Chapter 13

Drama Completed 41674

Anas keluar tandas lelaki apabila sudah selesai membuang hajat. Sewaktu dia lalu dihadapan tandas perempuan, telinganya menangkap bunyi suara dari dalam tandas itu. Takkan hantu kot siang siang harini?

"Aku memang tak layak ke nak hidup bahagia? Ke..aku memang tak layak hidup atas dunia ni?" Itulah bicara yang sempat didengarinya namun hanya satu saja suara. Dia bercakap sensorang ke?

Anas mengintai sedikit ke dalam tandas itu. Dia melihat ada seorang perempuan sedang berdiri didepan cermin. Eh? Macam kenal. Ni macam..yes! Itu Tiara.

Dia menyandar di pintu tandas sambil memeluk tubuh. Dia tahu yang gadis itu tidak perasan dengan kehadirannya kerana gadis itu sedang membasuh muka.

"Ehem!" Dia berdehem keras untuk menyedari Tiara.

Tiara terus mengangkat muka memandang cermin. Pantulan cermin mempamerkan wajah tak beriak seorang lelaki. Ya, dia kenal jejaka itu.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Tiara. Keningnya bertaut hairan.

"Lantak akulah nak buat apa pun dekat sini. Aku punya pasal." Balas Anas sambil menatap wajah Tiara melalui pantulan cermin.

Tiara mencapai tisu lalu mengelap mukanya yang basah. Cermin mata yang tidak mempunyai power itu segera dipakai. Well, trend zaman sekarang pakai cermin mata takde power. Deep.

Dia berjalan ke arah pintu tandas untuk keluar tiba lengannya ditarik Anas. Tubuhnya ditolak ke dinding tandas. Lelaki itu mengepung dirinya. Pintu ditutup dan dikunci. Ish! Suka hati dia je nak kunci. Orang lain pun nak masuklah.

Anas memandang lama bibir merah jambu milik isterinya. Begitu menyelerakan. Bibirnya dirapatkan ke bibir Tiara. Makin lama makin dekat.

"I'm your enemy, I'm your wife on paper and I'm also your doll. Do you still remember that?" Pergerakan Anas menjadi kaku setelah mendengar butir bicara isterinya. Ingin saja dia mengetuk-ngetuk kepalanya kerana kebodohan diri sendiri. Dia mengundur ke belakang menjauhi Tiara.

"Yyeah that's true. I just wanna test you." Dia membalas begitu kerana mahu menutup malu. Test? Tak payah tipu lah Nas. Cakap je dekat dia yang nafsu kau tu kuat.

"No need to test me because I'm your enemy that you hate the most. I'm your wife on paper that you never want. I'm your doll that didn't had any feeling and you know what, if I have a heart, my heart is not for you..not at all." Tenang Tiara mengungkapkan kata-kata itu walhal hatinya sungguh perit. Ibarat membuat lakaran diatas badan sendiri menggunakan hujung pisau yang amat tajam.

Anas tersenyum senget. Sinis.

"Really? Oo..I see. Then, if you're my doll.. kau takkan rasa sakit kalau aku buat macam ni.." Anas mencengkam kuat rahang Tiara. Gadis itu hanya dapat memejamkan mata sambil mengetap bibir. Tuhan saja tahu betapa pedihnya rahang dan hatinya.

Tiba-tiba telefon kepunyaan Tiara berdering. Dalam hati dia terus bersyukur kerana Allah telah membantunya.

Anas melepas kasar rahang isterinya lalu keluar dari tandas itu. Malas mahu menatap wajah gadis itu. Makin sakit hati saja.

Tiara mengangkat panggilan dari Wani.

"Asal call ni weh? Datang jelah toilet terus. Buat habis kredit je."

"Aku call ni sebab aku nak bagitahu yang aku dah balik. Walik aku call tadi suruh balik rumah cepat katanya ada hal penting." Tiara menggigit bibir bawah mendengar bicara rakannya itu. Berseoranganlah dia nanti.

"Habistu makanan? Kau dah makan ke?" Dia menyoal.

"Dah. Aku dah makan dah. Kau tu, buat apa dalam toilet lelama? Jemuh aku menunggu. Talking to setan ke?" Sindir Wani setelah itu tergelak kecil.

"Banyaklah kau talking to setan! Bawak kereta tu leklok. Dahlah bye!" Panggilan segera dimatikan.

Dia kembali ke singki untuk membasuh muka semula. Ah fresh! Segala yang berlaku tadi dia hapuskan semuanya yang ada dalam ingatan. Bizak kan dia boleh hapus hapus ingatan ni? Macam lah boleh. Cehh.

Setelah muka dilap, dia menarik nafas dalam lalu dihembus. Segela kekuatan dikumpulkan dalam badan. Macam nak angkat berat pun ada.

Tiara keluar dari tandas membuat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience