sendiri tidak kenalpasti.

"Hello?"

"Are you Esya who is a dancer?" Sapaan pemanggil itu terus pada soalan.

"Yes I am. Why?"

"You've to come to Hotel Putra because you've to dance there."

Tiara memerhati sekelilingnya sebelum menyoal lebih lanjut pada si pemanggil. Setelah tiada orang barulah dia menyambung.

"Err..when?" Bibir bawah digigit sambil menunggu balasan dari hujung talian sana.

"Next week on Saturday. How?"

"For?"

"Ulangtahun Hotel Putra yang Ketiga."

"Boleh saya tahu siapa tetamu yang dijemput?"

"Tan Sri Jamal and his wife, Tan Sri Zakaria and Encik Anas Iskandar of course."

"Oh okay okay. Thank you for your information."

"No problem dear. Btw, the theme is black gold."

"Alright."

Panggilan dimatikan. Dia tergelak kecil mendengar temanya.

"Black gold? Hmm cantik juga." Tanpa dia sedar, Anas telah mendengar segalanya dari A sampai Z perbualan telefon itu sewaktu lelaki itu melangkah keluar dari kotak lif. Lif itu hanya berada dilorong tepi kaunter sahaja.

Anas berjalan menuju ke kaunter dimana isterinya berada.

"Ehem!" Dia berdehem kuat untuk menyedari Tiara yang sedang meletakkan kepala diatas meja sambil memejam mata.

Tiara membuka matanya lalu lantas berdiri tegak apabila bos sendiri berada didepan mata.

"Err..ya Encik Anas?" Senyuman kekok ditarik.

"Tak lunch ke?" Soal pengurus Iskandar's Hotel pada stafnya.

"Erm..tak. Saya err puasa. Ya! Puasa sunat." Anas memandang gadis dihadapannya tidak percaya. Boleh percaya ke budak ni?

"Okay. Aku pergi lun--" bicaranya dipotong laju oleh orang belakang.

"Esya! Aku dah..eh Encik Anas? Encik Anas tak pergi makan ke?" Soal Sofia sambil tersengih malu didepan bosnya. Tak perasan pula bos ada dahlah tadi dia menjerit sumbang. Malu weh!

Anas mengerutkan dahinya. Bukan kerana jeritan sumbang anak buahnya tetapi pada panggilan Sofia terhadap isterinya.

'Esya?' Sebaris nama itu membuatkan dirinya berasa makin pelik pada Tiara. Siapakah gadis itu sebenarnya? Wajah separuh isterinya yang ditutupi penutup muka menjadikan dirinya semakin tertanya-tanya.

'Mata dia..mata dia sama dengan 'dia'. Macam mana boleh sama? Renungan dia, memang betul-betul sama cuma mata dia agak kuyu sikit tak macam 'dia' yang bulat segar. Tak! Tak mungkin dia dengan 'dia' orang yang sama. Impossible but..who knows right?' Anas menggeleng perlahan tanpa perasan yang kedua gadis jelita dihadapannya sedang memerhati dirinya.

"Encik Anas?" Sofia melambai-lambaikan tangannya. Jauh benor bos dia termenung. Dia mendapat idea jahat untuk kejutkan majikannya ke dunia nyata.

1 2 3..

Pap!
Sofia memukul kuat meja kaunter seraya tersengih nakal.

"Oh mak kau jatuh terlentang!" Latah Anas. Tang bila dia mula melatah pun aku tak tahu.

Kedua orang gadis itu melepaskan tawa yang cukup kuat apabila mendengar bos mereka melatah. Kelakar!

"Kuang hasam punya anak buah. Potong gaji baru tahu!" Kata Anas berbau ugutan. Tajam dia menjeling gadis-gadis itu.

"Eh eh Encik Anas! Mana boleh potong potong gaji macam tu. Nanti tak lepas saya nak beli Iphone X. Tahun lepas lagi saya berazam nak kumpul duit nak beli fon tu." Bantah Sofia terang-terangan.

"Eh! Ikut suka hati I lah. I ke you bos?" Bibir Sofia dicebikkan. Menyampah bila dengar soalan tu. Rasa nak siku siku je muka kacak bosnya itu.

"Okay Encik Anas menang." Dia membuka pintu kecil yang berada disebelah kaunter untuk masuk ke dalam.

"Encik Anas pergilah makan nanti kebulur, gaji sayaaa juga yang kena potong." Sindirnya sambil menghulurkan plastik ubat pada rakannya.

"Nah. Telan 2 kali sehari tapi make sure makan dulu." Kata-kata juru ubat di klinik tadi di copy paste nya.

"Alright thanks." Senyuman manis dilemparkan lalu Tiara berlalu masuk ke dalam pantry yang hanya berada dibelakangnya saja. Dibawa bersama plastik makanan yang telah dibungkus Sofia dari kedai makan tadi.

"Ubat? Ubat apa?" Soal Anas pada Sofia setelah kelibat isterinya sudah hilang disebalik dinding.

"Ubat selsema dengan batuk. Dah dua tiga hari dia selsema dan batuk. Peliklah juga kenapa lama sangat rupa-rupanya Esya ni jenis yang anti ubat. Paksa punya paksa akhirnya dia setuju juga. Itulah kisahnya." Sofia bercerita sambil menggerak-gerakan tangan.

Kening Anas bertaut.

"Dia puasa kan?" Kening Sofia pula yang bertaut.

"Bila masa? Tadi elok je saya tengok dia minum air." Bicara Sofia.

Tepat sekali. Tiara memang telah menipu dirinya hidup-hidup. Anas mengangguk lalu melangkah keluar dari hotel mewah miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience