Chapter 7

Drama Completed 41674

Tiara menelefon Alis untuk memaklumkan bahawa dia telah pun sampai didepan pintu rumah apartment milik gadis itu.

"Weh, aku dah sampai ni."

"Aku tengah pakai baju ni, baru lepas mandi. Kau buka pintu sendirilah. 03120 password dia."

"Takpe ke? Aku seganlah."

"Takpe. Kau masuk je."

"Betul ni?"

"Iyaa. Masuk je. Dahlah. Bye."

Tutt..

Tiara menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Kepala digaru sebentar. Alat elektronik yang melekat dipintu rumah apartment itu diperhatinya lama.

Tit(0) tit(3) tit(1) tit(2) tit(0)
Ting ting!
Lampu hijau dipemegang pintu bernyala bermakna kata laluannya tepat.

Dia membuka pintu itu perlahan lalu kepala dijengukkan ke dalam. Dia agak terpegun melihat dekorasi rumah itu. Cantik dan simple.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Pintu tertutup secara automatik. Mulutnya yang sedari tadi ternganga sedikit masih lagi tidak dapat ditutup. Dia masih dalam mode terpegun. Tak sangka Alis begitu kaya orangnya.

Walaupun sudah 4 tahun dia berkawan dengan Alis tetapi dia masih lagi tidak mengetahui latar belakang gadis itu.

Kakinya mendaki satu persatu anak tangga untuk naik ke tingkat atas untuk berjumpa Alis namun kakinya terhenti pada anak tangga yang ketiga. Kenapa..kenapa lelaki ini?

"Who are you?" Mulutnya seperti digam untuk menjawab soalan lelaki itu. Lelaki yang dijumpainya semalam.

"Hey! Aku tanya ni! Kau siapa? Macam mana boleh tersesat masuk dalam rumah aku ni?" Dia berundur dan terus berundur menuruni tangga tanpa menjawab soalan lelaki itu.

Dia berjalan laju menuju ke pintu. Pintu dibuka luas dan tiba-tiba lengannya dicengkam kuat. Dia berpaling ke arah lelaki itu tetapi dia mula naik hairan kerana lelaki itu tidak memandangnya malah memandang ke luar. Dia juga turut melihat apa yang jejaka itu lihat.

Rahangnya seperti ingin tercabut saja apabila terpandang pada sekumpulan lelaki yang berpakaian serba putih berada dimuka pintu bersama seorang anggota polis.

'Hah sudah! Mampus.' Bisik hati kecilnya.

"Maaf. Kamu berdua terpaksa mengikut kami ke pejabat agama kerana kami telah mendapat aduan bahawa ada berlakunya perbuatan maksiat disini." Matanya telah berair. Tidak! Tidak! Itu sama sekali tidak benar! Kenapa dia tidak boleh membuka mulutnya untuk membantah? Kenapa mulutnya seperti sudah digam dengan gam cap gajah?

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara memeluk betis orang tuanya. Selebat mungkin airmatanya mengalir dipejabat agama itu. Malu? Tiada perasaan malu lagi padanya saat itu.

"Umi abah, Ara betul-betul tak bersalah! Ara tak buat apa-apa pun dengan dia! Tolong Ara, umi abah. Tolong.." Dia merayu bersungguh-sungguh
didepan puan Kazimah dan encik Yusuf namun itu hanya kerja sia-sia.

"Kau ni dari kecil lagi pembawa sial untuk aku dengan keluarga! Mana aku dengan abah kau nak letak muka nak tanggung malu dengan orang kampung? Jawab aku! Jawablah sial! Dahlah kami semua dah tanggung malu pasal keluarga si Nizam tadi tu yang anak saudara dia nak pinang kau! Tengok tengok kau pula yang lari dari rumah! Dasar anak tak kenang budi!" Kepalanya ditunjal kuat oleh Puan Kazimah.

"Malu aku ada anak macam kau yang memang dah takde masa depan. Menyesal aku bekerja berat untuk membesarkan kau yang takde faedah langsung ni. Keputusan aku muktamad, kau kahwin dengan dia dan anggap kami semua bukan sesiapa untuk kau termasuk Taufiq." Sambung Encik Yusuf.

Prak prak prak
Hati Tiara berkecai seribu. Dia tidak bersalah tapi kenapa dia dipersalahkan?

"Patutlah kau lari dari rumah semata-mata kau nak jumpa jantan ni? Lepasni jangan jejak lagi kaki kau dekat rumah aku! Huh! Anak tak guna." Puan Kazimah menyepak kaki anaknya lalu berlalu keluar dari pejabat agama bersama Tasya yang berperasaan gembira. Selepas ini dia tidak perlu lagi melihat wajah adiknya.

"Abah..tolong Ara..?" Encik Yusuf meninggalkan anaknya lalu pergi ke arah Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena untuk berbincang mengenai anaknya.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Aku terima nikahnya Tiara Daneesya binti Yusuf dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ringgit tunai."

"Sah sah sah!" Setelah doa diaminkan, Encik Yusuf bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari pejabat agama itu.

Tiara mengejar abahnya lalu memeluk belakang tubuh Encik Yusuf.

"Abah..Ara minta maaf sebab dah banyak menyusahkan abah dan yang lain. Ara tahu yang abah terlalu bencikan Ara. Ara tahu. Ara janji yang Ara takkan muncul lagi depan keluarga kita erm..maksud Ara, keluarga abah. Ara janji. Ara minta tolong halalkan makan minum Ara ya abah? Terima kasih abah. Ara sayang abah,umi,kak Sya dengan along. Sampaikan salam terakhir Ara pada semua. Assalamualaikum abah." Tiara mengucup belakang tapak tangan abahnya lama. Airmatanya sedaya upaya ditahan. Senyuman pahit diukirkan.

Tiara berpusing ke belakang apabila bayangan abahnya sudah hilang. 3 pasang mata iaitu kedua orang tua Anas dan juga lelaki itu sendiri sedang tajam memerhatinya. Dia mengeluh kecil.

'Neraka baru.' Hati kecilnya berbicara lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience