Chapter 43

Drama Completed 41674

Anas mencari nama seseorang didalam kenalan telefonnya. Jumpa saja, nama itu ditekan dan nombornya didail.

"Hello bos?" Talian dihujung sana terlebih dahulu menyapa gegendang telinganya.

"Hm macam mana? Jumpa maklumat dia?"

"Susah sikitlah bos sebab dia pakai mask."

"Takpelah. Kau datang rumah aku malam ni, ambil duit. Aku rasa aku dah tak nak cari dia lagi dah. Aku rasa..aku dah ada orang yang lebih penting lagi dari dia."

"Baiklah bos. Pukul 10 malam saya sampai."

"Hm okay." Panggilan ditamatkan disitu saja. Telefon diletakkan diatas meja kerjanya.

Dia berfikir, buat apa dia mengejarkan emas yang belum tentu menjadi miliknya sedangkan dia sudah mempunyai berlian yang terlalu berharga malah sudahpun menjadi hak mutlaknya?

Mengapa dia tidak nampak yang sebenarnya gadis itu ialah berlian yang amat bernilai jika dibandingkan emas? Mungkin kerana..ya, betul kata Iqbal dulu. Matanya telah ditutupi dengan sifat benci akan Tiara sehingga dia tidak mampu melihat keikhlasan dan ketulusan gadis itu.

Jam dipergelangan tangan dikerling. Sudah pukul 5.15 petang. Waktu pekerja pulang sudah tiba. Dia bergegas keluar dari ruangannya menuju ke tingkat G.

Tiara yang tekun menaip sesuatu dikomputer ditegur mesra oleh seseorang. Dia cam dengan suara itu. Muka diangkat.

"Jom?" Keningnya bertaut.

"Jom? Jom ke mana?" Soalnya hairan.

"Jom pergi solat dekat rumah lepastu keluar makan." Balas Anas. Mujur Sarah sudah balik kalau tak kecoh satu bangunan hotel ni sebab perkataan 'jom solat dekat rumah'.

Tiara melihat jam dikomputer. Baru pukul 5.20 petang. Berbaki lebih kurang 2 jam lagi waktu berbuka.

"Awak pergilah balik dulu sebab saya nak pergi balik ke rumah sewa saya. Saya nak mandi dan solat dekat situ dulu lepastu kita keluar makan." Anas sedikit kecewa. Ingatkan isterinya mahu balik ke apartment miliknya.

"Hmm tapi jomlah aku teman kau sampai ke kereta." Tiara segera menggeleng.

"Eh takpe takpe! Saya boleh pergi sendiri. Awak baliklah dulu. Saya nak sambung menaip. Ada sikit lagi tak siap." Tolaknya.

"Tiara..aku suami kau." Anas dengan bangganya menggunakan kuasanya sebagai seorang suami. Tiara menarik nafas dalam lalu dihembus.

"Okay." Dia mengambil beg sandangnya yang berada didalam laci kaunter dibawah. Pintu kecil kaunter ditolak dari dalam kemudian dia keluar dari ruangan itu.

Mereka berdua berjalan keluar dari bangunan hotel itu.

"Oh lupa pula! Ni kunci kereta awak." Tiara mengeluarkan kunci kereta Audi Anas dari dalam beg sandangnya lalu diserah pada suaminya. Jejaka itu sambut dan simpan didalam poket seluar.

"Bila Iqbal datang?" Soal Anas manakala kaki mereka tetap melangkah.

"Pukul 3 tadi." Tiara keluarkan pula kunci kereta Iriz kepunyaannya. Butang buka ditekan pada alat kecil itu setelah sampai ditempat keretanya berada.

Klak!
Pintu kereta dibuka dan enjin kereta cuba dihidupkan tetapi tidak boleh. Anas perhatikan saja isterinya yang gigih menghidupkan enjin kereta.

Tiara mengeluh. Dah nak dekat sebulan keretanya tidak bergerak inilah jadinya.

"Asal?" Soal Anas.

"Dah lama tak hidupkan tu yang menggila sikit kereta ni."

"Tumpang akulah. Dapat juga kau merasa kereta baru aku." Tiara menggigit hujung bibir bawahnya sedang berfikir.

"Tapi..kereta ni?"

"Takpe, nanti aku suruh si Iqbal tu bawa pergi bengkel. Jomlah, nanti lambat pula kita berbuka." Anas menarik isterinya keluar dari perut kereta dan pintu itu ditutup.

Tempat parking CEO Of Iskandar's Hotel dituju. Sebuah kereta Audi R5 berwarna biru yang terletak elok ditempat parking itu telah memukau hati Tiara.

"Cantik kan?"

"Haah cantik sangat." Balasnya. Anas membuka lock kereta. Pintu disebelah pemandu dibuka.

"Masuklah." Tiara melabuhkan punggung diatas kerusi yang telah dibuang plastik itu. Hidungnya mencium bau kedai. Dah nama pun baru beli memanglah bau kedai.

Pintu ditutup rapat. Anas mengambil pula tempatnya dibahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta mewah itu meninggalkan kawasan bangunan Iskandar's Hotel.

Jem diatas jalan agak teruk kerana semua pekerja sedang berpusu-pusu untuk pulang berbuka puasa bersama keluarga bagi yang beragama Islam.

"Jem nya. Aku rasa macam tak sempat je untuk hantar kau ke rumah sewa kau. Kita balik ke apartment aku jelah eh? 10 minit je tapi kalau jem macam ni ada dalam 20 minit nak sampai. Boleh ke?" Tiara dengan terpaksa mengangguk setuju. Kalau geleng kang ada pula yang tak berbuka hari tu sebab tersekat dalam jem.

"Betul ni?" Anas menyoal bagi memastikan.

"Haah."

Sampai saja di apartment milik jejaka itu, mereka segera ke bilik masing-masing untuk mandi dan menunaikan solat Asar secara berjemaah seperti pagi tadi.

Anas menghulurkan tangan kanannya pada Tiara setelah mengaminkan doa. Tiara mencium tangan suaminya dan dibalas dengan sebuah kucupan lama didahinya.

"Terima kasih sebab jadi isteri aku." Ucap Anas selepas melepaskan kucupan didahi isterinya. Tiara mengerut dahi tidak memahami dengan kata-kata itu.

"Err..sama-sama."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience