Chapter 63

Drama Completed 41717

7 bulan telah berlalu bermakna kandungan Tiara esok akan genap 9 bulan. Perutnya yang membuncit ke depan tidak membataskannya untuk terus menjadi model di New York. Dia akan memperagakan blouse yang separas lutut sesuai untuk ibu mengandung. Dia memang sudah tidak bekerja lagi dengan Ma'am Sophie tetapi wanita itu telah meletakkan syarat jika ingin berhenti kerja iaitu setahun sekali dia wajib datang ke New York untuk menjadi model dan dia pun bersetuju.

Dia sebenarnya sudah disekat untuk menaiki kapal terbang kerana kandungannya yang sudah melebihi 7 bulan kerana syarat ingin menaiki kapal terbang ialah kandungan tidak boleh melebihi 7 bulan tetapi disebabkan suaminya seorang yang berpengaruh besar, dia dibenarkan dengan serta-merta. Senang kerja.

Setelah sampai di New York, dia memakai topi dikepala bersama kaca mata hitam dan suaminya juga berbuat perkara yang sama bagi tidak mahu orang disekeliling mengecam diri mereka. Bahaya!

Tiara seorang artis dan Anas pula seorang jutawan. Memang muka mereka berdua dikenali ramai dimana-mana saja. Wajah mereka juga ada terpampang dimajalah, disurat khabar, ditelevisyen, dimedia sosial dan dimerata tempat.

Dua orang pengawal sudah diupah Anas untuk menjemputnya di lapangan terbang. Tiara memeluk lengan suaminya manakala lelaki itu memeluk kemas pinggangnya. Danny? Ditinggalkan di Malaysia. Di rumah Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena.

Kereta dipandu oleh salah seorang pengawal peribadi Anas menuju ke Iskandar's Hotel. Sesampai saja dihotel itu, pintu bahagian mereka dibuka dari luar.

Anas memimpin sebelah tangan isterinya melangkah masuk ke dalam hotel manakala sebelah tangan lagi diseluk masuk dalam poket. Beg pakaian mereka diangkut oleh pekerja hotel.

Semua pekerja menunduk hormat padanya manakala dia hanya menayangkan wajah tak beriak. Malas nak buat baik dengan pekerja nanti pandai pijak kepala bos sendiri. Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.

Mereka berjalan menuju ke arah kaunter, sekeping kad dihulur receptionist padanya. Kad yang sebagai kunci pintu itu diambil dan lantas mengatur langkah ke arah lif setelah mengucapkan thank you.

Didalam kotak lif mereka berdua hanya berdiam diri. Tiara menanggalkan kaca mata hitamnya. Kaca mata itu disangkut pada leher bajunya. Tiba-tiba perutnya menyengat sakit.

"Ahh!" Hanya sekejap saja perit itu datang lepas itu datang balik. Itulah yang dialaminya dua tiga hari lepas. Anas segera menoleh melihat isterinya yang sudah berkerut kening seperti sedang menanggung sakit.

"Kenapa? Perut sakit ke?" Cemas dia bertanya. Jangan sampai isterinya terberanak dalam lif sudah!

"Tak! Ara..Ara okay." Senyuman cuba Tiara hadiahkan buat suami tercinta biarpun tawar.

"Betul ni?" Anas bertanya lagi inginkan kepastian. Tiara menjawab dengan anggukan.

"Kalau ada rasa sakit ke apa ke bagitahu terus. Jangan pendamkan je. Risau habib tahu tak? Masuk bilik ni tidur terus. Jangan buat apa-apa kerja pun. Habib akan kejutkan häschen bila nak makan dengan nak solat je." Anas mengeluarkan perintah yang cukup tegas buat si isteri.

"Alright boss!" Tiara membuat tabik pada suaminya. Anas hanya mampu menggeleng. Pinggang isterinya dirangkul untuk merapatkan lagi jarak mereka.

Mereka keluar dari kotak lif apabila pintu sudah terbuka luas. Anas mencari biliknya dengan menggunakan nombor yang terpampang pada sekeping kad ditangannya itu. Jumpa!

Kad itu di scan pada pemegang pintu. Lampu hijau yang menyala menandakan lock pintu sudah terbuka. Pintu itu ditolaknya. Mereka menyusun cantik kasut yang telah dipakai diatas rak kasut.

"Yeay!! Boleh tidur!!" Tiara merebahkan badannya diatas katil yang sungguh besar dan empuk didalam bilik itu. Topi dibuang dan diletakkan disisi. Mata dipejam dan akhirnya dia terlena kepenatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience