Chapter 19

Drama Completed 41674

Tiara yang terpandang pada susuk tubuh pemilik hotel ini yang sedang berjalan memasuki bangunan ini, terus menunduk. Dia perasan yang lelaki itu sedang menghampiri kaunter. Tapi kenapa?

"Girl, please prepare one room for my client. Around 12, he will arrive." Tiara yang menunduk itu mengangguk tanda menerima arahan.

"Baik Encik Anas."

Anas memerhati pelik gadis yang sedang menunduk itu. Mungkin ini pekerja baru yang dimaklumkan oleh PA nya, Bella. Semua pekerjanya sudah sedia maklum jika bercakap dengan bos, wajib dipandang wajah majikan mereka tetapi ini tidak.

"I memang pantang kalau I bercakap dengan my staff tapi my staff tak pandang I. Tu dipanggil kurang ajar dengan bos. Asal? Muka I ni buruk sangat ke sampai tak sudi nak pandang?" Tiara mengetap bibirnya. Sofia pula tidak keluar keluar lagi dari tandas. Dia seoranglah sekarang ini.

Dia mengangkat muka memandang wajah 'bosnya'.

Anas tergamam sebentar lalu mula mengukirkan senyuman sinis.

"Oh kau rupanya pekerja baru dekat sini? Patutlah lain semacam aje," Anas memerhati isterinya atas dan bawah.

Kring kringg~

Telefon pejabat berbunyi menyentakkan Tiara. Dengan segera dia menjawab panggilan itu.

"Yes?"

"Wanna talk to my boss?" Tiara memandang Anas yang masih setia berdiri dihadapannya.

"Wait for a second." Dia menyuruh pemanggil menunggu sebentar sementara dia ingin meminta keizinan daripada lelaki dihadapannya.

"Err..Encik Anas, ada orang nak bercakap." Beritahunya kepada jejaka itu. Anas dengan muka tak beriak menghulurkan tangannya meminta telefon. Laju saja Tiara menyerahkan telefon pejabat pada lelaki itu.

"The owner of Iskandar's Hotel is talking. Yes? What can I help you?" Itu saja perbualan yang sempat Tiara tangkap. Selebihnya dia tidak dapat dengar kerana lelaki itu telah melangkah ke arah sofa dipenjuru lobi hotel.

Tiara berpaling ke tepi untuk menarik kerusi dan..

"Ahh!!" Jeritnya kuat. Suaranya bergema dilobi hotel yang sudah pastinya sunyi sepi. Matanya terarah pada Anas yang sedang berbual. Ternyata lelaki itu sedang memandangnya seperti ingin telan saja.

"Since when you terpacak dekat sini? Boleh luruh jantung I kalau tiap-tiap hari you macam ni tau!" Marahnya pada Sofia yang sedang tersengih. Dia yang ingin menarik kerusi tadi terpandang Sofia yang sedang berdiri kaku disebelahnya tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Masa you bagi telefon dekat Encik Anas tadi. Alah you ni tak perlulah terkejut sangat. Pagi-pagi ni hantu tengah berdengkur lagi. Diorang tak bangun pun lagi. Relaks lah." Dengan selamba Sofia berpesan.

"Amboi..senanglah dia cakap sebab dia tak kena." Tiara menolak perlahan tubuh kecil Sofia yang menghalangnya untuk mengambil kerusi. Dia duduk lalu terus mengadap komputer untuk menaip sesuatu.

"Tiara! You masuk bilik I now!" Tertelan airliur Tiara mendengar arahan tegas daripada Anas. Setelah lelaki itu memberi arahan lantas dia berlalu pergi.

Tiara memandang Sofia dengan pandangan 'macam mana ni?'. Disebabkan dia terjerit tadi dia sudah kena mengadap bos besar. Mampus!

"Tak tahu tapi I minta maaf sangat-sangat. Disebabkan I, you kena panggil. I'm so sorry." Dengan muka sedih Sofia meminta ampun.

Tiara menggaru kepalanya runsing. Dia cepat cepat keluar dari ruangan kaunter lalu mengikut langkah Anas yang sedang menuju ke arah lif.

Dia masuk ke dalam lif bersama lelaki itu apabila pintu lif terbuka. Anas menyerahkan beg kerjanya pada Tiara lalu disambut takut oleh gadis itu.

Deringan telefon Tiara berbunyi. Segera dia menyeluk poket skirt untuk mengambil telefon. Nama pemanggil dilihatnya.

Abang Fiq.

Tiara memejam rapat matanya.

"Malu aku ada anak macam kau yang memang dah takde masa depan. Menyesal aku bekerja berat untuk membesarkan kau yang takde faedah langsung ni. Keputusan aku muktamad, kau kahwin dengan dia dan anggap kami semua bukan sesiapa untuk kau termasuk Taufiq."

Kata-kata encik Yusuf semasa dirinya berada dipejabat agama kembali terngiang-ngiang ditelinga. Tidak semena-mena airmatanya bertakung ditubir mata.

Penutup telefon yang berada dibelakang ditanggalkan lalu kad sim dipisahkan dari tempatnya. Kad sim itu dipatahkan dua.

'Maaf abang, Ara bukan siapa-siapa lagi dalam hidup abang. Ara minta maaf.' Bisiknya dalam hati.

Anas yang melihat perbuatan isterinya dari hujung mata hanya berdiam diri. Pelik itu sememangnya agak pelik tetapi dia tidak mahu ambil tahu.

Mereka melangkah keluar dari kotak lif menuju ke pejabat pengurus besar. Tingkat paling atas bangunan hotel ini iaitu tingkat 20 digunakan untuk bahagian pejabat manakala tingkat 1 hingga 19 untuk bilik hotel dan tingkat G untuk bahagian lobi.

Tiara melempar kad simnya yang dipatahkan dua tadi ke dalam tong sampah. Dia berjalan masuk ke dalam bilik CEO. Pandangan hairan oleh staf-staf yang berada disitu diabaikan.

Tiara berdiri dihadapan meja Anas sambil menunduk memandang karpet dikaki.

"Apa muslihat kau datang bekerja dekat sini?" Dia menggigit bibir bawah.

"Saya takde muslihat apa-apa pun Encik Anas." Anas memandang gadis yang memakai kemeja kuning emas berskirt hitam dihadapannya.

"Tapi! Kenapa perlu dekat sini? Kau kan dah tahu yang aku owner hotel ni." Tiara mendongak lalu memandang ke dalam anak mata lelaki itu.

"Mungkin dekat sini sumber rezeki saya yang Allah dah tentukan. Kenapa perlu dipersoalkan benda yang Allah dah tentukan?" Berani Tiara menjawab.

"Kau menjawab?" Renungan yang terlebih tajam dari lelaki itu membuatkan dia terpaksa melarikan anak mata ke arah lain. Gerun.

Anas bergerak menuju ke arah isterinya. Tubuh Tiara yang membelakanginya segera dipusingkan mengadapnya. Dia mengepung gadis itu dengan meletakkan tangan di atas meja kerjanya. Mata gadis itu ditenung dalam. Anak mata hazel isterinya menyamai dengan seseorang yang..dia juga tidak pasti siapakah gerangan itu.

Tipu jika dia tidak berasa sedikitpun cinta pada gadis ini setelah hampir dua bulan usia perkahwinan mereka. Air tangan gadis ini juga telah mengikat perutnya untuk terus bersama dengan isterinya tetapi cintanya pada Esya lebih kuat berbanding dengan isterinya. Gadis-gadis lain? Itu hanya untuk melepaskan nafsu serakahnya sahaja. Tiada niat langsung untuk memperisterikan mereka.

"Aku nak kahwin lain." Hanya sebaris ayat itu sahaja dapat menggugurkan jantung Tiara.

"Ka..kahwin..lain?" Tergagap dia menyoal tidak percaya.

"Yes."

"Dengan..si..siapa?" Anas tersenyum senget. Senyuman sinis itu saja ingin menyakitkan hati si isteri. Dia melepaskan isterinya dengan berdiri tegak. Dia kembali ke kerusinya. Laptop yang berjenama Apple miliknya di on kan.

"Dengan Esya. Aku baru jumpa dengan dia last week dekat event Hotel HQ. Dia lawa tak macam kau yang selekeh ni." Tiara terus tersedak airliur bukan kerana dirinya digelar selekeh tetapi Esya.

"Dia kan pakai mask, mana Encik Anas tahu dia lawa?" Soal Tiara tanpa sedar dia sudah terlepas tanya.

Lelaki itu mengerutkan dahi lalu wajah si isteri dipandang curiga.

"Mana kau tahu yang dia pakai mask?" Ingin tampar saja mulutnya yang tersalah tanya.

"Err..saya keluar dululah Encik Anas. Banyak kerja nak kena buat. Saya minta diri dulu." Tiara memusingkan badannya untuk keluar.

"Wait!" Dia memejam mata rapat sambil bibir diketap. Janganlah jejaka itu bertanya benda yang tidak boleh dijawabnya.

"One more thing, kau menjerit macam tadi lagi aku pecat. Ingat tu." Tiara mengangguk lalu segera keluar. Nafas ditarik dan dihembus. Fuh lega. Dia berjalan ke arah lif untuk turun ke tingkat G.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience