Chapter 53

Drama Completed 41674

Anas diberi masa sebulan untuk belajar menari kerana selepas itu dia perlu bertanding menari dengan isterinya. Ahh! Semua ini kerja gila! Dalam hidupnya, dia tidak pernah menari.

Dia telah mengupah seorang guru lelaki profesional untuk mengajarnya. Dia tidak boleh kalah dengan isterinya kerana jika dia kalah, isterinya akan selamanya menetap di New York dan jika dia menang, gadis itu akan ikutnya balik ke Malaysia bersama anak mereka.

Hari berganti hari, dia semakin mahir menari. Tidak sangka dia telah berjaya buat kerja bodoh ini.

"Dad..?" Anas memandang anak lelakinya yang berada dimuka pintu melalui pantulan cermin yang menjadi dinding bilik studio itu. Dia membuat isyarat mata pada gurunya menyuruh lelaki itu keluar. Lelaki itu hanya mengangguk lalu berlalu pergi.

"Danny my lovely son..come here. I wanna hug you." Anas mendepakan tangannya sambil membongkokkan sedikit badannya. Danny berlari ke arah pelukan ayahnya manakala Tiara masih lagi tercegat di muka pintu sambil memeluk tubuh. Dia perhati saja dua beranak itu yang sedang melepaskan rindu walaupun baru kelmarin berjumpa.

2 minggu lepas, dia telah memberitahu pada anak lelakinya tentang siapa sebenarnya diri Anas kerana Danny berhak tahu siapa ayah kandungnya.

"Do you miss me hm?" Anas mencium pipi anaknya sambil mata mengerling pada isterinya yang tidak mahu masuk.

"Yeah! I miss you so much dad!" Danny merangkul leher ayahnya dan meletakkan kepalanya diatas bahu Anas.

Anas yang mendukung anaknya berjalan ke arah Tiara.

"Kenapa tak masuk?" Dia menyoal. Tiara menggelengkan kepalanya.

"Takpelah, saya datang ni pun just nak bawa Danny jumpa ayah dia je. Rindu katanya." Tiara menjawab. Suka benar dia melihat Danny yang berada didukungan suaminya.

"Have you eaten for lunch?" Anas bertanya pada Danny dan anak kecil itu menggeleng.

"Now is lunch time. So..let's! I'll bring you and your mom to somewhere special." Dengan terujanya Danny mengangguk setuju. Anas menggenggam tangan isterinya dan ditarik menuruni tangga. Studio itu berada ditingkat dua jadi naik dan turun guna khidmat tangga.

Anas meletakkan anaknya ditempat duduk belakang. Dia menghalang isterinya yang juga ingin duduk dibelakang.

"Kenapa?" Soal Tiara tidak puas hati.

"Asal nak duduk belakang?" Anas menutup pintu kereta lalu menyandar dipintu itu menghalang isterinya yang ingin mengambil tempat dibelakang.

"Biarlah."

"Duduk depan." Anas menyuruh.

"Tak nak."

"Depan."

"Belakang."

"Depan."

"Belakang." Anas mengetap bibirnya. Boleh tahan keras kepala juga isterinya ini.

"Jangan main-main boleh tak? Dahlah panas litlit ni." Dia mengesat peluh didahi.

"Siapa yang main-main?" Tiara bermain tarik tali dibawah sinaran matahari yang cukup terik itu.

"Häschen..kalau nak main-main pun janganlah dekat bawah matahari ni. Kita main dekat rumahlah. Sekarang kita nak pergi makan. Häschen, Danny and habib sendiri pun lapar. Jangan buat hal eh?" Anas merayu. Dia membukakan pintu kereta dibahagian hadapan buat gadis itu.

Tiara dengan terpaksa dia masuk ke dalam kereta milik suaminya. Anas mengambil pula tempatnya dibahagian pemandu. Pacuan empat roda itu meluncur laju membelah jalan raya.

...................................

Tiara memandang suaminya yang sedang menyuap Danny makan. Banyak masa sangatkah jejaka jutawan itu sampai sanggup menunggunya di New York ini? Lelaki itu tiada kerja nak dibuatkah di Malaysia?

"Häschen nak tanya apa?" Soal Anas. Dia sudah tahu jika isterinya merenungnya lama pasti ada yang ingin ditanya.

"Awak datang sini lama-lama, tak mengganggu kerja awak dekat Malaysia tu ke?" Dia tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

"Takdelah. Tak mengganggu pun. Lagipun kalau habib datang sini, bolehlah juga habib pantau anak buah habib buat kerja dekat hotel tu. Hotel yang dekat Malaysia tu habib dah suruh husband Alis yang jagakan." Balasnya dan balasannya itu mengundang kerutan didahi isterinya.

"Husband Alis?" Dia menepuk dahi. Lupa yang isterinya belum mengetahui yang Alis sudah selamat diijab kabulkan pada tahun lepas bersama..Iqbal. Ya, Iqbal,kawannya. Dia sendiri pun tidak pasti bila lagi adiknya bercinta dengan rakannya itu. Tidak sangka betul.

"Haah. Alis dah kahwin."

"Bila? Dengan siapa?"

"Tahun lepas dengan Iqbal." Terangkat kening Tiara. Like seriously? Dengan Iqbal?

"Kenapa? Can't believe it?" Anas membuka telefonnya yang berada diatas meja makan. Gambar perkahwinan adiknya ditekan dan ditelefonnya diserahkan pada Tiara.

Tiara masih lagi dalam mode 'can't believe it' sambil memerhati gambar perkahwinan Alis, rakannya yang paling rapat.

"Habib pun macam häschen juga dulu, terkejut. Habib ingatkan si Iqbal tu tengah mengigau ke apa sebab tiba-tiba je dia hantar rombongan meminang dekat rumah. Bila diorang tangkap cintan pun habib tak tahu." Dia tersenyum melihat rakannya yang begitu mempesona dengan busana pengantin yang dipadankan dengan tubuh yang tinggi langsing itu.

"Cantik." Pujian itu terkeluar dari mulutnya tanpa sengaja. Ni kalau terpuji depan tuan punya badan mahunya kembang semangkuk hidung.

Dia menyerahkan semula telefon kepunyaan suaminya pada Anas dengan meletakkan telefon itu disisi pinggan lelaki itu. Dia menyambung makan.

Anas memerhati isterinya yang sedang makan. Dia mengeluh kecil. Susah betul mahu memujuk gadis itu supaya balik ke pangkuannya.

"Häschen.." Gelaran yang cukup unik baginya khas untuk isterinya itu diseru.

"Hm?" Sahut Tiara tanpa mengangkat muka memandang suaminya.

"Jom kita balik?" Dia berhenti menyuap. Pandangannya dilemparkan ke arah laut. Restoran yang dibina diatas permukaan air laut itu membuatkan dirinya seakan betul-betul berada diatas air.

Tahu benar dia apa maksud 'jom kita balik' suaminya itu. Balik ke mana lagi kalau bukan ke Malaysia.

"I'm not ready yet." Itu saja balasan dinginnya yang membuatkan Anas berasa sedikit hampa.

"It's okay. Habib akan tunggu häschen sampai syarat-syarat yang habib kena buat tu selesai. Häschen, habib akan tuntut janji häschen." Tiara hanya diamkan dirinya. Dia tidak mahu hatinya terluka lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience